Langkau ke kandungan utama

Catatan

Perbezaan Sebelum dan Selepas Kahwin

Perbezaan pasti terasa apabila telah berkahwin. Dahulu, seorang diri, sekarang berdua. Perbezaan sebelum dan selepas kahwin yang Sha lalui. 1. Rasa sayang Kalau sebelum kahwin rasa sayang itu cuma biasa-biasa. Selepas dinikahkan, rasa sayang tu 98 peratus. Tinggi tu. Mungkin ALLAH campakkan rasa sayang pada pasangan. Selalu Sha dengar juga kawan-kawan cakap, lepas kahwin, rasa sayang tu lebih lagi. Tapi Sha fikir, Sha tak akan rasa macam tu. Tapi sebaliknya pula. Sha rasa sayang kepada pasangan. 2. Rasa kilat dah tak ada Sebelum nikah, rasa kilat atau elektrik dan panas semacam sahaja apabila tersentuh. Tapi selepas diijabkabulkan, rasa sejuk sahaja. Rasa macam pegang adik-beradik sahaja. 3. Tidak lagi mimpi buruk Tiga minggu sebelum Sha dinikahkan, setiap kali tidur Sha akan bermimpi buruk. Mimpi hantu bermacam jenis dah jumpa. Dalam mimpi tu, Sha lawan hantu. Bergaduh. Namun, selepas nikah, tiada lagi mimpi buruk mengganggu. 4. Marah sudah hilang Sebelum kahwin, asyi

Kerja Kahwin: Bukan Satu Tugas Mudah!

Orang cakap, inilah masanya darah manis dan akan tension. Ada pantang larang tak bagi keluar rumah. Namun, banyak hal akan difikirkan dan uruskan. Boleh lihat senarai semak yang aku dah buat, jika tak percaya tentang banyak yang nak kena uruskan. Kerja kahwin memang bukan satu tugas mudah. Aku rasa ada juga sedikit tekanan apabila ada perkara yang sudah selesai (settle) tapi tetiba muncul semula. Nak buat kerja kahwin ni bukan mudah. Ya, walaupun nampak ringkas tapi perlukan ketelitian. Ini anak dara nak kahwin okay, bukannya Mak Janda yang sudah ada pengalaman. Pengalaman pertama dengan karenah famili lagi membuatkan hati rasa semacam. Perlu bijak dalam menanganinya. Langkah selamat aku diamkan diri sahaja. Ataupun serahkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Juga tidak ketinggalan untuk berbincang dengan mereka yang banyak pengalaman dan seterusnya merujuk kepada mereka yang pakar. Hati kena tabah. Banyakkan bersabar. Sebolehnya, jangan tension. Kalau tension, nanti semu

Counting 30 Days Menanti Cinta

Fuh, tak lama dah lagi nak bertukar status.  30 hari sahaja lagi. Persiapan dalam 80 peratus. Tapi banyak lagi kena semak semula. Sebab apa? Risau takut tertinggal.  Bab duit, jangan cakaplah, memang betul-betul flat. Mengharapkan encik tunang sahaja. Mujurlah dia sangat-sangat memahami. Aku bukan membazir. Tapi membeli barang untuk keperluan untuk kahwin. Sampaikan nak bayar duit rumah sewa pun tak ada, nak makan pun tak ada. Mujur ada lelaki terbaik di dunia. Eheh, puji lebih nampak. Bila bab kahwin ni, memang memerlukan duit yang sangat banyak. Itu pun aku beli sikit-sikit. Tak beli pun yang mahal-mahal. Tak beli pun yang membazir. Tak banyak sewa, tapi buat sendiri. Kalau shopping pun, duit encik tunang juga yang keluar. Tapi duit aku yang tak cukup-cukup. Duit dia pula, banyak macam tak luak-luak. Mungkin inilah disebutkan rezeki. Alhamdulillah, aku menumpang duit tunang. Selamat berjaya wahai bakal pengantin baru.

Open Tracker