Assalamualaikum...
Dah lama benda ni bersarang. Tapi, aku diamkan dulu. Aku tunggu dulu. Sabar.
Malam semalam seorang kawanku bertanya lagi soalan yang dia tanyakan pada aku dulu. Apa yang harus aku jawab? Aku tak kan jawab sesuatu yang akan memburukkan kawan aku walaupun... (hanya aku dan dia yang tahu).
Biarlah tak ada siapa tahu. Kalau mereka tahu pun, bukan bersumberkan aku. Biarlah mereka menilai sendiri.
Aku takkan beritahu kalau dia bukan kawan baik aku. Ada kawan baikku menghubungi aku, tapi aku tak dapat nak menjawabnya kerana kreditku ketamatan tempoh aktif.
Sebenarnya, banyak lagi kredit tu. Ada dalam RM 39.00. Ada sesape nak tak kita share? Korang bagikan tarikh luput kredit korang, aku bagi kredit. Nak? Haha~ gila miskin sampai promote dalam blog. Hihi~ tak ada la.. Saja ja.
Aku memang tak kisah. Kalau dia buat diam, aku diam jer la. Nak terasa? Oh, perlu ke? Tak kot. Lantak dia la. Itu hak dia. Kalau kami masih ada sangkutan, jumpa kat akhirat je la untuk settlekan..
Aku tak nak komen apa-apa. Tapi, cuba korang fikir, seseorang berbuat salah pada korang. Dia minta maaf sebelum korang cakap apa-apa kemaafan, dia remove dan block facebook korang. Er, ni ikhlas minta maaf ke tak?
Korang tolong fikirkan untuk aku. Aku dah malas nak fikir. Cuma aku nak pesanlah, tolonglah berperangai matang. Dan aku tak respek pun ko bertudung labuh dan berstoking, kalau perangai ko kalah orang yang berpakaian seksi. Dah ramai aku jumpa orang macam ni. Bukan aku nak burukkan mereka yang bertudung labuh. Malah, aku rasa kagum sebab bukan senang nak pakai tudung macam tu di tengah fesyen yang menggila ni.
Tapi, kalau korang dah berpakaian macam tu, sila lah berakhlak seperti mana pakaiannya. Jangan nak malukan orang Islam kalau kaum lain tak percayakan kita. Contoh: Seorang Pak Haji siap pakai serban (*turban in English) tapi janji tak tetapi.
Nanti kaum Cina kata: 'Aiya, wa ingat itu Pak Aji alim dan baik punya olang. Tapi alim punya olang pun tarak bulih pakai ma..'
Tak ke semua orang Islam pun dikaitkan bersama dalam situasi ini? Tak guna kalau sembahyang tungging terbalik pun kalau buat orang lain marah dengan kita. Aku pernah dengar yang Ustaz pernah berkata, kalau hati kita ada dendam, jahat dengan orang dan tak ikhlas, amalan kita tak diterima. Sia-sia saja lah.
Korang faham tak? Kalau korang tak boleh nak nampak, bersihkan hati korang, k. Kalau hati korang dah bersih tapi tak boleh nak nampak jugak, itu salah aku la, tak pandai nak terangkan pada korang. Hihi~
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
kalau betul ikhlas, datang la jumpa aku..
BalasPadam