Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pakaian yang Sesuai untuk ke Rumah Terbuka Raya Aidil Fitri

Baju kurung sopan gila kalau pakai Pakaian yang sesuai untuk ke rumah terbuka Raya Aidil Fitri perlulah diambil berat. Kalau tidak, ia akan menjatuhkan imej dan air muka kita. Orang kata kita tak tahu adress code! Pakaian apa yang perlu dipakai? Pertamanya mestilah sopan. keduanya kalau dapat penuhi tema lagilah sempoi. 1. Pakaian tradisional Seeloknya kalau Rumah Terbuka Aidil Fitri, kenalah pakai pakaian tradisional Melayu. Jangan pula tetiba kau pakai pakaian tradisional orang Dutch. Ha, itu dah pelik. Pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, teluk belanga, cekak musang, kebaya, kebarung, kain batik, kain palikat, dan sebagainya. 2. Pakaian yang sopan Jubah, abaya, kemeja, blaus, cardigan, skirt labuh dan sebagainya pakaian yang sopan, bukannya yang seksi-meksi kepsi ya. Hehe~ 3. Kasut Terpulanglah, janji sesuai. Sneakers? Boleh. Tapi untuk lelaki lah. Kalau perempuan, simpan untuk dipakai pada acara lain ya. Untuk majlis Rumah Terbuka, tak payah lah ye. Caril

5 Menu Makanan Istimewa Wajib Ada Rumah Terbuka

  Raya yang meriah apabila kita dijamu dengan rumah terbuka yang menghidangkan aneka makanan istimewa yang hanya boleh didapati semasa Raya sahaja. Panduan untuk mengadakan rumah terbuka yang orang kata menyesal kalau tak singgah dan jamah. Hehe. Satey dan Kuah Kacang Laksa Penang Rojak Nasi Impit Ketupat dan rendang serta kuah kacang Menu-menu ini memang wajib ada di Rumah Terbuka. Kalau tak ada, rasa tidak lengkap pula. Menui tambahan pula ialah pencuci mulut seperti agar-agar biasa, agar-agar lumut, koktel, kek cawan (cup cake), kuih raya, kerepek, dan apa-apa yang difikirkan sesuai dan mampu. Kalau tak mampu pun, susah juga kan? Hehe~ Mana tau, kang aku cadangkan air kopi Starbuck ke, roti Subway ke, air krim Tutti Frutti ke. Tidaklah teman mampu, yo dok? Hahaha~ Minuman pula seeloknya buatlah air yang seakan asli, air berwarna dan air panas. Ok, mari aku terangkan. Air seakan asli tu air yang tak banyak rasa macam minum air gula jer. Tapi tak kan bagi air gula je

Lukisan Kad Raya yang Kreatif dan Cantik

carian di Nuffnang  Lukisan kad raya yang kreatif. Sebenarnya, aku dah siap buat kad raya untuk diberikan kepada Pengarah bahagian aku dan lain-lain bahagian. Aku reka sendiri. Aku guna website sorang budak lelaki ni. Aku dah lupa. Tapi memang best la. Sebab boleh decorate sendiri. Aku guna perisian Publisher sahaja, al-maklumlah komputer kerajaan kan, mana la nak canggih sangat. Sampul raya pun aku dah buat. Sampul raya kreatif. Pun aku ambil dari internet, letak URL blog dan print. Gunting, tampal. Siap. Sebenarnya, setiap tahun, aku buat sampul sendiri. Entri aku pasal kad raya: Kad Raya Kreatif Kad raya cantik Kad raya elektronik untuk blogger Banyak juga carian di SEO yang singgah ke dalam blog aku. Kalau pasal boleh rujuk entri yang sedia ada. Ini malas punya kerja. Sebenarnya tak biasa dan tak suka nak buat macam ini. Tapi kalau tak buat, traffik rendah. Nak tak nak, buatlah juga.

Open Tracker