Langkau ke kandungan utama

Serius, Blog Aku Teruk- Sedihnya


Assalamualaikum.

Amaran: Banyak ayat negatif dalam ni.
Aku sedih. Blog aku setting lari. Jenuh aku nak dapatkannya balik.

Serius, dah dua hari aku fitkan blog ni tak boleh selesai dengan puas hati juga.

Sedih sangat bila tengok blog macam ni (untuk pengetahuan, aku guna template simple dari blogger.com). Ruangan menulis menulis sangat kecil dan sidebar kat kanan tak boleh nak laraskan lagi. Bila set bagi lebar, ia akan naik skroll kat bawah. Oh, tidak! itu tidak baik untuk blog.

Aku cari template. Apa yang aku jumpa template biasa, sama je dengan kelebaran ruangan menulis.

Aku cari template yang orang lain reka tapi nak kena masukkan balik widget-widget semua. Aku tak pandai nak save code widget tu. Bayangkanlah yang ada diindex pun hanya post, tarikh, arkib dan header. Yang lain semuanya tak ada.

Aku cari template orang Indonesia tapi tak boleh nak baca langsung codenya.


Banyak lagi aku kena fit blog aku ni. Metatag, dan ada lagi yang aku tak ingat namanya, tapi aku tahu kena buat.


Aku minta pendapat korang berserta dengan URL link tutorial, okay.

Kalau nak komen-komen saja, tak payah kot. Menyakitkan hati dan jiwa lara je. Hihi~

P/s: Sebab blog buruk juga aku segan nak lawat kawan-kawanku. Serius..

_________________________________________________

Bila aku dah publish je, blog aku dalam template klasik hitam. Gila kau, tak moden langsung. Cik Jah, tak ada class. Hehe~

Jadi, aku edit HTML classic tu kepada interface baru. *Susah juga tak nak balik ke interface asal - dapat interface baru, tak apa la. Aku belek-belek kat tempat simpan fail (folder), aku sengaja up load fail bertarikh Oktober 2011.

Aku tak tau apa akan jadi, mungkin entri setakat bulan Oktober je. Tak pe, cuba je dulu. Lagipun entri bulan November ni tak ada apa la sangat.

Bila dah up load, yeah, my blog is back! =) Gembiranya aku. Syukur..

Lepas ni boleh la berblog dengan senang hati =)


Pengajarannya:

1. Simpan sesuatu, mungkin berguna di kemudian hari.
2. Belajar coding la..


Terima kasih kepada Pendamba Mawar dan Peyan yang sangat prihatin dan yang sangat alert pasal perubahan blog ini =)


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Ulasan

  1. blog ni simple.. blogging simple is the best!!!.

    cayalah dah selamatkan blog...

    BalasPadam
  2. Zulfikar: terima kasih.

    Simple is best virtual.

    Alhamdu lillah, syukur sebab berjaya selamatkan blog =)

    BalasPadam
  3. oh, baguslah dah berjaya selesaikan masalah template ni. baru ingat dapat tunjuk pandai,ekeke (berangan!)

    BalasPadam
  4. eh.. ada masalah blog ka sebelum ni..

    tak perasan pon :D

    BalasPadam
  5. eh, okay ja blog nie. simple sangat, senang nak baca :)

    BalasPadam
  6. entire blog 1140px

    right sidebar 310px

    itu yna punyer dear :)

    harap dpt membantu :)

    BalasPadam
  7. setting blog ni lari sebelum ni sbb jadi besau kot kan heheh

    BalasPadam
  8. yang sekarang ni sis tengok ok je :)

    BalasPadam
  9. Acid: bukan jadi besar tapi jadi sempit, ruangan kosong tepi kiri kanan banyak.. tak suka lor.

    BalasPadam
  10. PM: alhamdu lillah, dah kembali ok =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker