Sunset Pantai Chenang, Langkawi yang indah. Capture dari hp ku. Assalamualaikum. Aku berkesempatan melawat (atau melancong mahupun melencong) ke Pulau Langkawi sebanyak dua kali. Kali pertama semasa majlis kahwin adikku, raya cina 2013 dan kali kedua pada 20 Ogos 2013. Ya, baru lagi. Pergi Korang pergi dengan apa? Naik bas? Boleh.. Dari KL, ambil bas ke Alor Setar. Boleh tanya bas tu, nak turun Pekan Rabu boleh tak? Balik Bas? Korang tak perlu risau. Di sini terdapat perkhidmatan bas yang boleh kata efeksien. Nak tunggu kat mana? Korang kena keluar dari Kompleks Jeti Kuala Kedah dan berjalan keluar. Korang ada nampak kedai mamak tak? Restoran Ali Imran kalau tak silap aku. Tulisan warna biru. Aha, korang tunggu dekat-dekat sana. Tapi bukan kat bawah restoran tu. Korang tunggu bas kat tempat duduk yang ala-ala tempat orang tanam pokok. Diorang tak sediakan tempat tunggu bas berbumbung tau. Tunggu jer. Bas tak lama pun, datang la. Tambang bas ke Pekan Rabu (pus