Langkau ke kandungan utama

Aku Bizi Edit Blog

Assalamualaikum.

Aku bizi (seperti Rant on Song- Ahmad Lufti, sambil makan epal). Aku tengah bizi mengedit blog ni. Kenapa edit blog? Sebab ramai sangat kata blog aku jadi Q Who bila dimasukkan ke dalam bloglist. Aku pun pernah ternampak macam tu pada blog kawan-kawan aku. Adus, aku pun tak tau kenapa ianya jadi begitu.

Semalam, Ariff Shah yang popular tu tegur aku kat email. (He email me, personally! Pom-pom girl, sila jerit. Hehe~). Katanya tak dapat feed mungkin sebab template blog aku.

Template? Ye ke? Aku tak rasa template yang bermasalah. Semalam juga aku buat satu lagi blog personal, aku perasan sesuatu tentang settingnya. Tapi bila aku cek untuk blog ni, settingnya semuanya okay.

Jadi, hari ini, aku ambik kesempatan mengubah template. Memang akhir-akhir ini aku nak tukar template. Serius. Bukan tak cantik tapi aku rasa rimas bila kena scroll melebar kat dalam design. Sebab template tu besar sikit.

Tetiba bila tengok blog, ada setting yang lari dan ada tiada. Sangat tidak kemas dan tak menarik. Nak balik ke setting dan template asal, aku tak save pun. (Menyalahkan diri sendiri). Oh Tuhanku..

Jadi sekonyong-konyongnya, aku pun buat la edit-medit ni. Jenuh jugak sebab line yang sangat perlahan. Sempat la jugak hypertension. Kahkah.


Pengajarannya, nak edit-medit blog kena la simpan dulu template yang sedang digunakan tu, tau.

P/s: Kenapa entri aku kebudak-budakan? Aku nak balik ke entri seperti newbie. Bebas menceritakan segalanya. Yeah! =)

P/s: Ada orang jeles tak aku dapat email dari Ariff? :P


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!




Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang. 

Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker