Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sistem On line Atas Talian Lebih Mudah

Sistem on line kini menjadi langkah kerajaan untuk memudahkan orang ramai dan mengurangkan kos mengaji kakitangan serta menghijaukan bumi dengan amalan Go Green: Paperless. Kerajaan juga percaya akan taraf capaian internet yang dapat diakses di seluruh Malaysia. Menyorot kisah sistem on line, Unit Pendaftaran Universiti (UPU) antara pelopor bagi penyedia kemudahan sistem kemasukan secara on line seratus peratus. Lembaga Hasil Dalam Negeri juga menyediakan sistem on line untuk memudahkan mereka yang berkepentingan untuk berurusan denganya. Kini, lebih sedekad yang lalu, peperiksaan secara atas talian (on line exam) mula mengambil tempat untuk sama-sama memberikan perkhidmatan yang mana calon peperiksaan mengambil peperiksaan atas talian dan jawapan dapat diketahui pada yang sama, sama ada gagal atau lulus. Hal ini akan memudahkan mereka yang tinggal jauh dengan tempat yang mereka pilih untuk menduduki peperiksaan, jika tiada di tempat tersebut. Pada zaman sekarang, siste

GST Malaysia 1 April 2015 dan Penerangan Senang Faham

  cukai GST Malaysia Government Service Tax (GST) atau lebih dikenali dengan Goods and Service Tax (GST) sudah lama menjadi angan-angan kerajaan untuk dilaksanakan di Malaysia kini bakal menjadi kenyataan apabila akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Tarikh ini sudah lama dipilih iaitu kira-kira lebih setahun dari tanggal perlaksanaan GST. Semenjak dari itu, kerajaan menggunakan medium   iklan untuk mempromosikan niat kerajaan itu. Sebenarnya, GST enam peratus (6%) yang disyorkan akan mengakibatkan barang lebih murah kerana diskaun sebanyak 0.06 peratus. Namun, apa yang dikesali ialah ia dinaikkan sebanyak 6%. Maknanya, bukan GST 6% tetapi tambahan cukai untuk semua barang yang berjumlah 6%. Contohnya, top up kredit telefon bimbit sekarang ini berharga RM10 akan menjadi RM10.60 apabila GST dilaksanakan, bukannya menjadi RM9.40. Justeru, dapat disimpulkan bahawa terdapat tambahan cukai sebanyak 6%. Bagi pengeluaran wang menggunakan mesin ATM pula, caj tambahan 6%

Faktor Ketagihan Laksa Utara, Menu Yang Sentiasa Sedap untuk Dimakan

Laksa Kedah Faktor yang menyebabkan kami teringin sangat makan dan makan laksa berkali-kali tanpa rasa jemu. Boleh juga digambarkan sebagai faktor yang menyebabkan ketagihan laksa utara yang tanpa jemu.  1. Laksa Utara memang sedap dan menyelerakan Urat laksa yang putih bersih dan lembut, melentuk di dalam mangkuk, ulam-ulaman dan disajikan bersama kuah ikan segar dan manis rasa isi ikannya, telur rebus elok terhidang dengan aroma daun kesom dan bunga kantan membangkitkan nafsu makan yang membuak-buak. 2. Perantauan Berada di perantauan ini (walaupun bukan di luar negara) akan rindu kepada masakan tanah tempat tumpah darahku ini. Kawan-kawan dan adik-beradik, dan orang Utara yang berada di perantauan akan berkongsi tentang momen mereka 'mengena' laksa, di media sosial. Pergh, memang terliur terus. Rasa nak meleleh air liur. Hehe~ 3. Tak kira masa Aku berasal dari Kedah. Kami orang Kedah akan makan laksa tak kira masa, pagi ke petang ke malam ke. Masa raya dan sek

Open Tracker