Langkau ke kandungan utama

Catatan

PTPTN dan CRISS: Cerita yang Mudah Difahami

Assalamualaikum. Hari ini aku nak cerita pasal hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang heboh nak dimasukkan ke dalam CCRIS. Aku pun faham dari sini. Okay, korang baca dulu. Ramai yg kurang tahu apa itu CCRIS Dan Kesannya Bila Nama Anda Direkodkan Dlm Sistem Tersebut... Jom layangzz cerita pendek ni bagi memudahkan pemahaman tentang CCRIS... KISAH NAJIB DAN CCRIS Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Najib  juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan. Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta. Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.

Lamanya Tak Up date

gambar di Hari Raya yang mulia. Assalamualaikum. Lama tak jumpa di alam maya, kan? Keinginan memang ada nak update blog tapi tapi tapi (sengaja membuat pengulangan di sini) tapi aku ada halangan tersendiri. Tak apa la, bagi kat blogger-blogger lain sajalah yang mengup date story. Hehe~ Oh ya, aku dah dapat cek hasil dari 'penyewaan iklan Nuffnang ' di blog ini. Beratus-ratus ringgitlah juga hasilnya. Alhamdu lillah. Side income. Kehidupan aku masih biasa tapi syukur sebab tetap ceria mendepani hari-hari yang mendatang. Oh ya, terima kasih juga kepada bloggers yang masih ingat kepadaku ini. Puasa dan raya pun masih ingat pada aku. Oh terharu! Sesungguhnya persahabatan ini amat indah. Seindah bunga yang mekar di pagi hari. Cubalah korang bayangkan. Jadi, di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga jumpa lagi, ya.

Marilah Mengundi, Tanggungjawab Kita di Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum.. Entri kali ini, aku nak cakap pasal politik sikit. Yeah, memang dah sampai tahap bosan muntah hijau (eh, muntah hijau tak boleh sebab takut bias ), ok guna muntah pelangi dah, kalau sebut bab politik ni. Serius! Aku yang berminat pasal politik ni pun rasa dah bosan tahap gaban, apatah lagi sesiapa yang tak minat tu, mesti dah muntah pelangi, kan? Hahaha~ Tapi (sila baca dengan bunyi dentuman guruh), kalau kita tak mengundi, kita akan ditanya di akhirat kelak, pemimpin mana yang telah kita pilih. Pemimpin yang adil, yang menegakkan hukum Islam atau tak. Ui, kat Padang Mahsyar, tak ada siapa nak tolong kita dah (seram). ----------------------------------------------------------------------- Di sini, aku nak kongsikan dengan pembaca budiman, yang mana aku petik dari twitter Baziran Nasional . Bab judi -Tengok apa jadi pada orang Islam Malaysia. UMNO ajar mereka supaya ragu-ragu akan undang2 Islam yang sebenar dan yakin dengan judi. -Judi ni bawa masalah lebi

Open Tracker