Langkau ke kandungan utama

Cukup-cukuplah Emo Tu.. Penatlah!

Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Aku sebagai seorang blogger, aku tak nak masuk dalam politik walaupun aku mengikuti. Aku tak nak masukkan  entri pasal bola sepak walaupun aku tahu ranking sebab ini bukan blog sukan. Aku takkan masukkan pasal artis, sebab artis tu bukan idola.

Aku tak nak hanyut dalam isu panas.

Dunia blogger ni tak habis-habis asyik panas saja. Isu itu ini. Pasal mak cik yang hina Islam, pasal isu tiada dara budak perempuan 14 tahun, pasal blogger dituduh menipu dan pasal Gambit. Aku tahu isu-isu tu tapi aku malas nak ambik tau. Aku bukanlah blogger yang nak teguk ikan di air yang keroh. (Er, betul ke peribahasa tu?)

Aku malas nak masuk campur. Aku cuma memerhati dan ambik pengajaran. Tak perlu lah kita nak emo, maki-caci bagai. Buang masa. Diorang bukan kenal ko pun dan sucikah mendapat trafik dari isu panas macam tu?

Aku no comment. Cuma aku terfikir je. Itu blog korang, suka hati korang la kan?

Blog aku pula, so far takkan nak cemarkan dengan maklumat isu panas macam tu. Bukan apa, aku yakin ramai lagi blogger yang buat isu tu. Aku malas nak sibuk-sibuk. Rasa muak jugak baca entri yang sama je (bila buka dashboard dan BW). Mungkin korang tak rasa muak, sebab korang minat. Aku tak minat.

Minta maaf, aku tak suka.
Aku rimas kalau dipaksa-paksa.
Dah aku kata tak nak, tak nak la.
Aku tak suka nak serabutkan kepala aku ni. Aku tak nak marah, aku tak nak sedih, aku tak nak kesal.

Banyak benda yang penting lagi dari aku nak fikir perkara macam tu. Bukan aku tak risau, aku risau. Tapi aku rasa ada orang lain yang boleh ambik tindakan.

Tak faham? Meh aku terangkan. Aku ni  blogger picisan yang tak ada orang kenal pun. Kalau aku buat entri pasal isu panas tu, berapa orang yang akan baca? Berbanding blogger hebat dan otai buat entri? Pasti beribu yang baca.

Jadi, aku memang serahkan kepada blogger otai sahaja yang buat pasal isu panas. Sementara aku buat entri yang penting bagiku. Ceh, bajet jer aku ada hubungan yang rapat dengan blogger otai.. Wakaka~

Ops, panjangnya mukadhimah.. Hihi~ Sebenarnya aku dah rasa menyampah bila nampak ramai sangat buat entri yang emo. Bukan blogger picisan saja buat, blogger otai pun sama. Aku rasa ni pengaruh dari otai la.

Bila ramai blogger emo, ee, rimas tau tak.. Penat dan semput rasa di dadaku.

Aku sukakan ketenangan dan keharmonian. Kalau keadaan sebaliknya, aku akan cepat marah. (Jangan lupa aku ni ada panas baran. Tapi aku jarang marah. Cuma kalau asyik diasak dengan perkara yang panas memang meletup la)

Kembalikanlah keceriaan dunia blogging sebulan yang dulu..


Terima kasih sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker