Langkau ke kandungan utama

Minta Maaf di atas Salah Faham


Aku rasa sedih sebab ada orang salah faham kepadaku. Aku dah terangkan pun, diorang masih salah faham. Sedih. :-(


Hari ni, aku ada tiga kejutan. Satu kejutan sebab aku disengat tebuan. Tebuan tu ada dalam bilik aku. Dua kejutan pasal blog ni. Satu tu pasal kawan aku follow blog ni dan satu lagi pasal salah faham tentang enrty sebelum ni.

Dulu aku pernah kagum dengan blog kawan sekelasku. Ye la kira dia otai la dari aku. Masa tu, aku tak tau pape lagi dengan dunia blog. Tapi sekarang, aku dah mula malas nak lawat blog dia sebab teruk gile kot blog dia. Bukan aku nak kutuk blog dia tapi aku tengokkan blog dia tak ada improvement. Tetap di tahap yang sama. Memang la, blog dia, suka hati dia. Tapi, dia kena la sedar jugak, uji sendiri blog dia di tahap mana.

Dia invite kawan-kawan suruh tengok blog dia. Ni invite secara non verbal la. Dia letak kat info Facebook. Aku tak letak address blogku kat facebook.



Ini lah ayat yang menjadi kontroversial. Aku mahu jelaskan kat sini sekali lagi walaupun kat Facebook, aku telah jelaskan. 'kawan sekelasku' bukan aku rujuk kepada kawan Master atau kawan universiti. Harap maklum. Aku suka guna 'kawan sekelas' walaupun ia dah jadi, 'bekas kawan sekelas' (ex-classmate and ex-schoolmate aku). Lagipun kat ayat tu, aku dah letak, 'dulu'. 'Dulu' ni waktu yang dah lepas tapi tak spesifik dah lama mana.

Pasal letak kat facebook tu, aku tak kisah la. Itu hal korang. Aku pun bukannya nak menyibuk hal korang. Aku no hal la. Itu hal dan hak korang.

Kepada yang terasa, terutamanya Aida Zuliyana dan Nurul Jamilah, saya minta maaf. Tiada niat untuk menghakimi blog anda. Tambahan pula kita tidak rapat mana. Kalau saya tidak melawat blog kalian, tidak bermakna blog kalian tu saya dah tak suka. Malah saya terhutang budi kepada kehadiran anda bersama blog anda dan saya pun telah mendapat sesuatu dari blog kalian. Terima kasih.

Kepada Aida Zuliyana, saya tak kan lupa budi baik awak yang telah menasihatkan saya pada tahun lepas semasa saya terkena alergik. Anda bertanya kepada ibu anda apakah petua menghilangkannya. Baru-baru ni, anda la yang membawa saya ke rumah anda apabila saya 'lemas' pada malam kemuncak Piala Dunia.

Terima kasih sangat, Yana.

Kepada Nurul Jamilah, anda la yang banyak bercakap dengan saya bila saya kesunyian dalam kelas atau di mana sahaja, menenangkan saya dengan kata-kata semangat anda dan merungkaikan permasalahan pembelajaran yang saya hadapi.

Dan banyak lagi budi kalian. Semua ni tak mampu saya balas sampai akhir hayat. Sungguh! Jadi, no point la saya nak buat tahik kat korang. Aku bukan sejahat tu! Dan aku pun tak nak jadi jahat.

Seperti tagline blog ini,

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Nilai la sendiri bagaimana keperibadianku kalau korang masih lagi nak salahkan aku. Jadi, saya memohon ampun maaf andai kalian telah terasa hati.

Akhir kata, saya minta maaf sekali lagi sebab dah buat korang panas hati dan keliru. Semua ni salah saya sendiri.


Benar-benar mohon maaf.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Pantang larang dan makanan orang demam campak. Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak.  Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. Risau gatal je.   3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan . 4. Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kala

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Keluarga

Kali ini, kita belajar pula bahasa Melayu Kelantan dalam keluarga. Ibu: Ma bagi yang ibu muda manakala 'mek' atau  'mok' bagi ibu yang dah tua. Bapa: Abah bagi bapa muda manakala Ayoh bagi bapa yang sudah tua. Bagaimana pun, gelaran ini dipanggil sejak kecil. Kakak. Sama, tiada berubah. Abang : Abe Adik: Adik. Anak sulung: Long Anak Kedua: Angah Bersambung lagi ya. Entri sebelum ini mengenai pengenalan

Open Tracker