Langkau ke kandungan utama

Calon Pilihan Raya Universiti Malaya Didakwa Hilang

Assalam.


Sekarang ni demam Pilihan Raya Kampus (PRK) di semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


Di universitiku, Universiti Utara Malaysia (UUM) pun sama. Memang happening jugak la.. Macam-macam nama, rupa orang dan slogan yang diorang bawakan. Setiap slogan tu adalah melambangkan parti yang mereka anuti.


Kat UUM ni, ada tiga parti. Perubahan (mewakili kerajaan), Pro-Mahasiswa (mewakili Pembangkang) dan Aspirasi (bebas dan tolong buat kerja pengundian seperti tampal poster, edar flyers, kumpul ramai-ramai dan tepuk tangan, sokong bila ada pihak buat rapat umum. Kira diorang ni lebih kepada bahagian promosi.




Diorang jugak dapat upah duit, tau. Duit tu diberi oleh parti yang minta mereka tolong. Dari sumber mana, aku tak pasti.


Yang pastinya, budak-budak yang nak bertanding ni jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi 500 helai kertas untuk fotostat muka diorang. Pandai-pandai diorang la nak buat macam mana.


Aku dulu, masa jadi pelajar ijazah, pernah dapat mesej dari agennya. Seorang lelaki, dah tak ingat nama. Suruh undi dia. Aku ambik kesempatan untuk selidik sikit, macam mana dia dapat no handphoneku. Katanya, dari kedai telefon top up. Ingatkan no dia. Dia balas no tu pun hanya digunakan untuk tujuan pilihan raya jer. Lepas tu, buang la no tu.


Ni kira kategori kaya sikit la. Tapi kalau ikutkan salah dari segi undang-undang PRK. Sekali itu jer la aku pernah dapat. Itu pun masa tahun tiga. Pengundian kali terakhir.


Kalau flyers tu, memang perkara wajib dapat la.


Kat UUM ni kami diugut, kalau pilih pembangkang, akan disenaraihitamkan. Pada tahun pertama dan kedua tu, aku takut jugak, akur je la.


Tapi bila dah tahun tiga tu, aku mula la dapat berfikir. Elo, kalau nak buat pilihan raya, buat la betul-betul. Ni main ugut plak. Aku pangkah jugak pembangkang. Lagipun bukannya ingat sangat yang diorang tu no berapa dan nama apa. Bukan famous sangat pun.


Ok, dah habis cerita pasal PKR UUM. Kalau ada, boleh disambung kemudian. So far, that all.


Kita beralih kepada tajuk entri.. Hah, hilang? Ke kerja parti kerajaan PRK? Hihi~


Calon pilihan raya Universiti Malaya didakwa hilang

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my





MASTURA didakwa hilang secara tiba-tiba selepas berkempen kelmarin.

KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin.

Sebelum hilang pukul 5 petang kelmarin, calon tersebut, Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai yang banyak didiami pelajar UM.

Namun Mastura didakwa tiba-tiba hilang oleh rakan-rakannya selepas menamatkan aktiviti berkempen pada hari tersebut.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul berkata, sebelum hilang, Mastura dan rakan-rakannya berkumpul di antara blok D dan E di sebuah pangsapuri Taman Pantai Permai.

“Mangsa kemudian pergi membeli kad tambah nilai telefon di sebuah kedai tidak jauh dari situ sebelum meminta rakan-rakan menunggunya di blok E.

“Bagaimanapun, setelah lama menunggu, Mastura tidak muncul, malah dia juga gagal dihubungi,” kata Mohd. Taufiq kepada Kosmo! di sini semalam.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Undilah mereka yang boleh bekerja untuk anda..

    BalasPadam
  2. undian adalah satu rahsia..wahaha..

    BalasPadam
  3. hope mastura selamat .!

    entry bru :
    http://afifahaddnan.blogspot.com/2011/02/encik-evan-raven-yg-menghina-islamknow.html

    BalasPadam
  4. nurul Afifah: harap2 la, dia selamat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker