Langkau ke kandungan utama

Catatan

Demam Selesema, Terima Kasih Sang Suami Berkorban

suami dan anak terchenta masa ni kat UTC Kedah Semalam, 20 Disember 2016, aku dapat demam selesema. Mujur lah dapat suami yang sangat memahami dan banyak berkorban. Terima kasih sang suami berkorban untuk isteri dan anaknya. Baby pun duk baik sahaja malam tadi. Kat tempat kerja, teruk dah jadinya. Demam, bersin, sejuk gila kaki dan jari. Macam ais dah. Kepala berat rasa ada virus dan pening. Muntah juga. Petang tu pukul 3.45 petang, sudah tak larat lagi. Suami tanya, mahu balik rumah ke, ambil MC ke. Tapi fikir balik, rugi saja 'hari bekerja' hari ini kalau balik rumah dan ambil MC. Lagipun tunggu lagi dua jam sahaja untuk punch card dan balik! Suami tanya juga kalau-kalau mahu pergi klinik untuk ambil ubat dan MC pada sebelah petangnya. Tapi, aku tak mahu. Tahu-tahu saja lah klinik sebelah KL ni bukannya nak bagi MC untuk esok. Bagi MC untuk hari tersebut sahaja. Baik pergi ke klinik esok pagi sajalah kalau tak larat sangat. Pagi ini, terjaga. Masih berfiki

Pengalaman Buat Pasang Implan Implanon

Kad implanon Sha Sha sudah bersalin dengan pelbagai kes selepas bersalin. Ikutkan nak sahaja merancang keluarga sendiri tetapi jadi trauma apabila banyak kes. Nantilah Sha cerita kisahnya. Kali ini Sha nak cerita pengalaman buat pasang implan implanon di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan. Ada kawan Sha pesan supaya bertanya kepada hospital tempat bersalin untuk buat temujanji terus. Dah alang-alang kat sana, kan. Tak payah nak ulang-alik lagi.Selepas habis pantang, boleh terus pasang implan. Selamat dan tak payah risau. Pesan kawan Sha lagi, tanyalah kalau masih ada kuota lagi, boleh dapat percuma. Kalau kat luar, harganya RM300 untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan RM560-580 di klinik swasta. Tapi, Sha baru google, harga untuk buat pasang implan di LPPKN ialah RM500 dan swasta ada Sha pernah dengar paling mahal RM1200. Biasanya dalam RM1000 macam tu. Kepada sesiapa yang mahu mengetahui berapakah jumlah bayaran yang diambi

Lazada Buat Promosi Lagi, Cepat Tinggalkan Email

Promosi Lazada Lazada buat promosi lagi, cepat tinggalkan email. Lazada, siapa yang tidak kenal. Lazada merupakan tempat membeli belah atas talian yang popular dengan harganya yang murah dan ada penghantaran percuma. Siapa yang tidak terpukau dengan potongan harga diskaun yang nyata berbaloi. Sha nak kata baru, tak adalah sangat mengenali lazada. Sudah lama mengenali Lazada. Sha banyak shopping online. Sebab harganya jauh lebih murah. Pada Sha memang berbaloi. Lagi-lagi bila ada promosi, memang Sha akan sambarlah peluang yang terhidang depan mata. Pagi tadi tengok emel, ada lagi promosi. Ya ALLAH, harganya sangat murah. Kalau kita ni yang jual, rasanya jual dengan harga rugi. Murah sangat-sangat. Banyaklah Sha pilih untuk masuk carta nak beli. Hihi. Oh ya, sape yang tak nak ketinggalan dengan promosi Lazada, bolehlah tinggalkan email di ruangan komen. Nanti Sha hubungkan ke Lazada. Masa gawat ni, kita kena membelanja dengan berhemah. Kita kena jadi bijak. Eh, Sha tak diba

Open Tracker