Langkau ke kandungan utama

Saya Sayang Pak We Saya Walaupun Dia Sengkek!

Assalamualaikum...






Apa? Cerita pasal boyfriend (bf) ku? Oh, tidak! Ini adalah artikel lucu mengenai bagaimana seseorang menyayangi kekasih hatinya. Macam sweet je, kan?


Jom kita lepak-lepak dan layan artikel yang penuh dengan air mata. Bukan nangis sebab sedih tapi sebab tak tahan ketawa dan gelak. Hahaha~




Poyo jer aku ni. Entah-entah pada korang tak lawak pun. Nak tau lawak ke tak, korang usha la sendiri artikel kat bawah ni.


Aku ambik artikel ni dari facebook Ujang (Majalah Komik No 1 di Malaysia).


Artikel Tah Apo2 Tah.. Ho Ho..

by Ujang Moy on Saturday, December 4, 2010 at 9:54am

Artikel : Ntah! Artikel ke atau luahan

Penulis: Kak Esah Kata Artikel ni Lady D Yang Tulis




SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK SAYA TETAP SAYANG KERANA.....


KERANA MACAM SAYA TULIS KAT BAWAH NI LAA....



Ntah laa... macam mana artikel ni buleh di luluskan tak tau la. Tetapi bila membacanya macam getik la pulak. Hehe~


Kak Esah kata dia jumpa kat dalam bakul sampah kat meja Lady D. Takkan luahan Lady D pada Lim Tat pulak. Hish! Kalau Pak Cik Din tau ni mau perang besar ni! Tapi apa pun meh kita try cuba test tengok!



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......


1) - Saya rasa pakwe saya la yang paling hensem kat dunia ni.


Saya dah cuba bandingkan pakwe saya ni dengan hero hollywood, Bollywood mau pun Kollywood tetapi takde yang buleh lawan kehenseman pakwe saya ni. Mungkin sebab dia ada jerawat dua bijik tu kot.



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......


2) - Dia selalu nyanyikan saya lagu Mawi sebelum saya masuk tido.

Kekadang tu dia nanyikan saya lagu M Nasir. Walaupun suaranya buleh menyebabkan banjir kilat tetapi saya tetap suka lebih - lebih lagi semasa tang corus yang hancur!



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......


3) - Semasa saya sedih dia akan sentiasa bersama saya.

Pakwe saya pernah menemani saya selama 7 hari berturut - turut kerana semasa itu saya teramat sedih kerana arnab saya telah mati. Walaupun dia telah dibuang kerja kerana menemani saya dia tetap setia menunggu.


SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......

4) - Dia akan sentiasa membawakan saya bunga apabila berjumpa dengan saya.


Ada sekali tu saya tengok kepalanya bengkak kerana dibaling dengan cangkul oleh tukang kebun sekolah semata-mata nak mendapatkan bunga taik ayam untuk di berikan pada saya.



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......


5) - Saya pernah demam selsema.

Tetapi pakwe saya takde duit nak bawak saya pegi klinik tetapi dia telah bawak saya jumpa bomoh dan saya telah di beri minum ubat akar kayu di mana menyebabkan saya di masukkan ke hospital. Sekurang - kurangnya dia telah berusaha tau.


SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......


6) - Dia pernah belikan kek dua tingkat untuk hari jadi saya

Walaupun saya sedikit pelik kerana di atas kek tersebut ada anak patung orang bersanding dan akhirnya saya tau yang dia telah mencuri kek kawin jirannya untuk di berikan kepada saya. Sekurang – kurangnya dia ingat hari jadi saya.



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......

7) - Dia pernah bawak saya dinner.

Kiranya saya terharu jugak la bila kitorang dinner kat bawah lampu jalan yang malap di atas simen berlapikkan surat kabar.


Walaupun hanya roti krim yang di kerat dua bercicahkan air suam saya tetap suka kerana pakwe saya tetap berusaha supaya kitorang dapat dinner bersama.



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......


8) - Saya rasa dia memang terer memujuk sekiranya saya merajuk.


Ada sekali tu saya merajuk sampai menghentak–hentak kaki kerana tak dapat makan cendol sedangkan dia duit takde. Dia pun larikan cendol yang di jual mamak tu seperiuk. Sanggup dia di tangkap asalkan saya dapat makan cendol.



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......

9) - Dia sanggup bertumbuk dengan orang kerana mengusik saya.


Saya akan merasa selamat sekiranya pakwe saya sentiasa ada di samping saya. Ada sekali tu pakwe saya telah di masukkan ke hospital kerana bertumbuk. Teruk dia kena belasah walaupun yang membelasahnya cuma budak kecik.





SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......

10) - Sanggup bawak saya pegi jalan – jalan makan angin walaupun naik motor buruk yang di pinjam dari kawan dia.


Ada sekali tu motor tu rosak. Walaupun rosak dan dia kena tolak dia tetap suruh saya duduk di atas motor dan semasa turun bukit dia tak dapat kontrol dan saya dan motor terus masuk lombong. Tapi saya suka.



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......

11) - Bila dia sengkek dia tak buleh joli.

Bila dia sengkek takde la awek lain nakkan dia. Bila takde awek lain nakkan dia saya tak perlu risau atau nak cemburu. Bila tak cemburu saya buleh tido lena. Bila saya dah tido lena saya buleh bangun awal pegi keja. Bila nak pegi keja saya suruh la pakwe saya tu hantar.



SAYA SAYANG PAKWE SAYA WALAUPUN DIA SENGKEK KERANA......

12) - Bapak dia kaya. Dia tu pulak anak tunggal.

Dengar cerita bapak dia dah tenat tunggu hari je. Harta bapak dia dah diwasiatkan atas nama dia. Jadi saya sayang pakwe saya walaupun dia sengkek tetapi akan jadi kaya. Kalau dia dah kaya saya pun akan jadi kaya jugak la. Ha ha ha ha!....


Sekian.



Haha~ Lawak tak? Aku dah gelak bagai nak pecah perut dan orang gila. Hihi~


No berapa yang korang suka? Jom bagitau aku kat bawah ni..


Sekian dulu.


Jaga diri dan mari bergelak ketawa. :-D




P/s: Artikel ini telah dicopy and paste di sini

Tolonglah bagi kredit ke entri atau blog ni. Aku ambik dari Ujang tapi aku ada letak sumber dan kreditnya. Budak tu ambik dari blog ni dan tak de cakap pun pape~.. Grr..

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Sha suka no 5, 6 dan 10.. lawak la. Hahaha~

    BalasPadam
  2. salam...
    memang tegelak besaq baca...
    saya sayang pak we saya walau pun sengkek kerana : dalam hati ada taman....hehehehe

    BalasPadam
  3. Pak Long: Tergelak besar dan terbahak-bahak..
    Itu la pasal sha nak kongsikan kat blog ni. Biar kita sama-sama happy, tak gitu? :-D


    Dalam hati ada taman? Itu dah pasti. Hehe~

    BalasPadam
  4. hahahahahahhaa.. memang lawak, lawak bila dia curi kek kawen 2 tingkat... wakakakakaka....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker