Buku pink hamil Kedegilan ibu hamil yang berbahaya bikin doktor stress. Sedikit stress ya semalam tengok kes ibu hamil. Ini antara kes-kesnya. 🔹 Kes 1: 34 tahun perempuan, stroke bulan 11 2024 dengan lemah badan belah kiri. Punca? Darah tinggi & kencing manis yang tak terkawal, degil tak mahu makan ubat. Doktor nasihatkan untuk ambil perancang, tapi pesakit menolak, konon nak merancang sendiri - coitus interruptus @ pancut luar. Cuba teka apa yang jadi? Datang balik lepas raya, mengandung 11 minggu Haa tepuk ! 🤦🏻♂️ Suami terlebih s@ng@p. Bini stroke lumpuh separuh badan pun dia kerjakan sampai mengandung. Suruh merancang tak nak. Nanti siapa nak jaga anak & bini dalam keadaan macam ni? Suami ke? Entah-entah suami lari cari perempuan lain 🤭 🔹 Kes 2: Established DM, maknanya dah ada Kencing Manis sejak sebelum mengandung. Default follow up berkali-kali. HbA1C tidak pernah terkawal, last 10.1%. 18 tahun tunggu nak ada anak. Alhamdulillah kali ini mengandung pada usia 40 tahu...