Langkau ke kandungan utama

Tips Blogging (2) Yang Perlu Korang Tahu: Perihal Gambar

Comel 'kan kucing nyan-nyan cat ni.. Haha~



Assalamualaikum...

Entri tips blogging.

Kali ni nak kongsi tips pasal blog. Tips ni pun aku ambik dari Blogger Malaysia kat facebook.


Jom usha..



Tips Blogging 2: Jangan letak gambar banyak sangat dalam blog anda. Loading lambat dan menyebabkan pelawat yang panas baran [macam saya] mudah menekan butang CLOSE.



Nurul Syuhada: xda gmbaq bosan plak


Shahroll: pakai "lazy loading" tu membantu tak?

Mazeer Mohamad: maksudnya kat main page ke? hehehe! tapi, setahu saya, gambar2 semua mempengaruhi jugak~ dia keluarkan kalo orang search image kat google~


Bella  schu~:letak 1 or 2 gambaq suda la..hehe


Ira Mohd: tau tak pe. wat berat kot. semak je banyak2. sikit2 sudah laa~


Blogger's Malaysia™ KC: gunalah gadget2 yg ada utk meringankan blog. :) google. pasti ada. ini tips saja. nak ikut or tidak itu terpulang. :) selamat berblogging.


Affan  ‎@Shahroll: ada org kata membantu. tapi kalau file gambar besar sgt pun, visitor still kena tunggu. :)



Nurul Syuhada : i think kan, kalau gambaq yang berkaitan dengan post, perlu laa..tapi kalau gambaq blogger syok sendiri..tak payah nak banyk2 kan
25 minutes ago · LikeUnlike · 1 personLoading...



Shahroll : KC: ade code yg leh ringankan blog? sesape ade leh share kat sini =D


Blogger's Malaysia™ KC: boleh cuba tutorial yg ini. :) http://maribinablog.blogspot.com/2010/08/tips-meringankan-blog-dan-loading-page.html



Shahroll:  Affan: ohh ye ke.. kalaw macam tu, gambo2 just bagi link (outsource) ke Flickr ke, FB ke.. huhu~ letak sekeping ckup.. =D



Blogger's Malaysia™ KC: blog sy menggunakan cara ini untuk meringankan blog. http://maribinablog.blogspot.com/2010/08/ringankan-blog-dengan-jquery-lazy-load.html



Shahroll  KC: thanks bro! =D



Mazeer Mohamad: yup! layout pun mempengaruhi! lazy loader? adeyh~ aku x faham macam mana benda tuh berfungsi~ dia mempercepat load~ tapi, rosakkan image2 dalam blog~ ntah la~ ada sapa2 tau?



Misshy Innz: kalau letak pic muka cantik/hensem , orang sanggup tunggu habis load. HAHA !


Aisyah: haha, 2 namanye kesabaran penting dlm diri. patot la rakyat mesia ramai de saket jantung;p


Blogger's Malaysia™ KC: atau kecikkan saiz gambar berkenaan. memang la tak semua pembaca penyabar macam awak Aisyah. hehe. lagi2 pembaca yang excited nak baca jadi malas nak baca sebab lambat loading. :)




So, dapat la kutip sesuatu, kan?

Erm,  aku pernah juga masuk ke blog yang terlalu berat sebab banyak gambar-gambar. Rasanya tak membantu pun dengan gambar yang banyak tu tapi rasa rimas dan semak. Letak sikit pun dah okay.

 Ini tak, segala mak nenek dia nak masukkan dalam entri tu. Gambar nampak mata sebelah dia pun nak masuk.


Agak-agak la, kita berblog  okay dan bukannya nak jual diri dik non oi..


P/s: Entry lama yang ditransform, deligate dan diedit semula.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. kb msukkan gak gmbr.. tp bukan gmbr sendiri la.. letak gambr yg membantu sb ramai suka cri kat image kan

    BalasPadam
  2. waaa nasihat yang bagus. Terima kasih...blogwalking....ada banyak di blog sya nak buat blogwalking tau :)

    http://cayob.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. ada masukkan gambar tapi berpada2 gak takut berat blog :)

    BalasPadam
  4. bui main belasah jer kalau pasal letak gambar..hehehe

    BalasPadam
  5. dulu gary pun tak suka blogger letak gambar syok sendiri dalam blog... tapi.... skarang gary buat pulak... macam best la.. huhu~..

    BalasPadam
  6. amboi...marah nampak...haha...kalau saya letak gambar kak sha banyak2 bolehx....????

    BalasPadam
  7. KB: letak gambar tak salah. yg salahnya banyak sgt sampai serabut dan semak.

    BalasPadam
  8. c ayob: sama2..

    BW la dgn suka hati =)

    BalasPadam
  9. erm.. jquery tu mmg best.. loading gmbar pon cpt jek.. :P

    BalasPadam
  10. sis bui: tak le mcm tu..
    tapi tgok blog sis dah ok pun =)

    BalasPadam
  11. naim: eh, xde marah la.. enjoy2 jer.

    pe hal plak ko nak letak gambar kak sha ni? adoi.. ingt kak sha ni model ke apa. haha~

    BalasPadam
  12. encik udin: ye ke? tak pernah guna lagi.

    tq2 ya =)

    BalasPadam
  13. jap lagi aku nak post entry yg banyak gambar..sedia tuk load lama2 hahahaha

    BalasPadam
  14. Abu: letak la banyak2.. tak kisah, blog ko, bukan blog aku. haha~

    BalasPadam
  15. janji ada gambar.. kalau xde gambar,anip pngkah je trus.. bosan la kalau words jew....hehe

    BalasPadam
  16. Anip: kadang2 tak letak gambar sebab line teruk, xdapat nak load up load gmbar =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker