Langkau ke kandungan utama

Teman, Aku 'Kan Ada





Assalamualaikum...

Kali ini aku nak post entri bersajak pula. Inspirasi dari seorang teman baikku di Sintokkian.

*Sunyi diriku tanpa kehadiran dirimu

Teman,
ku tahu kau bersedih hati
tapi aku 'kan ada
boleh menemanimu

Adakah terlalu dalam luka yang dia tinggalkan?
mendengar ceritamu, aku simpati
aku geram pada peremuan itu
teganya dia perlakukan kau sedemikian rupa!

Teman, aku merasai kedukaanmu
aku 'kan ada
aku temanmu
suka dan dukamu
marilah kita harungi bersama
sambutlah huluran tanganku ini

Tak perlu kau ragu dengan aku
aku 'kan temanmu
walau hidupku bakal bersinar ceria
tidak ku lupa padamu
temanku yang bermendung duka

Teman, andai kau anggap aku ini temanmu
berikan aku kesempatan menjadi teman terbaik buatmu
kerana kau juga teman terbaik untukku.


Aku rindukan dirimu yang ceria dan tabah menjalani semua ini
Aku rindukan dirimu yang gembira dan bongok keanak-anakkan
Aku rindukan dirimu yang mengusikku dan membahan aku
Aku rindukan kau di Sintokkian.

Sha
9.43 am
2 Jun 2011

P/s: Sunyinya rasa bila kawan baikku di Sintokkian tak de.
1. Wawan- sedang kesedihan
2. Peyan- berkursus
3. Jerza- Baksis
4. Anip - senyap pulak..
5. Ijam- sibuk dengan Digi Awards

Sintokkian yang lain?
1. Izahar- ada tapi ikut mood dia jugak
2. Tok Wan Muda- dah cuti, senyap
3. Aini- dah balik kg, jarang on line
4. Erleena- mmm..
5. Haziqah- agak senyap
6. Admin- Firdauz, Efina dan Ariffin - bukannya nak borak sangat.
7. Syida- agak senyap juga
8. Shahril- tak banyak borak
9. dan lain-lain yang tak sempat nak ingat dan sebut nama

Tahniah la kepada admin dan ahli yang aktif sebab sudah menguatkuasakan kumpulan dengan tanpa sebarang ping. Semoga kita boleh berborak lagi, k. Macam dulu. Macam mana perkenalan aku dengan Wawan, Peyan, Anip, Tok Wan Muda, Izahar..



Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker