Assalamualaikum...
Entri pasal kenapa la asyik tukar orang je korang bercouple, kan? Tak pun, hubungan yang putus di pertengahan jalan. Ehe, macam la aku tak tau, korang bertukar couple. Haha~ Cak!
Kalau nak tau, jom la semak kat bawah ni. Kalau dah tau pun, check la jugak, mana tau kot-kot boleh tolong korang jadi lebih baik.. Merasa la jugak aku makan nasi kenduri korang. Jangan lupakan aku. Haha~
1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
Aku pun benggang dengan penipu ni dan aku dapat trace korang ni penipu ke, ikhlas ke tak, ke ada masalah dalaman...
Macam mana aku tau? Kena banyak belajar ilmu membaca ni. Hihi~ Bukan membaca buku tapi membaca pergerakan orang. Tak faham? Kalau tak faham, belum sampai masa korang lagi la untuk memahaminya. Hehe~ bukan aku sengaja tak nak cakap tapi dah ilmu ini memang begini..
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya.
Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
Hak individu buat apa nak kongkong? Sedangkan haiwan pun nak hidup bebas, apatah lagi sebagai individu?
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius.
Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
Slow dan steady kata orang. Uii, perenggan kedua tu macam pelik sikit la. Mungkin maksud yang ingin disampaikan ialah terlalu mendesak atau terlalu cepat memikirkan untuk bersatu di alam perkahwinan. Lelaki mana suka kena desak.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan itu.
Tau tak pe.. Nak ungkit-ungkit pula.. Grr..
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah.
Berbalah boleh, tapi lepas tu, carilah keserasian.
Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
Uii, ni jugak salah satu cara untuk mengongkong. Sangat tidak patut.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
Jangan nak pentingkan status sangat la..
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
Tahu tak pe.. Dari makan hati berulam jantung jer, lebih baik putus..
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
A ah.. Janganlah nak bebankan pasangan anda.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
Restu orang sekeliling itu amatlah penting sebab kita bukan nak hidup berdua saja dengan dia tapi dengan familinya, kawan-kwannya..
Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.
Aha, mudah jer semua ni.. So, apa lagi ikutilah tips ni..
Aku malas nak bebel panjang. Haha~
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.
tanya diri sendiri, apa lagi yang tak kena?
BalasPadamhmm,,reality in relationship,,,memang banyak dugaan..
BalasPadammmg banyk dugaan.. sb tu kita kena kuat.. ye tak?
BalasPadam