BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL | ! sha my heart

.

Khamis, 17 Mac 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Assalamualaikum...


Masuk lagi segmen Abang Ben..

Saja. Dapat idea boleh buat entri dan boleh berkenalan dengan blogger yang lain.


  1. Sila letak banner image ini
  2. Tajuk : BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL dan linkkan ke entri ini ..
  3. Sila jawab soalan ini ...




    1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?

      Pernah. Kerana keperibadiannya.

    2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?

      Fizikal? Kurang ambil berat sangat. Janji tak nak lelaki rendah. Sebab kebanyakannya bermasalah. Ops, kebanyakannya ok, bukan semua.

    3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
       Erm, tak tau nak kata.. Wajah kot. Dari mata turun ke hati.

    4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ? 
      Setuju.. Sebab dia bahagia la, sebab tu perut makin ke depan. Kalau tak, tak kan nak jadi macam tu.. Kalau tak bahagia, mesti kurus kering melidi dari sebelum kahwin.

    5. Setujukah, lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda .. 

      Setuju. Jantan kalau ada rupa sikit mula la nak test market. Betina apatah lagi, kalau dahi lincin tu kebanyakannya nak cari orang lelaki yang berduit jer.

      Isk, aku marah ni.. Sebab tu guna perkataan 'jantan' dan 'betina'

    6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  .. 

      Lelaki idaman? Seorang yang tahu pasal agama. Jangan jadi macam ni perihal-seorang-aku-sha-7 
       Mesti la ada wawasan dalam hidupnya dan seorang yang bertanggungjawab juga seorang yang penyayang.
      Tak susah, kan? Ringkas je kan? Cepat-cepat, sapa yang suka aku? Haha~

      Kenapa pilih si dia? Si dia mana? Tak kenal dan tak ada pun...

    7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ? 
      Tak de pasangan. Orang nak aku, aku tak nak.. Itu la pasal.
      Menanti pinangan oleh sesiapa yang sudi jer la.

      Tapi, kalau dah ada nanti, aku bersyukur dan terima si dia seadanya.
    8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ? 
      Kurang berpuas hati. Tapi reda je la, sebab tak mampu nak ubah.. Sebab aku ni ada masalah kuat berpeluh. Tengok fizikal aku kecik jer tapi aku jenis cepat panas. Pernah cu ba tambahkan berat badanku tapi aku tak tahan dek kerana terlalu kerap berpeluh.

      Bayangkan, baru jer sudah mandi, baru pakai tuala, dah berpeluh. Lepas makan pun berpeluh. Gerak sikit, berpeluh. Kemudian, jadi alergik gatal-gatal.. Uii, tak sanggup lagi nak menghadapi saat itu.

      Kalau korang nak kata apa pun, kata lah. Aku bersyukur dengan apa yang ada. Janji aku tak dalam seksanya kaut  berpeluh dan gatal-gatal lagi.

    9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya? 
       Tak tau nak kata. Tapi, kalau bab perut maju ke depan aka boroi, memang kena jaga. Aku paling tak suka lelaki boroi. Kalau lelaki boroi nak aku, awal-awal aku reject. Geli ar! Yek!

      Aku kena jaga badan? Aku  tak de masalah lemak di mana-mana okay. Makan je banyak mana pun, maintain jer.

    10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh.. 

       Produk? Produk tu memang mujarab. Tapi orang yang nak melaksanakannya tu yang buat produk tu jadi tak mujarab.  Yang penting, jaga makan la. Aku pun berpantang. Kalau tak pantang, memang teuk la muka ku ini. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

      Kalau kata nak berdiet, diet la sungguh-sungguh. Berpantang sikit. No pain, no gain la..  Bengang jugak dengan kawan-kawan yang kata berdiet tapi hantam makan dua pinggan, makan dengan penuh nafsu berselera makan. Lepas tu, mengadu tak turun-turun badan dan salahkan produk.

      Nak jer aku sound depan-depan, elo awak tu yang kaki bedal segala makan, nak salahkan (blame) orang lain pulak. Memang aku hangin. Tapi, cool jer sebab tak de kena mengena dengan hidup aku. Pula tu, pantang ditegur, mula la nak merajuk. Haisz..


Ok, dah siap.. Nanti nak jenguk kawan-kawan blogger yang join segmen ini jugak..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

26 ulasan:

sha berkata...

lelaki?

intan berkata...

i suka jawapan u untuk soalan 10 :)

saya YANA berkata...

tak suka lelaki boroi ye.. kalau da jodoh kita tak boleh menidakkan.. hehhe..

sha berkata...

intan: jawapan no 10? Ui, jangan suka sangat, nanti sha bertukar jadi ganas pula.. hihi~

sha berkata...

Saya Yana: minta maaf la ye.. kalau dah jodoh, suruh dia buat sit up 1000 kali. Jgn malas. Hehe~ Kalau tak, tak nak bersanding. hihi~

DiahRodzi berkata...

hehee..agama tu mmg y first la....:)bru bleyh bimbing kita...:O)

solo molo berkata...

kalo hati dah suke, dah tak kire yang laen dah...

manueng berkata...

ape masalah laki pendek?huhu

sha berkata...

Diahrodzi: yup, agama mesti pertama..

sha berkata...

solo molo: mana boleh macam tu. kena kira jugak.. Restu keluarga tu paling penting

sha berkata...

manueng: masalahnya tak cukup ketinggian.. cek ni tinggi. haha~ gurau jer..

Cik Cammy Lia berkata...

haha ganas2 jwpn dia.ahaks..thanx jenguk my blog k.

faraa halim berkata...

dtg jenguk sini
smbil folow ;))

sha berkata...

cik cammy: saya seorang yang ganasz.. hurr.. haha~

sha berkata...

faraa halim: terima kasih kerana sudi menjenguk saya di sini..

follow? alamak, malu cek.. hehe~

|| A Lady Named .. Yantiey || berkata...

suka jawapan sis yg no 7 haahaaa

tQ singgah n follow my blog..terus keep in touch ye..

follower sis yg ke-154. =D

sha berkata...

Yanti: Tq2..

Suka ek?

terima jer la seadanya..

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ berkata...

hahaha buncit itu sexy lar dik ;p
oopss x mo cakap x nak..sebab slalunye yg x nak tu sllu dapat..mcm akak la..x suka org kentut2..tiba2 dapat yg suka kentut..cmner?
redho jer laaaa... =D

HIDAYAH HIDAIZ berkata...

huhuhu..pnjg lebar jwb soklan no8
betul2 xpuas htai ni..

sha berkata...

pinky momma: hehe~ kalau dapat, redha jer la.. hihi~

sha berkata...

hidayah: sabar2.. hehe~

Mr. Kamikaze berkata...

haha.. best2 baca jawapan kat sini..

Surat untuk Kekasih..

sha berkata...

Mr kamikaze: hehe~ tq..

MaiZerry berkata...

Salam.. sy dtg jengok jawapan.cool! haha
balas balik visit sha. :)

sha berkata...

Wasalam..
Cool? terima kasih..

peyansanstaro berkata...

terbaik...
hahaa*_*
*boroi sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...