Langkau ke kandungan utama

Tips Menjadi Pendengar Setia-Pancing Masalah

Assalamualaikum...


 Entri tips.

Nak tau macam mana nak jadi seorang pendengar setia? Aku ada tipsnya. Sebelum tu, baca la sikit ceritaku (kalau sudi). =)

Aku rasa sedih dan rasa nak tolong saja kawan-kawan mahupun adik-adikku (bebudak degree) yang sedang ada masalah. Aku rasa tidak tega untuk membiarkan diorang diulit masalah.

Biasanya bila nampak diorang macam serabut semacam jer, aku akan approach diorang dan tanya kalau ada apa-apa nak kongsikan dengan aku, boleh la share.

Tapi, aku tak la buat macam terdesak atau mendesak diorang. Ayat kat atas tu macam aku mendesak je. Tak, aku buat macam tu. Kalau buat macam tu, maka tak dapat la nak tolong diorang. Ayat di atas tu nak menerangkan kepada korang dengan jelas.

First, aku please (selesakan) diorang dulu. Borak-borak pasal hal biasa-biasa dulu. Tanya khabar.

Second, aku akan tanya apa-apa yang diorang nak kongsikan bersama. Waktu ni, kena pandai tackle dia tau. Bukan suruh mengorat tapi suruh korang ‘pancing’ supaya dia sudi meluahkan masalah dengan korang. Pandai-pandai la ye tapi jangan desak tau.


Third, kalau diorang segan-segan, aku akan gunakan ayat power ni:

“Sharing is caring, right?”

 “Kongsila beb. Sekurang-kurangnya ringan sikit perasaan dan rasa serabut tu.”


Fourth,
aku akan fahami betul-betul masalah diorang tu. Aku akan kongsikan sedikit perasaanku. Aku ceritakan serba sedikit masalah yang pernah atau sedang aku hadapi. Selalunya aku cakap macam ni;

“aku pun pernah rasa apa yang ang rasa,”

atau

 “aku faham perasaan ang.”



Fifth: Peringkat ini, korang perlu fahami perasaan orang yang sedang meluah tu. Bayangkan korang yang berada di tempat mereka. You are in their shoes. Apa yang korang akan buat dan apa yang korang akan rasa.

Untuk makluman, kalau peluah perasaan tu adalah berjantina lelaki, maka korang kena tanya dia dulu,
“ boleh ke aku bagi pendapat?”
 Sebab lelaki biasanya hanya perlukan pendengar sahaja. Diorang tak perlukan pendapat terutamanya dari perempuan. Serius, inilah jenis perwatakan kaum Adam. Aku ada belajar bab ni.


Sixth: Korang mestilah jenis yang boleh menyimpan rahsia. Ramai yang percayakan aku. Aku tak akan bocorkan rahsia tu kepada sesiapa pun. Mungkin sebab tu diorang rasa selamat nak simpan rahsia dan kongsi masalah dengan aku.

“Iya. Aku tak kan cakap pada sesiapa. Zip”.

Mungkin korang akan rasa sedikit terseksa sebab ada rahsia yang korang tahu tapi tak dapat nak beritahu orang lain. Tapi percayalah, apabila korang rahsiakan apa yang telah diamanahkan untuk didiamkan adalah lebih selesa daripada membuka rahsia.

Korang anggap saja, ada sebuah pintu yang kuncinya telah tenggelam dan karam di Laut Mati.


Semoga langkah-langkah ini membantu dan korang terus menjadi teman yang baik untuk menyimpan rahsia.

Dan, teruslah mempercayaiku dan aku akan keep your secret as secret =)


P/s: Ada sesiapa nak meluahkan perasaan tak? Aku sudi dengar =)


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. nak luahkan perasaan ni..
    csmne nk luahkan?

    BalasPadam
  2. sy tak de duet..

    deut jelez dgn sy..

    mcm mna ni kak cik.. ?

    tlg sy cri duet, lps tu ksi duet tu kt sy nah.. nah2..

    XD

    BalasPadam
  3. kena aplikasikan ni.ahaks..:)

    terima kasih sudi komen entri pendamba

    BalasPadam
  4. apa yang diluahkan akan mengurangkan beban yang ditanggung :)

    BalasPadam
  5. kawan yang baik ialah kawan yang boleh jadi a good listener..

    BalasPadam
  6. nak luaaahhhhh...benci ngan ex. #okbai. tapi dapat kawan baru sonok balik..HEee. Gatal :P

    BalasPadam
  7. KB: luahkan saja..

    kalau serius, add fb jom. dah kenal kat fb tapi masih tak add lagi. haha~ tak nak semakkan wall ek? wakaka~

    BalasPadam
  8. adaque: mesti la pandai pancing.. kalau tak, tak dapat la nak mengail lagi. haha~

    BalasPadam
  9. Aiman: akak pun duit cukup2 makan jer ni.. risau tak cukup jer ni.

    BalasPadam
  10. pendamba: sila aplikasikan.

    biasa la komen2 kat blog pendamba tu. mcm la tak pernah komen plak. isk, budak ni. haha~

    BalasPadam
  11. Encik Khairil: ya. tapi bukan senang nak jumpa kan?

    BalasPadam
  12. weeeeeeeeewiitt!
    ilikeee
    dah bole jadi psikologist ni
    hehehe
    x ssh sebenanye kan
    kene sbr dan bijak memilih keadaan dlm nk pncing memancing owg nih
    hehehe =]

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker