Langkau ke kandungan utama

Catatan

Nak ikut diet Orang Putih ke Diet Melayu je?

Nak ikut diet Orang Putih ke Diet Melayu je? Ha, jom kita baca penjelasan di bawah. Let's check it out! Orang kita ni suka sangat ikut cara mat saleh. Gaya hidup, pakaian, tingkahlaku dan macam-macam lagi. Dalam diet pun tak terkecuali. Antaranya : 1️⃣ Mat saleh suka buat keto sebab nasi bukan makanan ruji mereka, kita sibuk nak ikut. Padahal, bila diet nak makan nasi pun boleh. Orang paling panjang jangka hayat di dunia iaitu dari Okinawa, Jepun jadikan nasi serta keledek sebagai makanan utama. 2️⃣ Mat saleh suka buat Intermittent Fasting sebab puasa Islam bukan cara mereka, kita sibuk nak ikut. Padahal, bila diet puasa buat cara yang diajar dalam Islam dapat manfaat yang sama berbonuskan pahala lagi.   3️⃣ Mat saleh suka makan salad dan ikan salmon sebab mudah serta murah di sana, kita pun sibuk nak ikut. Padahal, sayur seperti kangkung, terung dan bendi jauh lebih berkhasiat, tinggi serat dan murah dari salad. Bukan itu sahaja, ikan kembung pun menang dari segala sudut berbandi...

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Buku pink hamil Kedegilan ibu hamil yang berbahaya bikin doktor stress. Sedikit stress ya semalam tengok kes ibu hamil. Ini antara kes-kesnya. 🔹 Kes 1: 34 tahun perempuan, stroke bulan 11 2024 dengan lemah badan belah kiri. Punca? Darah tinggi & kencing manis yang tak terkawal, degil tak mahu makan ubat. Doktor nasihatkan untuk ambil perancang, tapi pesakit menolak, konon nak merancang sendiri - coitus interruptus @ pancut luar. Cuba teka apa yang jadi? Datang balik lepas raya, mengandung 11 minggu Haa tepuk ! 🤦🏻‍♂️ Suami terlebih s@ng@p. Bini stroke lumpuh separuh badan pun dia kerjakan sampai mengandung. Suruh merancang tak nak. Nanti siapa nak jaga anak & bini dalam keadaan macam ni? Suami ke? Entah-entah suami lari cari perempuan lain 🤭 🔹 Kes 2: Established DM, maknanya dah ada Kencing Manis sejak sebelum mengandung. Default follow up berkali-kali. HbA1C tidak pernah terkawal, last 10.1%. 18 tahun tunggu nak ada anak. Alhamdulillah kali ini mengandung pada usia 40 tahu...

Ketupat Palas In The Making!

Ketupat palas Ketupat palas in the making! Riang hati tak terkata. Ketupat palas ini makanan raya orang sebelah Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Raya baru ni, Hana minat betul makan ketupat. Kita makan nasi untuk makan tengah hari dan makan malam, dia asyik nak makan ketupat je. Sampai ke raya berapa dia masih makan ketupat. Ikut bapaknya la ni. Suka makan ketupat. Mama x layan ketupat time raya. Dah habis raya, mulalah nak cari ketupat 😅😂

Open Tracker