! Sha Dreamy

Sabtu, 2 April 2011

William Enggan Pakai Cincin Kahwin



Assalamualaikum...

Wah, ada orang nak kahwin la..

LONDON: Putera William akan meninggalkan zaman bujangnya apabila berkahwin tetapi pegawai istana memberitahu, semalam bahawa putera itu tidak akan memakai cincin perkahwinan.

Tunangnya, Kate Middleton merancang memakai cincin kahwin dibuat daripada emas Wales, amalan tradisi keluarga diraja yang diamalkan sejak 90 tahun lalu selepas pasangan itu berkahwin pada akhir bulan ini di Westminster Abbey. 

Jurucakap William berkata, keputusan itu dibuat atas permintaan peribadi pasangan berkenaan. Menurutnya, maklumat lanjut mengenai rekaan cincin Kate dan sumber asal emas Wales yang digunakan akan diumumkan sebelum perkahwinan berlangsung.

Emas Wales yang bernilai kerana kualiti dan sukar didapati digunakan dalam perkahwinan diraja sejak 1923 dan dipakai Ratu Elizabeth II serta Puteri Diana. Secara tradisi emas daripada ketulan dari lombong emas Clogau digunakan tetapi lombong itu sudah ditutup dan hanya galian perak yang masih ada.


Bagaimanapun, kerajaan British memberikan baginda ratu sebahagian kecil emas Wales pada 1980-an untuk dijadikan sebagai cincin kahwin dan mungkin emas itu yang digunakan. Perkahwinan Putera Charles dan Camilla pada 2005 juga menggunakan sumber emas berkenaan. - AP dalam Harian Metro

WILLIAM dan Kate akan berkahwin akhir bulan ini.


Wah, bertuah la Kate, dapat pakai cincin yang ada digunakan zaman berzaman.. Sha jeles. Haha~

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

6 ulasan:

sha berkata...

wah, dia dah nak kahwin.. melepas la.. agagatai~ haha.

Salfiza berkata...

huwaaa!
kat fb semua org letak pic kawen
kt blog sha plak citer pasal kawen
musim kawen ke ape ni?huwaaaaaaaa
hihi ngada2...

sha berkata...

sekarang kan musim bunga kat ngra 4 musim. kat ngra tropika pula, musim hujan..
sebab tu semua org nk khwin. haha~

Henry Zackery berkata...

beliau nk buat kelainan kot.. :)

Tukar Password Anda Sekarang

sha berkata...

HZ: dia dah malas nak pakai cincin.. kan cincin tu......

raudhah berkata...

dia ade sbb la tu kalu tak nak pakai kan? tp cik sya nanti pakai tak cincin kawen (soalan sengal)..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...