Langkau ke kandungan utama

Hadirmu Mengisi Kekosongan Hatiku

Assalamualaikum...

Entri peribadi, jiwang dan pesanan.


Hadirmu mengisi ruang kosong hatiku
hadirmu mengubah persepsiku
hadirmu mententeramkan jiwaku


Namun, aku takut untuk bermimpi
andai aku terjaga lagi
aku akan mengingati mimpiku itu
tetapi aku tak kan jumpa dengan mimpi itu nanti


Menyesal?
Tidak sesekali aku akan menyesal
ia adalah aturan Tuhan yang Maha Kebal
adakah kita layak untuk menyesal
andai kita masih tak guna akal
untuk mengukur dengan sesuatu yang kekal?


Janganlah kita menyesal dengan sesuatu yang telah ditakdirkan
kerana bukan kita yang menentukan
kita cuma mampu membuat perancangan
berjaya atau tidak, biarlah ALLAH yang tentukan


Laluilah dengan apa yang patut kita lalui
apa yang telah ditentukan untuk kita tempuhi
jangan terlalu berharap atau meragui.



Sha,
1.30 petang
27 Julai 2011
Melaka.


P/s:  Saya takut untuk kehilangan awak. Tapi saya tak kan risau kerana saya yajin dengan ketentuan ALLAH.

P/s/s: perhatikan rima di hujung ayat..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker