Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kalau Nak Cantik, Kenalah Berusaha

Cantik Kalau nak cantik kena berusaha. Bak slogan Innershine nak lawa kenalah melabur. Ingat orang yang tetiba cantik tu, tidur dan bangun pagi, puff!! terus cantik ke? Tidak, itu hanyalah anganan Walt Disney semata-mata. Nak cantik kena usaha. Makan produk tu, sapu produk ni, pantang itu ini, mekap bagai. Nak guna produk berasaskan bahan semulajadi atau saintifik (produk yang siap untuk digunakan), terpulanglah. Yang penting, kena detox dulu. Menyahtoksin. Buang racun dalam badan. Kalau tak detox dulu, kesannya agak lambat. Nak makan supplement pun lambat berkesan kerana ada 'lemak degil' yang masih terkumpul di dalam badan. Macam mana nak berjaya mencapai hasil yang sepatutnya jika ada halangan besar? Tapi yang paling penting ialah RAJIN.  Ubat apa pun, kalau tidak cukup kuotanya, tak jalan juga. Setiap produk ada formulanya, berapa lama kena ambil consume baru akan nampak hasilnya. Lainlah orang tu memang cantik dari kecil. "Awak memang cantik dari

Banyak Yang Ingin Diperkatakan Namun Lidahku Kelu

Sebenarnya, banyak cerita dan entri yang mahu dikongsi bersama. Banyak idea mencurah-curah, seperti 'pepatah' iklan Coco Crunch "coklat jatuh mencurah-curah ke ladang gandum". Namun, apabila berada di hadapan komputer, idea hilang. Lama tidak mendapat jiwa menulis. Oh ya, untuk makluman, aku telah pun selamat diakadnikahkan dan berkahwin dengan jejaka yang menyayangiku lebih dari aku menyayanginya. Alhamdulillah, termakbul juga keinginanku untuk dimiliki oleh orang yang lebih menyayangkiku. Sungguh, kalau tidak lihat kepada kesungguhannya dan keperibadiannya, belum tentu hatiku akan memilih dia. Sampai ke hari pernikahan, aku masih berasa biasa - tidak apa kalau tiada jodoh pun. Fuh, sampai tahap itu, kan. Ya, sebagai seorang perempuan, jangan jatuhkan maruah diri. Tetap optimis kalau tiada jodoh, pasti akan ada yang lebih baik. Sampailah selepas nikah, baru aku rasa sayang kepadanya. Mungkin Allah bukakan pintu hatiku untuk menerima dia seikhlasnya. Alhamdu li

Tips Cara Dapatkan Duit Dalam Akaun Ditolak Tapi Duit Dari ATM Tidak Keluar

      Duit dalam akaun ditolak tetapi duit dari ATM tidak keluar. Memang cuak juga bagi mereka yang pernah alami perkara sebegini tambahan pula jika duit yang hendak dikeluarkan itu merupakan jumlah yang banyak. Apa yang patut dilakukan dan apakah prosedurnya, pasti berada di dalam benak, kan. Ada tips cara dapatkan duit dalam akaun yang ditolak tapi duit dari ATM tidak keluar.   Aku juga mengalami perkara yang sama minggu lepas. Pada 11hb Mei 2016, aku pergi ke bank. Biasanya aku akan ke Bank CIMB Wangsa Maju yang dekat dengan Wangsa Walk tu selepas punch in dan turun pergi bank dan naik balik, pada waktu pagi. Sebab pada waktu pagi tidak ramai orang di bank.   Memang yakin duit masih ada seratus lebih dan periksa juga baki yang masih bersisa. Ya, seratus lebih lagi tinggal dan boleh keluarkan sehingga tinggal RM20 dalam akaun. Jadi dengan selambanya aku menekan butang mengikut apa yang diperlukan. Tapi tak boleh. Mungkin sebab mesin Auto- Teller Machine (ATM) tak ada

Open Tracker