As Salam.
Bertemu kita di ruangan maya.
Nak bertunang? Ehem, tanya dulu 10 soalan ini. Semoga dapat menjadi pembimbing kita ke arah kebahagiaan.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
Sha: Ada wawasan. Kalau tak de, susah la nak hidup bersama..
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
Sha: Konsep perkahwinanku adalah ibadat kerana kita akan pulang..
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan
dapat dielakkan.
Sha: Benci dengan penipu. Tak minum minuman berkafien tinggi macam kopi, nescafe, kapucino dan lain-lain.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
Sha: Betul-betul. Tak kisah. Asalkan bahagia. Tapi suka budak-budak la.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
Sha: A ah. Jangan tak cakap plak.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
Sha: Cek tak sombong, jadi ada jer kawan kat mana-mana. Kalau tak ada kawan, make a new friend. Cuma kadang-kadang tu jer, segan sikit nak mulakan perkenalan.
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
Sha: Baik dengan adik-beradik. Kalau gaduh besar mana pun, kejap jer dah sejuk. Dah boleh berbaik-baik. :-)
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
Sha: on line dan membaca.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
Sha:Aktif berpersatuan. Jadi kena cari budak persatuan jugak la. Baru senang sikit nak bergerak. Tapi, ada ke? Adek dah kahwin. Shah dah kahwin. Abang Adi? Erm, tak berani. Hihi~
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Sha: Tak kisah. Tapi jangan la hal kecik-kecik pun nak ngadu. Malu la.
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Sumber: 10 Soalan Sebelum Bertunang | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
Rasa gedik tak aku jawab kan? Hahaha~ Tapi aku rasa lebih gedik lagi apabila seorang perempuan asyik bercerita pasal kahwin jer. Sabar la beb. Aku tahu la ko tak sabar. Tapi jangan la mengharap sangat pada lelaki tu. Kalau betul dia nak ko, mesti la dia akan lamar ko awal-awal.
Tak nak tunang awal-awal sebab takut banyak cabaran darah manis?
Erm, ye ke? Ke ko tak rasa ke yang jantan tu bukannya serius dengan ko? Dia tengah mengusha perempuan yang lain yang lebih baik dari ko. Ko tak rasa ke murahnya diri ko dia buatkan?
Elo kawanku sayang, jangan la merendahkan martabatmu kerana jantan tu. Nampak jer macam baik tapi ada hidden agenda jer. Be aware, my dear friend.
Kritikan ni bukan aku tujukan pada kawan aku jer yang tak bernama tetapi kepada semua perempuan di luar sana. Hidup ni kita kena fikir sikit. Jangan main ikut hati jer.
Jom kenali calon sebelum bertunang!
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

:-) kena tanya ni..
BalasPadamanis: :-)
BalasPadam