Langkau ke kandungan utama

Pesan Guruku (Tentang Ibu Bapa)



Assalamualaikum...

Tazkirah kembali lagi..

Malam semalam aku hadiri majlis agama dan ilmu.

Pada akhirnya, dia menyatakan pesanannya untuk kami yang akan bercuti panjang dan kembali ke pangkuan ibu ayah. Pesanan itu sama seperti yang aku dengar pada masa aku belajar ijazah dulu.  Aku masih ingat lagi. Ayat-ayat itu pun kembali berlegar-legar di kepalaku.

Pesan guruku
pabila balik ke rumah
berbaktilah kepada ibu dan ayah
janganlah kau membuat mereka susah

Pesan guruku
jangan perlakukan ibu dan ayah seperti hamba
bantulah mereka dalam kerja
sekurang-kurangnya ringan beban mereka
yang makan bertahun lama
bukan sehari dua
 



Pesan guruku
janganlah kau berlagak seperti raja
dan membuat mereka seperti hamba
kerana merekalah segalanya
deritanya membesarkan anak tak punya cerita



Guru bertanya
Apakah baktimu kepada ibu bapa?
Suapkan makan belum pernah
Susui? Lagilah tak mampu
Berjaga tengah malam kerana sakit pun kau rela layan kantuk
Mandikan ibu ayah pun belum
Basuh pakaian? Itu pun malas-malas..

Hormatilah mereka
sayangilah mereka
bercakap lunak dan lembutlah dengan mereka
kerana mereka yang banyak berjasa
apa jasa kau pada kedua ibu bapa?

 Mereka sudah mencurahkan kasih sayang
dan memberi duit gajinya hanya kerana kita
makan pakai kita;
belanja sekolah kita;
sakit demam kita;
hang out kita;

Tapi bila kau sudah bergaji
pernahkah kau memberi sedikit untuk ibu ayahmu?

Pesan guruku
ibu itu karomah
ayah itu hikmah

Kalau ibu menyukai kita
dia akan meredhai kita
kita akan dapat kekayaan
kita akan peroleh kebahagiaan

Kalau ayah merestui kita
kita akan mendapat kekuatan ayah
sihat sentiasa..

Berbakti kepada ibu bapa tiada ruginya.. Malah, syurga menanti






p/s: Ingatlah mak ayah kita kat kampung. Sudah jenguk ke? Tak ingat ke kenangan manis bersama ibu ayah kita semasa kecik? Semasa akal kita masig belum sempurna..

Mak, ayah, cek rinduuuu~ Jangan pergi dulu. Nantikan kepulanganku..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…