Langkau ke kandungan utama

Catatan

#PekaBahasa 7: Killfie ertinya Swafoto Maut

Killfie ertinya Swafoto Maut adalah bermaksud mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. Contohnya mengambil gambar di huruf IPOH yang viral beberapa bulan lepas. Netizen mengecam tindakan tersebut dan anak-anak muda itu dihadapkan ke mahkamah kerana membuat sesuatu yang berbahaya dan dibimbangi akan diikuti oleh belia yang lain. "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 6: Dwibulanan Prakata Sosioekonomi Subseksyen Antidadah

Salah: Dwi bulanan Betul: Dwibulanan Salah: Anti dadah Betul: Antidadah Salah: Pra kata Betul: Prakata Salah: Sosio ekonomi Betul:  Sosioekonomi Salah: Sub-seksyen Betul: Subseksyen "BAHASA JIWA BANGSA" Terima kasih singgah sini

#PekaBahasa 5: Tatabahasa Pengulangan

Salah: di masa Betul: pada masa Salah: dari tuan Betul: daripada tuan Salah: senarai barang-barang Betul: senarai barang Salah: lain-lain faktor Betul: faktor-faktor lain Salah: berbanyak terima kasih Betul: berbanyak-banyak terima kasih BAHASA JIWA BANGSA  Terima kasih singgah sini

Cerita Hospitalku: Nak Minta Antibiotik Untuk Kencing Kotor, Dapat Detect Batu Karang. Oh My God!

Presciption ubat batu karang Hari Ahad baru ni, Sha pergi ke hospital bahagian kecemasan. Hari Sabtu suami ajak pergi tapi Sha tak nak sebab nak cuba berubat alternatif dulu. Tapi hanya sekejap sahaja. Jadi, Sha ajak pergi hari Ahad. Sha pergi hospital. Medical Assistant (MA) cek suhu, jantung dan tekanan darah. Kena ambil ujian urin. Kena hantar ke lab. Tunggu result. Lama sikit la. Doktor panggil dan tanya. Muntah tak. Cirit birit tak. Ada angkat berat tak. Semuanya tak ada. Demam tu rasa la juga sikit-sikit. Tapi macam seram sejuk jer. Result air kencing ada kencing kotor (3) dan  darah dalamnya (2). Ada darah = ada batu karang. Diorang tanya bila period. Memang bulan Oktober la. Sebab pakai implan. Doktor minta duduk di katil yang berlangsir. Dia cek tekanan darah cara manual. Tekan hujung jari dan periksa denyutan nadi. Kemudian, panggil nurse untuk tengokkan. Ketuk di belakang badan, sebelah kiri memang sakit. Membawa ke depan. Sebelah kanan kurang sakit. Scan

Open Tracker