Langkau ke kandungan utama

Kuatkanlah Diri Anda Walaupun Tak Sihat


Assalamualaikum pembuka kata.

-Aku cuma nak kongsi rasa sahaja di sini. Kepala aku serabut. Macam-macam yang berlegar-legar macam galaksi bima sakti berputar pada paksi dan berpusing mengelilingi matahari.

-Aku hari ini ada juga aku buat blogwalking. Jumpa blog yang biasa-biasa tapi cara penyampaiannya amat menarik. Malangnya aku tak dapat nak tinggalkan jejak. Entah salah blognya yang tak buat pop up comment atau line internet yang menggila. Agak rugi di situ.

-Bangun pagi tadi, terus rasa tidak sedap badan. Mahu rasanya menyambung tidur tapi teringatkan adikku yang mengambil peperiksaan SPM hari ni, membuatkan aku menggagahkan diri juga untuk bangun. Kasihan pula melihat adikku kelaparan. Aku juga pernah mengambil peperiksaan, apabila balik, mahu makan, kan. Jadi aku faham perasaan adikku. Jadi keinginan untuk merehatkan badan, ku buang jauh-jauh.

-Terasa sangat malas tatkala tangan sudah memegang periuk nasi kerana sakit menghantui badan dan kepala. Tapi aku cepat-cepat abaikan. Kena masak juga. Aku berkira-kira mahu masakkan makanan kegemarannya hari ni.

Semasa aku sibuk menyediakan makanannya, adik sampai. Aku bersyukur kerana tidak meneruskan niat untuk merehatkan badan. Kalau tak, mesti adikku akan terasa hampa, kan?


Kesimpulannya: Kuatkan diri kerana senyuman kebahagiaan itu menyembuhkan =)

P/s: Sebenarnya, panjang aku membebel tadi tapi tak nak panjang sangat, bukan ada orang nak baca, aku pun takut nak baca + bosan panjang-panjang sangat. Haha~

P/s/s: Kepala aku pusing.. I need a rest tapi hati mahu terus berjaga lagi. Erm..

Jaga diri ya =)

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker