Langkau ke kandungan utama

Catatan

Resipi Ketam Goreng Bersalut Tepung dan Oat (Recipe Deep fried Oats Coated Crabs)

Ketam goreng bersalut oat Deep fried oats coated crabs (Ketam goreng bersalut tepung dan oat) Resipi Ketam Goreng Bersalut Tepung dan Oat Bahan-bahannya: 2 ekor ketam (dipotong 2) 1/2 cawan tepung tempura Bestari 1/2 cawan tepung goreng rangup Bestari Serbuk cili, serbuk lada putih, garam dan serbuk secukup rasa 2 sudu oat 1 biji telur Cara memasak: 1. Celup ketam di dalam telur dan salut ketam dalam campuran tepung, oat, serbuk cili, serbuk lada putih, garam dan serbuk secukup rasa. 2. Goreng di dalam minyak panas sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Bahan sos: 2 sudu chili paste, 2 sudu cuka epal (apple cider), garam dan gula. Tumis kesemua bahan ini dan tuangkan di atas ketam. * Tips untuk mengelakkan daripada berlaku percikan minyak panas, masukkan 2 keping asam gelugur atau asam keping ke dalam minyak panas. Selamat mencuba ♡ In English: Deep fried coated oats Crabs ( crab fried batter-coated and oats ) Powder Coated Fried Crab Recip

Today was An Amazing Day!

Kredit to Google. Tak sempat nak ambil gambar. 27 Februari 2014 Today was an amazing day! Alhamdu lillah walaupun tidak seberapa sihat, tetapi tetap ceria dan tenang. Hari ini aku menghayunkan langkah kaki ke agensi. Malam tadi, tidur lambat dan terjaga pukul 6 sampai la waktu yang patut aku bangun. Rumet pula malam tadi asyik terlanggar aku saja. Aku ni senang terjaga tetapi susah mahu tidur. Aku sampai sana awal. Lama juga tunggu. Awal pagi ni kenderaan suka memecut laju. Dah tau tak banyak kenderaan atas jalan. Tapi banyak juga sebab mereka ke tempat kerja. Mira sampai. Seperti biasa. Mesra. Suka dengan dia. Walaupun tak kenal tapi dia jenis happy go lucky. Sampai kenderaan. Naik. Ada sorang mamat cina kat belakang dan minah Melayu kat bahagian tengah. Borak dengan minah tu. Sekadar berbasa-basi. Kami pergi sampai ke Kuala Kedah. Kemudian, terus ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, cantik pemandangan sawah padi. Rakan-rakan sebelah pun rasa teruja tengok. Sebab cantik.

Belajar Bahasa Melayu Kelantan: Kira

Satu: Sa Dua:  duo Tiga: tigo Empat: Empat Lima: limo Enam: Enam Tujuh: tujoh Lapan: lape Sembilan: Semile Sepuluh: Sepuloh Kalau duit, lima puluh sen dipanggil 'samah' dan baki duit, dipanggil 'cucur'. Pengenalan mengenai Bahasa Melayu Kelantan Keluarga dalam bahasa Kelantan

Open Tracker