Assalamualaikum...
Entri tazkirah ya hari ini tuan-tuan dan puan-puan. Eh, macam nak masak pula. Hehe~
Apa itu lintasan buruk? Ini bukan lintasan keretapi laju berkembar tau.. Bukan jugak lintasan budak-budak sekolah tau. Kalau nak tau, apa lagi, jom baca..
Terjumpa tulisan tentang lintasan buruk dalam yahoo mail. Rasanya eloklah dikongsikan kepada blogger, mahupun pembaca sekalian..
Semoga kita semua berada dalam pemeliharaan Allah hendaknya
1) Pengarang kitab "al-Fawaid", Ibnu Qayyim telah menerangkan mengenai simpang-siur kehidupan dunia. Beliau menjelaskan bahawa setiap perbuatan manusia, biasanya didahuli oleh lintasan- lintasan (khawatir) atau gagasan.
Faktor inilah yang kemudiannya mengundang munculnya tasawwur (gambaran). Selepas itu muncul pula iradah (kemahuan) yang selanjutnya mendorong kehadiran perbuatan (amal). Apabila perbuatan itu terjadi berulang kali, maka ia akan menjadi kebiasaan.
2) Oleh kerana itu, Ibnu Qayyim menegaskan,
- "Lawanlah setiap lintasan buruk. Ini ialah kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi fikrah (gagasan) yang buruk.
- Singkirkanlah fikrah buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi iradah atau 'azimah (tekad) yang buruk.
- Perangilah tekad yang buruk itu, kerana jika dibiarkan, ia akan berubah menjadi perbuatan buruk.
- Dan jika perbuatan buruk itu tidak dilawan, bahkan dilakukan secara berulang-ulang, maka ia akan berubah menjadi kebiasaan buruk.
- Bila perbuatan buruk itu sudah menjadi kebiasaan, maka kita akan merasa sukar untuk meninggalkannya".
3) Mengucap lafaz "istighfar" dan segera mengingat balasan hari akhirat adalah cara yang dicadangkan untuk menghapuskan lintasan-lintasan buruk yang berada dipemikiran kita.
Wallahu A'lam
Sekian, semoga bermanfaat
Dr. Muhammad Azhar Zailaini
YDP IKRAM Hulu Selangor
2011/4/6 SIM Interaktif <sim.interaktif@yahoo.com>
Aha, dah tau kan? Maka, marilah amalkan..
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
jom amati dan jauhi lintasan buruk
BalasPadam