Salam Aidil Fitri dan salam kemaafan dariku, Noor Hapisah... Maafkan salah silapku selama korang mengikuti blog ni mahupun mengenaliku secara personal. Maafkan aku..
Hari ni, aku nak bercerita pasal makan, bukan pasal raya lagi. Aku nak postpone dulu. Aku nak kongsi pasal makan-makan yang aku masak. Ternyata sedap. (Er, kalau korang suka la. Hihi). Semalam merupakan hari yang aku makan sedap-sedap. Bermacam-macam masakan kampung yang aku dapat rasai. Dan yang paling best semua tu, ada kat rumah aku. Yahuu!
Apa yang ada kat dapur rumah aku semalam? Jom kita sama-sama mouth-watering (pecah air liur). Ada nasi putih, ikan keli bakar, air asam, bendi goreng tiram, ikan kering, ikan kembung goreng yang fresh, dan asam pedas. Itu untuk masakan tengahari. Petang plak ada laksa Kedah. Pergh, memang terangkat beb! Sedap sangat semua tu. Yummy!
Ok, aku nak ajar korang masak. Pelik tak nama resipi ni? Resipi Asam Pedas ala Kedah plus Selatan.
Sebenarnya memang la pelik sikit sebab asam pedas Utara dengan asam pedas Selatan ada bezanya.
Asam pedas Utara ni macam singgang je tapi ada masuk cili kering manakala asam pedas Selatan cair sikit dari sambal tumis jer. Ikan yang orang Utara letak ialah ikan kembung tetapi orang Selatan letak ikan tenggiri, ikan pari, ikan merah dan sebagainya.
Jadi, aku campur sikit antara Utara dan Selatan tu sebab aku buat agak pedas dan pekat. Maka terkeluarla nama Resipi Asam Pedas ala Kedah plus Selatan. Pandai tak aku?
Aku tanya mak, kalau-kalau aku terlupa bahan apa yang kena masuk lagi untuk buat asam pedas. Ok, jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara membuatnya.
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1 liter air
3 batang bendi dibuang tangkai
2 keping asam keping
1 sudu teh gula
secubit garam
Bahan kisar:
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
1 in-chi belacan
2 in-chi kunyit hidup
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh rempah
Cara-cara:
1. Kisarkan (blend) bahan-bahan kisar. Pastikan lumat.
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi.
3. Masukkan air. Tunggu sehingga panas, masukkan ikan. Biarkan sebentar.
4. Bila sudah mendidih, masukkan asam keping, bendi, garam dan gula. Tunggu sehingga kuah menjadi agak pekat.
Boleh jugak masukkan tomato. Tetapi disebabkan aku berpantang tomato, jadi, aku tak masukkan walaupun dalam fridge ada banyak tomato. Tapi, aku dah langgar pantang tak makan belacan. Tak boleh tahan dengan godaannya sebab kat rumah, memang sangat sedap. Mak merupakan individu yang paling terror buat sambal belacan kat kampung.
Ingat balik kampus, nak pantang belacan balik. Kacang tanah dapat jer aku berpantang walaupun kebanyakan kuih raya memang ada kacang tanah. Aku tak kisah dah dengan kacang tanah walaupun ada jugak godaannya. Yang penting, aku dah tak larat lagi nak berhadapan dengan muka yang berjerawat batu ni.
Sekian dulu buat waktu ni. Ada masa, jumpa lagi.
Jaga diri.
Ulasan
Catat Ulasan
Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.