Langkau ke kandungan utama

Karenah Orang Kampungku Menyambut Raya



Assalamualaikum dan apa khabar?
Raya? Dah makin tiba, kan?

Macam mana dengan persiapan raya korang?

Aku duk rumah ayah bonda di kampung. So, tak de la persiapan dan rasa keterujaan nak balik kampung tu.

Persiapan kat rumah ni kena la kemaskan bilik stor. Eh, macam mana nak cakap. Bilik stor ditukarkan menjadi bilik dan barang-barangnya di keluarkan. Korang bayangkanlah ke mana nak bawa barang-barang stor tu? Barang penting kot, buku-buku teks dan nota-nota aku masa belajar dulu. Pakaian kakak dan keluarga.

Itu belum termasuk barang-barang aku selepas belajar baru ni, walaupun dua tahun tapi barang banyak sebab dulu kena duduk rumah sewa yang kosong, kena la beli perabut kecil-kecilan. Banyak jugak la, dengan buku-buku lagi, toto, meja kecil, baju-baju. Aku gila juga beli baju.

Kalau ada bilik stor boleh la sumbat situ tapi dah dijadikan bilik tidur, ha sudah..


Bunyi Mercun

Berbalik kepada cerita asal, kemeriahan beraya di kampung aku ni, berdum dam juga la bunyi mercun. Tapi kat rumah aku tak main sebab adik-adikku pun dah besar gedabak. Hehe~ tunggu kanak-kanak (anak saudara) datang kot baru nak berbunyi-bunyi.

Raya kali ni tak la semeriah bunyi macam tahun-tahun lepas. Adakah kerana mereka yang biasanya main mercun tu dah berkahwin dan boleh berfikiran matang atau takutkan bahaya akibat bermain mercun seperti TV dan surat khabar tunjukkan? Aku tak dapat nak jawab sebab aku tak pi interview diorang lagi. Haha~


Cahaya


Rumah jiranku pasang pelita. Rumah aku dari awal puasa, adik bawahku sibuk bertanyakan adik lelaki bongsu, manakah pelita. Sampai ke hari ni tak jumpa pelita. Biasanya kami pasang pelita pada bulan puasa sempena nak sambut Syahwal. Tapi kali ni tak ada pula.

Rumah jiranku pasang lampu mentol warna warni. Dulu rumah aku ada lampu warna warni tu tapi sekarang dah terbakar. Ye la, dah dekat 20 tahun kot. Rumah aku tahun ni pasang lampu lip lap.Lingkarkan pada pokok inai kat tepi rumah.

Aku selalu kata, “Rumah orang lain pasang pelita dan lampu warna-warni, rumah kita pasang pokok Krimas. Haha~”


Cat Rumah

Rumah jiran sebelah ni yang mula-mula cat rumah dulu.  Cat kuning kat dalam rumah. Kemudian jiran-jiran sekeliling kat rumah aku pun cat jugak. Aduh, pantang tengok orang lebih ke memang tema tahun ni cat rumah? Haha~

Jiran-jiran ikut cat luar rumah warna hijau muda lembut, hijau lumut. Ada yang cat dalam rumah warna hijau. Ni tema apa ni pakai warna hijau?

Adikku kata, “rumah kita je yang tak cat. Tak apa la, rumah kita ada langsir baru pun dah cukup. Tahun depan kita cat dalam rumah, tahun kemudiannya kita cat luar rumah.”

Nasib baik la adik-adikku fikir macam tu. Kalau dia fikir nak cat rumah jugak, giler r nak kena kemas barang dalam rumah ni (kalau cat dalam rumah) dan kena tunggu cat kering (kalau cat luar rumah) sebab sekarang ni musim hujan.


Berbagai karenah sempena raya kan? Menarik jugak. Sudah nampak pembaharuan di kampungku yang tercinta ini. Harap-harap keramahan dan kemesraan tidak padam di setiap insane penduduk kampungku.

Jemput datang rumah ya Raya ni.

Di kesempatan ini aku nak menyusun 10 jari memohon kemaafan.

Entri berkaitan:
Kad Raya Digital Untuk Teman Bloggers

Terima kasih sudi baca sampai habis. Siapa dah sudah baca, boleh ‘like’.



Ulasan

  1. ramai org kate raya tahun ni tak semeriah tahun sudah kan?hehe setiap tahun makin membesar kurang lah nak rasa meriahnya kan hehe

    BalasPadam
  2. smlm dalam perjalanan dari KB ke johor, tak banyak rumah yang pasang pelita raya T.T
    huhuhu..

    BalasPadam
  3. baca entry ni, teringat raya zaman kanak2 dulu..masa tu teruja la..skrg biasa2 ja. apa2 pon, salam aidilfitri ya sha :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker