Langkau ke kandungan utama

Lee Hong Ki (Artis Korea) Hilang Beg Di Airport Semasa Nak Datang ke Malaysia!!




Assalamualaikum.

Sekarang kan gelombang Hallyu. Aku pun salah seorang peminat artis Korea.

Jadi, rasanya tak salah kalau aku blog pasal Korean, kan? Er, kalau ada bantahan, sila bagitau ye.

Tadi, jalan-jalan dan terjumpa artikel ni. Rasanya peminat Korea kena tau ni. Hihi~ Bukan sebab apa pun, just gossip biasa =)

Sungguh pun ramai peminat fanatik muzik K-Pop tersenyum girang sebaik saja menonton konsert Korean Muzik Wave 2011 yang diadakan di Stadium Merdeka pada 23 September lalu, Murai Batu diberitahu ada juga di antara mereka yang pulang ke rumah dalam nada kesedihan. Sentap katanya.

Murai Batu dapat tahu kemurungan segelintir peminat K-Pop ini adalah gara-gara kerana vokalis kumpulan FT Island yang comel iaitu Lee Hong Ki. Apa yang Hong Ki dah buat dengan mereka?

Hong Ki buat apa?

Dengar cerita, walaupun Hong Ki menyanyi sangat bagus dengan suaranya yang menusuk kalbu pada malam itu, tetapi muka dia sangat ketat sehingga langsung tidak melemparkan senyuman pada peminat yang tak henti-henti menjerit namanya.

Malah, ada juga merasakan bahawa hanya fizikal Hong Ki yang kacak saja yang ada di Malaysia tatkala itu yang mana Hong Ki diibaratkan jiwanya telah melayang entah ke mana. Wah, teruk tu. Hong Ki dah kene sakit ke?

Pun begitu, Murai Batu difahamkan nada kesedihan yang dialami peminatnya itu bertukar menjadi belaian kasihan selepas mendapat tahu cerita sebenar yang dihadapi Hong Ki.


Beg Baju Hilang

Rupa-rupanya, Hong Ki yang hanya tiba pada pagi hari sebelum berlangsungnya konsert pada sebelah malam telah pun kehilangan beg bajunya.

Sumber terdekat Hong Ki telah mengesahkan pelakon drama You're Beautiful ini hilang bagasinya itu sewaktu dia transit di lapangan terbang Hong Kong.

Selepas mendapat tahu begnya itu sudah hilang, Hong Ki yang begitu semangat untuk datang ke Malaysia hilang arah kerana asyik memikirkan begnya itu saja.

Dengar cerita, dalam beg itu ada banyak barang kesayangan Hong Ki termasuklah baju yang sepatutnya dia pakai pada malam konsert itu.

Apapun, Hong Ki tidak kecewakan peminatnya dengan mempamerkan persembahan pembukaan yang mantap.

Sumber:  Si Burung Murai


Ada something yang berharga kot dalam tu yang si Hong Ki ni risau sangat.
Suka tengok lakonannya dalam He's Beautiful.


Tags: kehilangan, hilang sabar, hilang peminat, beg tangan, beg, Lee Hong Ki, FT Island, comel, lepas geram, marah, peminat marah, kecewa, airport, Korea, Malaysia, Hong Kong.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

Ulasan

  1. ye ke sha???....tak tahu sgt ape2 berita pas korean wave... Sha g ke???

    BalasPadam
  2. =.='' tak tau pulak dia dtg malaysia

    *tak amik tau pun~ haha!
    tapi,, kesian lah kan.. niat punya berkobar2.. tup2... ada benda jadi.. kalau aku.. hioang terus mood,, tambah2 klu ada bnda brhga dlm tuh >.<''


    owh ya.. for ur information.. i got this from my fren.. program score a tuh,, kat uum memang tak top lg.. nnti, diorang rncang nk gerak ke sana pula.. tak lama lg,, kak cik akn fhm.. knpa sy buat entri tuh..

    BalasPadam
  3. kesian nyer diakan...minat gak korea artis...;d

    BalasPadam
  4. haha.. macam2 hal budak ni sorang hilang beg la.haha

    BalasPadam
  5. haha sis tak tahu pun*nada nk bangga !

    BalasPadam
  6. hishhhhh...kesiann hong ki..

    well.. mmg ske ft island sgt2.. rockkkkk..huuuhu:)

    BalasPadam
  7. Diana: Ye la.

    Sha tak pergi pun. Malas ah. Hehe~

    BalasPadam
  8. tak kenal pun dia ni :(
    nasib hilang di hong kong. kalo d malaysia pueh dia xmo datang dah pasni =.= hu3

    BalasPadam
  9. Aiman: Sha pun tak tau jugak :P

    Jumpa ni masa secara tak sengaja masuk ke Murai.com

    Sebab tu la Hong Ki pun hilang mood, tak senyum langsung.

    Scam tu tak payah la kita ambik tau = tak payah nak join.

    BalasPadam
  10. run away: a ah, kesian..

    minat la jugak, dah trend kan. kang tak minat, ketingggalan zaman plak :P

    BalasPadam
  11. Pendamba: Itu la.. macam-macam hal betul la.

    BalasPadam
  12. Sis: sebab tu la nak bagitau. haha~

    BalasPadam
  13. mar: a ah, kesian.

    Oo, rock ke? Sha tak tau pun.

    BalasPadam
  14. Amna: nasib baik la. cuak jugak, ingatkan hilang kat Malaysia.

    Kalau tak buruk la imej Malaysia di mata rakyat Korea.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau m...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker