Langkau ke kandungan utama

Kejutan Semasa Wish Happy Birthday

Assalamualaikum...

Entri peribadi dan persahabatan.


Malam tadi, aku lepak kat facebook. Biasala kan nak tengok up date dari kawan-kawan dan ping entri blog.


Bila ada naik birthday today, aku pun wish la. Biasanya aku wish dengan kawan-kawan yang rapat jer. Yang langsung tak kenal atau tak pernah pun bercakap apa-apa kat wall, ikut mood la. Kalau aku rasa mood ok nak wish, aku wish.

Malam tadi, aku wish la dekat kawan-kawan rapat. Tetiba ada orang komen kat wish aku. Tapi lambat baru aku check sebab aku ada hal lain sedang buat.

Bila dah semuanya tak sibuk, aku pi check. Terkejut bila kawan dia cakap bukan-bukan.

Ni wish aku:

Happy Birthday Mie.

Lama tak lepak sama-sama =)



Aku harap boleh lepak dengan dia lagi. Lama gila tak lepak dengan dia.. Tak ada gaduh tak ada salah faham. Mungkin kesibukan masing-masing menyebabkan kami terpisah sementara. Aku berharap wish HB kali ni membuka lembaran baru dalam hubungan teman tapi mesra kami ni.


Kawan dia balas: Awak dah tak ada peluang untuk lepak dengan dia lagi. Dia dah tak ada pada 11 September baru ni.


Aku memang tak percaya. Sebab aku tau kawanku tu memang gila-gila dan tak mustahil kawan dia pun sama kepala, nak mainkan aku.


Kawan dia cakap, bab nyawa tak kan nak main-main.


Tanpa banyak bicara, aku terus pergi ke profil Mie. Terkejut aku bila kawan-kawan dia banyak wish takziah dan al-fatihah.


Air mata terus mengalir. Lagi laju bila membaca tulisan kawan-kawan dia.

Aku tak sangka dia akan tinggalkan aku sebegini cepat.

Arwah meninggal disebabkan kemalangan jalan raya pada 11 September 2011 bersempena juga dengan hari lahir kawannya yang bagitahu kematiannya kepadaku. Sedih kawannya, dia kata pada hari dia gembira rerupanya dia akan kehilangan kawan baik.

Arwah kemalangan di Kuala Lumpur pada 11 September 2011 dan selamat dikebumikan 12hb September 2011 di Kedah. Arwah budak Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Perasaan aku terkejut dan sedih. Tapi aku redha dengan ketentuan dan merelakan pemergiannya.

Untuk sahabatku Fahmi Faiz, selamat bersemadi di sana. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam golongan yang beriman.

Al-fatihah..




P/s: Sedih. Sunyi..



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker