Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tutorial Bayar PTPTN Guna KWSP / EPF

Tutorial bayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) guna Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau lebih mudah disebut EPF ( Employees Provident Fund) ini ditaip untuk anda yang mahu tahu bagaimanakah caranya nak bayar balik pinjaman pendidikan kita tu. Sha kongsikan supaya bermanfaat untuk semua, terutamanya yang kali pertama menggunakan laman web KWSP untuk bayar PTPTN. Cara pertama ialah anda mestilah MEMPUNYAI I-AKAUN KWSP. Kalau masih belum ada, pergi ke pejabat KWSP dan buka. Bagitau kaunter nak buat i-akaun ataupun kalau tak ingat nak sebut, cakap nak periksa baki akaun anda sendiri guna internet. Selepas itu, PERGI KE KIOKS/PEJABAT PTPTN ATAU CONTACT PEGAWAI PTPTN. Kawan Sha yang juga pegawai penerangan PTPTN yang masuk TV, berpesan. Berurusan dengan seorang pegawai sahaja. Ia memudahkan anda. Kalau pass-pass, nanti kalau jadi apa-apa, tak ada siapa nak bertanggung jawab. Sha tambah ayat belakang tu. Bila dah dapatkan pegawai PTPTN, diorang aka

Demam Selesema, Terima Kasih Sang Suami Berkorban

suami dan anak terchenta masa ni kat UTC Kedah Semalam, 20 Disember 2016, aku dapat demam selesema. Mujur lah dapat suami yang sangat memahami dan banyak berkorban. Terima kasih sang suami berkorban untuk isteri dan anaknya. Baby pun duk baik sahaja malam tadi. Kat tempat kerja, teruk dah jadinya. Demam, bersin, sejuk gila kaki dan jari. Macam ais dah. Kepala berat rasa ada virus dan pening. Muntah juga. Petang tu pukul 3.45 petang, sudah tak larat lagi. Suami tanya, mahu balik rumah ke, ambil MC ke. Tapi fikir balik, rugi saja 'hari bekerja' hari ini kalau balik rumah dan ambil MC. Lagipun tunggu lagi dua jam sahaja untuk punch card dan balik! Suami tanya juga kalau-kalau mahu pergi klinik untuk ambil ubat dan MC pada sebelah petangnya. Tapi, aku tak mahu. Tahu-tahu saja lah klinik sebelah KL ni bukannya nak bagi MC untuk esok. Bagi MC untuk hari tersebut sahaja. Baik pergi ke klinik esok pagi sajalah kalau tak larat sangat. Pagi ini, terjaga. Masih berfiki

Pengalaman Buat Pasang Implan Implanon

Kad implanon Sha Sha sudah bersalin dengan pelbagai kes selepas bersalin. Ikutkan nak sahaja merancang keluarga sendiri tetapi jadi trauma apabila banyak kes. Nantilah Sha cerita kisahnya. Kali ini Sha nak cerita pengalaman buat pasang implan implanon di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. Ada kawan Sha pesan supaya bertanya kepada hospital tempat bersalin untuk buat temujanji terus. Dah alang-alang kat sana, kan. Tak payah nak ulang-alik lagi.Selepas habis pantang, boleh terus pasang implan. Selamat dan tak payah risau. Pesan kawan Sha lagi, tanyalah kalau masih ada kuota lagi, boleh dapat percuma. Kalau kat luar, harganya RM300 untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan RM560-580 di klinik swasta. Tapi, Sha baru google, harga untuk buat pasang implan di LPPKN ialah RM500 dan swasta ada Sha pernah dengar paling mahal RM1200. Biasanya dalam RM1000 macam tu. Kepada sesiapa yang mahu mengetahui berapakah jumlah bayaran yang diambi

Lazada Buat Promosi Lagi, Cepat Tinggalkan Email

Promosi Lazada Lazada buat promosi lagi, cepat tinggalkan email. Lazada, siapa yang tidak kenal. Lazada merupakan tempat membeli belah atas talian yang popular dengan harganya yang murah dan ada penghantaran percuma. Siapa yang tidak terpukau dengan potongan harga diskaun yang nyata berbaloi. Sha nak kata baru, tak adalah sangat mengenali lazada. Sudah lama mengenali Lazada. Sha banyak shopping online. Sebab harganya jauh lebih murah. Pada Sha memang berbaloi. Lagi-lagi bila ada promosi, memang Sha akan sambarlah peluang yang terhidang depan mata. Pagi tadi tengok emel, ada lagi promosi. Ya ALLAH, harganya sangat murah. Kalau kita ni yang jual, rasanya jual dengan harga rugi. Murah sangat-sangat. Banyaklah Sha pilih untuk masuk carta nak beli. Hihi. Oh ya, sape yang tak nak ketinggalan dengan promosi Lazada, bolehlah tinggalkan email di ruangan komen. Nanti Sha hubungkan ke Lazada. Masa gawat ni, kita kena membelanja dengan berhemah. Kita kena jadi bijak. Eh, Sha tak diba

Kembali Bekerja Setelah Tiga Bulan Cuti Bersalin

Ni gambar bekerja sebelum bersalin Sha kembali bekerja setelah tiga bulan cuti bersalin. Empat bulan sebenarnya, Ogos, September, Oktober dan November tapi kira 90 hari sahaja. Hahaha, trick bulan saja tu. Ikutkan hati, nak saja cepat masuk kerja. Duk rumah bosan. Kejap sahaja masa berlalu. Rasa terlalu cepat, pagi, tengahari, petang dan malam. Esok mulakan hari yang baru. Tapi dekat nak kena masuk kerja, mula rasa tak nak lagi, nak duk rumah dulu. Hehe, mengada. Cuti Lama Seronok cuti lama? Memang seronok cuti dapat berehat. Tapi yang tak seronoknya adalah kerana suami jauh. Dua minggu sekali balik jenguk anak bini kat kampung. Itu pun cuti tidak lama. Sehari dua sahaja. Ada juga yang balik hari. Tak apalah daripada nak menanggung rindu. Hohoi, tak tertahan rasa rindu ini. Dua minggu nak tunggu pun rasa hari berlalu macam nak dipercepatkan sahaja. Jadi, tiga bulan tu tak ada la terasa sangat. Rasa nak cepat jumpa suami sahaja. fesyen Ilmu Keibubapaan Kalau jump

Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan

Al kisah, Pengalaman Buat Pemeriksaan Check Up Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizanpada 4 Ogos 2016, Sha bersama suami ke HAT Tuanku Mizan, Wangsa  Maju untuk membuat pemeriksaan pertama mengandung kerana merancang untuk bersalin di sini. Kalau nak bersalin di HAT Mizan kena sekurang-kurangnya sekali sahaja melakukan pemeriksaan tahap kesihatan di sana. Kami parkir di tingkat 2 (walaupun macam nampak satu tingkat sahaja, namun ia adalah tingkat 2). Lepas tu cari lift untuk ke tingkat 3. Masuk ke Klinik Pakar, sebelah lobi tu ye. Pergi ke Klinik Obstetrik dan Ginekologi (O&G). Tanya jururawat yang berada di kaunter, bagaimana untuk mengambil no giliran. Sha dimaklumkan pergi ke bahagian hasil untuk mendapatkan no giliran. Ha, kat mana pula bahagian hasil tu. Sha masuk ke farmasi (pintu kaca), tanya kepada farmasis kat situ. Diorang pula blur. Akhirnya, Sha perasan yang tersalah tempat. Sha bagitau, di mana bahagian hasil. Farmasis tersebut memberitahu keluar balik dari

Open Tracker