Langkau ke kandungan utama

AKU BENCI ROKOK

Assalamualaikum...

Abang Ben buat segmen lagi..

image

1. Sila letak banner diatas ni ..

2. Tajuk : AKU BENCI ROKOK dan linkkan ke entri ini ..

3. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Kenapa aku benci rokok?  Kenapa saya suka rumah saya? (Sila baca macam iklan Merdeka oleh Petronas, 'kenapa saya suka rumah saya'

Sebab rumah saya besh.. haha~)



Ok, serius.. kenapa aku benci rokok? Sebab rokok buat aku jadi pening dan sesak nafas. Aku ni ada jugak lelah (bila hypertensi) haha~ kadang-kadang la. Jadi, aku tak suka nak sumbatkan hidungku dengan asap rokok. Bila aku terhidu asap rokok, secara automatiknya aku akan batuk. Memang badan aku tak terima asap rokok la.

Lagi, sebab merokok tu adalah membazir. Korang dah cukup kaya ke untuk membakar duit setiap hari semata-mata kerana rokok? Oh, tidak! Kalau korang kaya, tak perlu nak action dengan merokok, lebih baik korang sedekahkan duit itu untuk anak yatim.

Famili aku semua tak merokok. Aku ada 7 orang adik-beradik. Dalam famili ada tiga orang lelaki termasuk ayahku. Semuanya tidak merokok. Abang iparku ada dua orang. Mereka ni asalnya memang perokok. Tapi bila berkawan dengan kakak-kakakku, mereka berhenti merokok. Jadi, familiku bebas rokok.

Maka, aku pun hanya menerima mereka yang tidak merokok jugak. Susah nak cari? Itu bukan alasan. Yang penting, famili aku akan tetap bebas rokok.




4. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok ! 

 Rokok adalah makhruh dan boleh naik kepada haram. Sumbernya? Mufti.. Korang cari la sendiri. Memang ada sumbernya..

Bakal perokok: sila pastikan korang benar-benar kaya dan mampu menjawab persoalan Tuhan masa kita kembali kepadanya yang bertanya mengapa kau merokok dan membahayakan kesihatan diri? Sedangkan nyawa dan tubuh badan adalah pinjaman dan perlu dijaga dengan elok.

Sekali dah terpengaruh dengan rokok, sukar nak kembali normal. Jadi, jangan gatal-gatal tangan nak mencuba.


5. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini .. 

 Aku pandang korang tak ubah seperti penagih dadah. Sikit pun aku tak hormatkan korang. Wahaha~ kejam giler ayat..

Mereka ni mungkin dah terjebak dan tak dapat nak lepaskan diri dari rokok. Tapi, nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan? Ye tak?

Siap.

Bebaskan diri anda dari rokok. Hidup sihat tanpa rokok.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…