Langkau ke kandungan utama

Catatan

Fungsi Innershine Pati Prun Mencantikkan Diri, Berseri-seri

Fungsi Innershine Pati Prun dengan campuran Camu-camu membuatkan seluruh badan anda berseri-seri dan kekal menawan. Innershine, siapa yang belum kenal? Rasanya kalau tengok tv, memang sentiasa ada iklan innershine. Pengalaman sendiri pernah dan memang tahu akan kewujudan Innershine. Teringin nak guna tapi masa tu masih bergelar pelajar. Faham-faham sajalah bila bergelar pelajar ni, nak makan pun kena jimat, apatah lagi nak beli benda yang 'merapu' macam ni. Memang tak lah. Sadis tak? Hahaha. Lepas tu, tengok kawan sendiri makan Innershine untuk muka dan Innershine Beri untuk mata. Kawan yang lain perli, lepas ni mata berseri-seri lah. Hahaha. Mulai hari itu, bertekad dalam hati, nanti bila dah kerja, nak guna Innershine. Bila dah bekerja, duit kurang cukup untuk membeli innershine. Banyak lagi keperluan dan kehendak yang perlu didahulukan dan juga menabung. Bila dah tukar kerja ke Kuala Lumpur, duit banyak sikit, baru teringat balik impian nak pakai Innershine.

Baca Komik Di Internet Dengan Percuma

Nampaknya ramai yang mencari untuk membaca komik di internet dengan percuma. Tambahan pula musim cuti sekolah, pelajar ada banyak peluang pergi ke cyber cafe . Rileks kat sana. Main game. Baca facebook. Baca komik. Di sini, disertakan laman web untuk membaca komik secara online. Manga Fox   dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik button Next yang berada di atas sebelah kanan atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke page seterusnya. Manga Volume dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik butang Next yang berada di bawah atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke page seterusnya. Manga Park  juga dalam bahasa Inggeris. Pilih  komik yang ingin dibaca. Pilih siri ke berapa. Klik butang Next yang berada di bawah atau halaman gambar komik yang dibaca untuk ke  page  seterusnya. Laman web ini lebih interaktif. Selamat membaca ya.

Check List Senarai Keperluan Beli Barang Masuk Rumah Baru

Di sini, aku sertakan bersama c heck list senarai keperluan beli barang masuk rumah baru. Bukan sikit tau barang yang nak kena beli. Al-maklumlah kita nak masuk rumah baru. Kalau boleh biarlah selesa. C heck list senarai keperluan beli barang masuk rumah baru Dapur 1. Peti sejuk  2. Dapur 3.  Set pinggan dan cawan  4. Tempat letak pinggan  5. Pisau  6. Papan kekuda atau papan potong memotong 7. Sudu dan garpu 8. Gelas untuk air masak 9. Jug air 10. Axion / pencuci mangkuk pinggan 11. Bakul sampah  12. Plastik sampah 13. Rice cooker 14. Water dispense - termos air panas/air masak 15. Tudung saji 16. Besen dan penapis 17. Kuali 18. Dulang 19. Blender 20. Batu tumbuk  21. Penapis kopi/teh Bilik Air 1. Berus - berus lidi untuk berus bilik air                  berus plastik untuk basuh baju kecil                  berus untuk bilik air yang keras dan ada kayu panjang 2. Sabun basuh baju 3. Detergent untuk lantai  4. Detergent untuk toilet 5. Tali hos

Dialah Ubat Saya Sekarang Ni

Dialah ubat saya sekarang ni. He is my medicine. Ewah.. Eh, betullah. Pada mula-mula, aku pun kurang percaya. Pernah dengar orang cakap juga tapi dengar sipi-sipi sahaja. Rasa macam ajaib pula. Macam hubungan mak dengan anak saja, yang mana ibulah yang boleh menyembuhkan sakit anaknya. Amazing! Hebat. Ya, kuasa ALLAH itu sangatlah hebat. Kisahnya bermula apabila aku sakit.   Tetapi aku tidak memberitahunya bahawa aku sakit. Aku pendamkan sahaja. Naluriku memang menyatakan dia boleh menyembuhkan aku. Tapi segan. Ye la, baru kahwin. Nanti dikatakan menggatal pula. Malu doe. Dia pula kuat mengusik. Nanti sampai lembab dia mengusik. Hahaha. Cara nak sembuhkan ialah ambil tangan dia dan letak pada tempat yang aku sakit. Sekejap saja, sudah sembuh. La, kalau tahu awal-awal lagi aku nak minta tolong dia. Sekejap sahaja telah sembuh. Rasa sia-sia saja masa dibuang menderitai sakit padahal ada penyembuhnya. Dua kali juga lah aku berpengalaman sakit begini. Satu lagi, aku se

Beg Tangan Adalah Kawan Baik Wanita Di Pejabat

Wanita dan beg tidak dapat dipisahkan Beg tangan adalah kawan baik wanita di pejabat. Beg tangan? Aku dulu pun malas gile nak bawa beg tangan. Rasa macam mak-mak jer. Tapi bila dah start masuk universiti, gunakan beg tangan untuk letak buku dan alat tulis. Ha, kejam tak beg tangan tu buat letak buku dan kertas-kertas. Seharusnyalah beg tersebut adalah jenis besar sedikit. Itu part masa belajar. Semasa kerja pula, aku guna handbag tapi tetap agak besar.  Sedang-sedang saiznya, tak besar, tak kecil. Tujuan menggunakan beg-beg yang agak besar  ni disebabkan senang nak masukkan barang dalamnya. Pernah juga beli beg tangan yang kecil semasa praktikal. Tapi tak puas hati sebab hanya muat letak telekung sahaja. Kainnya pinjam. Hehe. Tote bag yang sesuai di bawa ke pejabat dan untuk aktiviti kasual Bila sudah kerja di pejabat, bawa beg besar. Tapi puas hati sebab semua benda boleh masuk. Sumbat jer. Nak apa semua ada. Dah macam poket doreamon. Hihi. Encik suami pun kad

Perbezaan Sebelum dan Selepas Kahwin

Perbezaan pasti terasa apabila telah berkahwin. Dahulu, seorang diri, sekarang berdua. Perbezaan sebelum dan selepas kahwin yang Sha lalui. 1. Rasa sayang Kalau sebelum kahwin rasa sayang itu cuma biasa-biasa. Selepas dinikahkan, rasa sayang tu 98 peratus. Tinggi tu. Mungkin ALLAH campakkan rasa sayang pada pasangan. Selalu Sha dengar juga kawan-kawan cakap, lepas kahwin, rasa sayang tu lebih lagi. Tapi Sha fikir, Sha tak akan rasa macam tu. Tapi sebaliknya pula. Sha rasa sayang kepada pasangan. 2. Rasa kilat dah tak ada Sebelum nikah, rasa kilat atau elektrik dan panas semacam sahaja apabila tersentuh. Tapi selepas diijabkabulkan, rasa sejuk sahaja. Rasa macam pegang adik-beradik sahaja. 3. Tidak lagi mimpi buruk Tiga minggu sebelum Sha dinikahkan, setiap kali tidur Sha akan bermimpi buruk. Mimpi hantu bermacam jenis dah jumpa. Dalam mimpi tu, Sha lawan hantu. Bergaduh. Namun, selepas nikah, tiada lagi mimpi buruk mengganggu. 4. Marah sudah hilang Sebelum kahwin, asyi

Kerja Kahwin: Bukan Satu Tugas Mudah!

Orang cakap, inilah masanya darah manis dan akan tension. Ada pantang larang tak bagi keluar rumah. Namun, banyak hal akan difikirkan dan uruskan. Boleh lihat senarai semak yang aku dah buat, jika tak percaya tentang banyak yang nak kena uruskan. Kerja kahwin memang bukan satu tugas mudah. Aku rasa ada juga sedikit tekanan apabila ada perkara yang sudah selesai (settle) tapi tetiba muncul semula. Nak buat kerja kahwin ni bukan mudah. Ya, walaupun nampak ringkas tapi perlukan ketelitian. Ini anak dara nak kahwin okay, bukannya Mak Janda yang sudah ada pengalaman. Pengalaman pertama dengan karenah famili lagi membuatkan hati rasa semacam. Perlu bijak dalam menanganinya. Langkah selamat aku diamkan diri sahaja. Ataupun serahkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Juga tidak ketinggalan untuk berbincang dengan mereka yang banyak pengalaman dan seterusnya merujuk kepada mereka yang pakar. Hati kena tabah. Banyakkan bersabar. Sebolehnya, jangan tension. Kalau tension, nanti semu

Counting 30 Days Menanti Cinta

Fuh, tak lama dah lagi nak bertukar status.  30 hari sahaja lagi. Persiapan dalam 80 peratus. Tapi banyak lagi kena semak semula. Sebab apa? Risau takut tertinggal.  Bab duit, jangan cakaplah, memang betul-betul flat. Mengharapkan encik tunang sahaja. Mujurlah dia sangat-sangat memahami. Aku bukan membazir. Tapi membeli barang untuk keperluan untuk kahwin. Sampaikan nak bayar duit rumah sewa pun tak ada, nak makan pun tak ada. Mujur ada lelaki terbaik di dunia. Eheh, puji lebih nampak. Bila bab kahwin ni, memang memerlukan duit yang sangat banyak. Itu pun aku beli sikit-sikit. Tak beli pun yang mahal-mahal. Tak beli pun yang membazir. Tak banyak sewa, tapi buat sendiri. Kalau shopping pun, duit encik tunang juga yang keluar. Tapi duit aku yang tak cukup-cukup. Duit dia pula, banyak macam tak luak-luak. Mungkin inilah disebutkan rezeki. Alhamdulillah, aku menumpang duit tunang. Selamat berjaya wahai bakal pengantin baru.

Hari Raya Korban Maka Hayatilah Makna Pengorbanan

Hari Khamis, 24 September 2015 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah berayalah kita semua meraikan kemenangan mereka yang membuat ibadah haji. Terdapat banyak ujian dan dugaan yang hadir semasa melaksanakan dan menyempurnakan ibadah ke-lima iaitu menunaikan haji di Mekah. Di samping itu, kita juga diseru untuk menghayati makna pengorbanan Nabi Ibrahim bersama anaknya, Nabi Ismail. Cuba bayangkan jika kita berkahwin berpuluh-puluh tahun berkahwin tiada anak dengan isteri pertama, kemudian apabila sudah dikurniakan anak, anak tersebut pula terpaksa dikorbankan. Namun, apabila hendak dikorbankan, Nabi Ismail telah ditukarkan dengan binatang yang boleh dimakan. Marilah kita menghayati pengorbanan semua orang yang telah dilakukan kepada kita terutamanya ibu bapa dan waris terdekat. Sesungguhnya pengorbanan itu ibarat lilin yang membakar diri. Di samping itu juga, banyak daging korban yang kita akan terima raya ini. Jangan makan sampai pengsan okay. Nak buat apa ya, untuk daging y

Cara Buat Ujian Saringan HIV untuk Perkahwinan, Sakit Ke

Salah satu perkara untuk melangsungkan perkahwinan dalam Malaysia ialah mendapatkan kelulusan membuat saringan HIV untuk perkahwinan Islam. Cara buat saringan HIV untuk perkahwinan adalah terlalu mudah. Pertama, p ergi ke mana-mana Klinik Kesihatan Malaysia atau Hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Dahulu, buat di klinik dan hospital swasta pun boleh. Tetapi sekarang, sudah tidak boleh kerana ada kes penipuan. Jadi, ingat ye, hanya boleh dibuat di klinik atau hospital kerajaan sahaja. Masa urusan pula ialah 2.00 atau 2.30 petang hingga 4.30 petang hari bekerja sahaja. Maka, pastikan anda ambil separuh hari bekerja dan tepat pada masanya. Jika ramai orang, akan akan kelewatan. Kedua, pergi untuk membuat pemeriksaan darah . Jangan lupa untuk membawa bersama kad pengenalan dan pen. Minta untuk membuat ujian saringan HIV untuk perkahwinan. Isi borang sampai habis. Kalau tak lengkap, akan kena isi semula. Oh ya, letak alamat tempat untuk menika

Senarai Barang Hantaran Lelaki dan Perempuan

Sesebuah perkahwinan yang meriah tak lengkap rasanya kalau tiada hantaran bertukar tangan. Senarai barang hantaran lelaki dan perempuan yang biasanya diletakkan di atas dulang hantaran. Jumlah berapa dulang akan berbeza dua. Kalau pihak lelaki bagi 5, pihak perempuan akan balas 7 dulang. Jika pihak lelaki bagi 7 dulang, pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Kebiasaannya, dalam jumlah yang ganjil. Tak ada pula jumlah yang genap seperti 4,6,8. Namun begitu, jika terdapat jumlah yang ganjil, itu adalah tidak disengajakan dan dirancang. Kerana kedua-dua pihak telah berpakat menetapkan berapa dulang berbalas berapa. Contohnya, 7 dulang berbalas 9, tetapi jadinya 8 dulang kerana ada sedara-mara yang sudah senyap-senyap sediakan sebekas dua hantaran. Tak ambil kang, kecil hati pula.

100 Hari Menanti Cinta Eh Perkahwinan Check List

Dalam sedar tak sedar, ada lebih kurang 100 hari sahaja lagi nak menanti tibanya hari besar itu, Nikah, Resepsi, kenduri dan Bertandang. Ini pun fikir nak bilang bila tengok kawan duk menghitung hari, katanya lagi 100 hari. Aku fikir, aku lama lagi. Tapi tak bilang pun. Hari ini baru bilang. Alamak, masih berbaki 100 hari. Tak lama lagi akan bertukar status sebagai isteri orang! Jom kita tengok check list cepat ini. Kalau untuk check list penuh, boleh lihat di sini ya, Checklist Perkahwinan 1.  Date for Solemnization & Receptions Solemnization: 13th November 2015 (Jumaat malam Sabtu) Bride: 22 November 2015 (Ahad) Groom: 29 November 2015 (Ahad) 2.  Theme Colour & Concept Solemnization: Peach Bride: Peach + Mint Green Groom: Hot Chocolate 3.  Documents, Kursus Kahwin & Jurunikah Bride:  Pending Groom:  Pending Booking Jurunikah:  Pending 4.  Venue Bride: Rumah, Pokok Sena, Kedah Groom: Rumah,

Kisah Tazzabarnya Aku Nak Balik Ke Kampung Berhari Raya, Meriahnya

Inilah barang-barang aku yang tengah tunggu masa nak pack dalam beg Ya Rabbi, tazzabarnya (tak sabarnya) nak balik kampung untuk berhari raya. Hari ni, tak ramai orang kat pejabat. Jalan pun sudah sedikit lenggang. Tambahan pula, radio terus-menerus menyiarkan lagu raya. Oh, kampungku tunggu aku. Aku akan ke sana malam nanti. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam tetapi bila nak balik raya macam ni, pastilah sesak ( jammed ), maka akan bertambah lagi jadi semua 7 jam. Dari Puduraya (nama baru: Pudu Sentral), Kuala Lumpur ke Alor Setar. See,  awal betul sepupu aku ni tanya bila nak balik raya. Dia tengah berpantang melahirkan anak sulungnya. Paling tak boleh sabar bila adik sepupu dari awal-awal lagi tanya bila nak balik beraya (sila rujuk gambar). Pastinya dia pun tak sabar nak jumpa. Kami membesar bersama. Oh, kenangan. Indahnya zaman kanak-kanak tak kan boleh terulang. Oh, sangat merindui zaman itu. Jalan bertanah merah, mandi parit, berkelah, main dangau (pondok-pondok

GA CINTAN CINTUN by CIKNA

Hadiah-hadiahnye ;- 10 x bloglist bride2be 15/16  selama   setahun(selagi korang follow blog ni) 10 x bloglist (boy+girl)  selama   setahun(selagi korang follow blog ni) 3 x bookmark lovely theme  (boleh request nak bagi kat siapa) 1 x kad raya home made (Raya Haji) 1 x sampul raya home made (Raya Haji) http://cikna136.blogspot.com/ Syarat2nye pun cukup mudah ;- 1) Terbuka kepada semua & wajib follow blog  Cikna136 . -DONE FOLLOW 2)  Buat N3  bertajuk " GA CINTAN CINTUN by CIKNA " & backlinkan -DONE 3) Letakkan link kat komen -DONE 4) Tarikh Dari  24/6/2015 - 25/7/2015 -OKAY 5) Kalau  bride to be 15/16 sila nyatakan (kurang 10penyertaan automatik masuk dalam bloglist) SHA BRIDE TO BE PADA TAHUN 2015 TQ Cik Na jemput Sha masuk bloglist

Tips Baju Pengantin 2015 Pilih Warna Lembut

Pilihan warna selamat dan mudah disesuaikan dengan suasana MELANGKAH ke jenjang pelamin, pelbagai aspek perlu disiapkan dengan rapi untuk majlis yang akan dilangsungkan. Persiapan ini termasuklah kad jemputan, lokasi majlis, jamuan, hantaran, cenderahati dan pelamin. Namun, salah satu persiapan utama yang perlu diperhalusi adalah pakaian untuk pengantin wanita dan lelaki yang akan digayakan pada hari bersejarah nanti. Warna dan rekaan baju persandingan yang sesuai bukan sahaja menaikkan seri pasangan raja sehari di atas pelamin, malah warna juga memberi kesan berbeza kepada personaliti mempelai. Jika pada 2014, warna-warna terang seperti hijau zamrud, biru laut, dan kuning diraja, menjadi pilihan kebanyakan pengantin, warna-warna lembut dan pucat (pastel) pula diramal akan kembali menjadi warna tema persandingan sepanjang 2015 ini. Warna Pastel lebih selamat dan mudah suai warna Andaian ini dibuat berdasarkan tinjauan beberapa

Open Tracker