Langkau ke kandungan utama

Pelepasan Radioaktif Tidak Mungkin Sampai Ke Malaysia - Ongkili

Assalamualaikum...



KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun Jumaat lepas, adalah rendah dan tidak mungkin akan sampai ke Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

"Maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan arah dan pergerakan angin adalah ke timur dan timur laut Jepun. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia iaitu Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu 0.17 uSv/jam.

"Had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam," katanya.

Menerusi mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal yang dipasang di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang sejak 2009 juga menunjukkan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga kini, katanya.

Ongkili berkata kementeriannya melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini.

Pusat Maklumat Radiologi yang bertempat di Jabatan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom beroperasi 24 jam untuk sebarang persoalan teknikal dari orang awam, katanya.

Maklumat terkini mengenai kejadian di Jepun boleh diperoleh di laman web IAEA www.iaea.org, laman web Nuclear and Industrial Agency, Jepun www.nisa.meti.go.jp dan Pusat Maklumat Radiologi, AELB di talian hotline 1800-88-7999.

Beliau berkata Malaysia, melalui AELB, sentiasa dikemaskini dengan maklumat terkini dan yang disahkan IAEA.

Gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada Jumaat lepas serta mencetuskan tsunami besar setinggi 10 meter hingga dilaporkan mengorbankan sehingga 10,000 orang selain menimbulkan kebimbangan mengenai krisis nuklear ekoran kejadian letupan di loji berkenaan.

-- BERNAMA


Banyakkan berdoa dan berharap la tak sampai ke Malaysia..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)