Langkau ke kandungan utama

Catatan

Lamanya Tak Up date

gambar di Hari Raya yang mulia. Assalamualaikum. Lama tak jumpa di alam maya, kan? Keinginan memang ada nak update blog tapi tapi tapi (sengaja membuat pengulangan di sini) tapi aku ada halangan tersendiri. Tak apa la, bagi kat blogger-blogger lain sajalah yang mengup date story. Hehe~ Oh ya, aku dah dapat cek hasil dari 'penyewaan iklan Nuffnang ' di blog ini. Beratus-ratus ringgitlah juga hasilnya. Alhamdu lillah. Side income. Kehidupan aku masih biasa tapi syukur sebab tetap ceria mendepani hari-hari yang mendatang. Oh ya, terima kasih juga kepada bloggers yang masih ingat kepadaku ini. Puasa dan raya pun masih ingat pada aku. Oh terharu! Sesungguhnya persahabatan ini amat indah. Seindah bunga yang mekar di pagi hari. Cubalah korang bayangkan. Jadi, di kesempatan ini, aku mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga jumpa lagi, ya.

Marilah Mengundi, Tanggungjawab Kita di Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum.. Entri kali ini, aku nak cakap pasal politik sikit. Yeah, memang dah sampai tahap bosan muntah hijau (eh, muntah hijau tak boleh sebab takut bias ), ok guna muntah pelangi dah, kalau sebut bab politik ni. Serius! Aku yang berminat pasal politik ni pun rasa dah bosan tahap gaban, apatah lagi sesiapa yang tak minat tu, mesti dah muntah pelangi, kan? Hahaha~ Tapi (sila baca dengan bunyi dentuman guruh), kalau kita tak mengundi, kita akan ditanya di akhirat kelak, pemimpin mana yang telah kita pilih. Pemimpin yang adil, yang menegakkan hukum Islam atau tak. Ui, kat Padang Mahsyar, tak ada siapa nak tolong kita dah (seram). ----------------------------------------------------------------------- Di sini, aku nak kongsikan dengan pembaca budiman, yang mana aku petik dari twitter Baziran Nasional . Bab judi -Tengok apa jadi pada orang Islam Malaysia. UMNO ajar mereka supaya ragu-ragu akan undang2 Islam yang sebenar dan yakin dengan judi. -Judi ni bawa masalah lebi

Ini Jawapan Kepada Persoalaanmu

Assalamualaikum. Wah, tajuk tak boleh blah sungguh. Nak tarik perhatianlah katakan. Hehe~ Teringinnya nak menulis kembali. Teringin nak menulis novel, paling tidak pun menulis blog. Lama sudah ku tinggalkan semuanya. Hal ini demikian kerana sang lappy yang berpenyakit dan masa yang suntuk. Masa oh masa! Aku kerja. Pergi pagi balik malam. Penat. Kemudian nak tunggu lappy pun lambat nak buka la, apa la, lebih baik aku gunakan masa yang suntuk itu untuk tidur. Itu lebih menuntutku. Bulan ni, aku dah tak kerja. Aku berhenti kerja. Gila aku nak kerja kat tempat tu. Ah, tak suka! Ada gangguan.  Tapi masalah sekarang, puas sudah aku mencari kerja. Namun tetap tidak menampakkan hasilnya. Ya ALLAH, permudahkanlah ujian-Mu ini. Aku tahu mesti KAU ada perancangan yang lebih baik. Jadi aku kena banyak bersabar dan terus berusaha. Mungkin sebab aku berumur, dah 28 tahun yang menyebabkan aku tak layak nak sandang jawatan yang ku pohon. Alahai.. Aku ada mengusahaka

Open Tracker