Langkau ke kandungan utama

Aku Tersilap Makan -Oh Tidak!

Nak makan pun kena pilih juga. Jangan tersilap makan tau.



Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Korang pernah tak tersilap makan?

Silap makan dan mabuk-mabuk? Ala, macam keracunan makanan.

Aku pernah dulu. So far dua kali. Teruk jugak la keracunan makanan yang aku alami. Kedua-duanya disebabkan oleh ikan mabuk. Ikan tu tak mabuk untuk dimakan. Tetapi ikan tu yang mengalami kemabukan. Contohnya ikan kembung tak mabuk untuk kita makan tapi ikan kembung mabuk, kita pun akan mabuk sama.

Itu contoh saja. Yang aku tahu ikan kembung susah nak dapat mabuk. Biasanya ikan yang senang dapat keracunan makanan ialah ikan tongkol dan ikan cencaru (yang besar sikit dari ikan kembung tu).

Ok, sambung balik. Makan malam tadi, aku sekali lagi tersilap makan. Giler kau, aku tersilap makan..

Nak tahu aku makan apa? Ala, malu la nak cakap.

Aku rasa aku tersilap makan ni sebab balasan aku duk kutuk orang yang silap minum racun semut yang disangkanya sirap pandan. Padan muka aku.

Aku pun sama macam isteri kes minum racun semut tu. Aku sangkakan benda boleh makan tapi sekali mak aku cakap itu adalah ubat dan racun. Arrggghh, tension aku!

Aku tak nak rasa mabuk lagi macam dulu sampai rasa bumi berputar. Muntah-muntah sampai lembik. Tak nak!


Mak suruh muntahkan. Tapi tak boleh la.. Mak bagi minum air kelapa. Dah minum. Harap ok la.

Sekarang ni aku dah rasa pening sikit-sikit. Kalau aku tak ada up entri, maknanya aku masih tak sihat la..

Moral of the story, nak makan tu kena tau dulu apakah ia dan tanya orang kalau tak tau.
lagi satu, jangan kutuk orang lain sesuka hati.

Doakan aku supaya cepat sembuh ya.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!






Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.

              

Ulasan

  1. amin,moga cepat sembuh. rehat banyak-banyak ya

    BalasPadam
  2. Nak makan tu kena tau dulu bnda ap tu dan tanya orang kalau tak tau bnda tu...

    Semoga cepat sembuh ye kak sha...

    BalasPadam
  3. peyan: eh nasihat sama yg kak sha bagi jer.. anyways tq ya.

    amin..

    BalasPadam
  4. peyan: eh nasihat sama yg kak sha bagi jer.. anyways tq ya.

    amin..

    BalasPadam
  5. semoga cepat sembuh, hehe :P

    p/s : jangan main bedal jek makan XD

    BalasPadam
  6. awk makan ape sebanrnya dik?....


    ikan kembung mabuk? tak pernah dengar..camne nak thu ikan tu mabuk?

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Diana: bila masa pula saya kata ikan kembung tu mabuk? itu cth sahaja la.

    BalasPadam
  9. Haha...macam2 la kak sha nie...amik air putih try baca "doa peninggalan nenek moyang kita tue"..Insyaallah sihat la pasnie...amin...

    BalasPadam
  10. haha, mood blogging aku dah normal :P

    p/s : bukan list dapat, cuma minat atau nak dapatkan jek XD

    tu yang nama dia wish-list =D

    satu habuk benda tu pon aku tak ada, muahaha ;)

    BalasPadam
  11. semoga cpt sembuh,,,sypun pas ry br ni jd gak,,minum air kelapa,,,pastu mkn pil chi kit teck aun,,,memg mujarab,,,hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage....

Open Tracker