Langkau ke kandungan utama

Multivitamin Daripada Alam

Assalamualaikum...


Multivitamin Daripada Alam


Banyak kajian telah menunjukan pengambilan permakanan tambahan boleh
meningkatkan taraf kesihatan individu. Perkara ini disebabkan jenis-
jenis makanan yang diambil kurang zat-zat yang diperlukan oleh badan
atau berlebihan perkara yang tidak perlu banyak seperti gula, garam
dan lemak.

Zaman moden ini dengan pengambilan makanan yang tidak seimbang zat
boleh menyebabkan badan dahagakan zat-zat yang perlu dalam memastikan
badan terus berfungsi dengan baik.

Spirulina merupa sejenis tumbuhan satu sel yang kaya dengan pelbagai
vitamin dan zat galian. Sprirulina dipercayai adalah photosynthetic
yang pertama wujud lebih daripada 3.6 billion tahun yang dahulu.

Spirulina dikatakan makanan yang kaya dan lengkap secara semula jadi
hasil daripad alam. Ia kaya dengan multivitamin, zat galian dan
pelbagai khasiat bertumpu pada satu tumbuhan berbanding dengan jenis
makanan, tumbuhan dan herba yang lain.

Spirulina 100 kali lebih Betacarotene berbanding betik, 50 kali lebih
zat besi berbanding bayam, 10 kali lebih kalsium berbanding susu, 5
hinga 30 kali lebih chlorophyll berbanding rumput alfafa atau wheat
grass. Spirulina turut mengandungi protein tumbuhan yang 65 ke 71
peratus lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.

Dalam membeli Spirulina pastikan ia datang daripada sumber yang boleh
dipercayai. Sumber Spirulina perlu datang daripada kawasan air yang
bersih bebas daripada pencemaran. Pengeluar juga perlu menguji
Spirulina yang dibungkus bebas daripada sebarang toksin dan
pencemaran.

Isi kandungan Spirulina perlu bebas daripada sebarang pelekat makanan,
isian kosong, pewarna, tambahan bau, penahan lama dan gelatin haiwan.

Spirulina boleh dimakan mengikut sukatan atau lebih, malah jika
Spirulina dimakan sehingga kenyang, Spirulina tidak merbahaya. Ia
merupakan sejenis tumbuhan. antara penggunaan Spirulina selain :-

3 Gram Spirulina digunakan dalam pengawalan berat badan dan kesihatan
umum. Malah sukatan 5 Gram Spirulina telah berjaya digunakan sebagai
rawatan pemulihan kepada mangsa kemalangan nuklear Chernobyl yang
lemah sistem pertahan badan.

Spirulina begitu sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung,
kanak-kanak dan orang tua.
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker