Langkau ke kandungan utama

Catatan

Blog Kawanku Dah Famous!

Assalamualaikum. Lama kan tak berjumpa kat sini. Well, sibuk sikit dan lappy masih tak sihat2 lagi. Ni pinjam guna lappy adik junior kat UUM, Fetty. Tq Fetty. Tahniah untuk kawanku yang dah kuanggap adik, Izahar Sabtu (lebih mesra disapa Achik) kerana blog dia dah terpilih masuk majalah Remaja keluaran Oktober 2012 di ruangan blogspot. Lebih terasa bangga sebab rasanya kami sama-sama naik dalam dunia blog ni. Sama mula kenal apa itu blog. Kami juga rapat di facebook. Memang terasa banggalahkan.. Cuma sekarang  je aku slow sikit berblog, tapi Acik, masih kekal akif. Blog aku bila lagi? Kalau korang nak masukkan blog dalam majalah Remaja, kena beli Remaja dan ada borang dalam tu. Isi dan poskan.

Kad Kreatif Raya + Merdeka yang Cantik

Assalamualaikum. Pada raya kali ini, eh, selamat hari raya dan salam merdeka (tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan). Entri kali ini, entri bercerita ye, ada kronologi lagi. Ok, sambung balik, pada raya kali ini, beberapa orang blogger telah meng'IM' dan meminta alamatku untuk dihantar kad raya. Sungguhlah rasa terharu ada juga blogger yang ingat pada aku, blogger yang suam-suam kuku ni dan tahun ni dah kurang aktif  berblog dah. Ada juga bebudak group yang aku pernah jaga admin, minta alamat. Tapi malas nak kasi sebab takut tak terbalas. Bagi alamat kat bloggers ni sebab rasa kesian pula, orang dah minta, tak kasi pula. Kalau budak group okay lagi la, tak la rapat mana. Macam chipsmore. Tapi kalau bloggers, lain. Kalau dah menghilang, dah susah nak pujuk balik. Hehe~ Aku pun memang cadang nak balas balik pun pada diorang tapi hari-hari masih duk cari-cari masa nak lari jap cari kad raya tapi masih tak dapat keluar. Ada keluar pun kadang kala tak sempat

Paku-Paku Pula, Amenda Ni Rimas

Assalamualaikum. Korang kalau bercakap atau bertindak ada main paku-paku tak? Rimas lor ada jumpa orang macam ni. Kalau lelaki tak apa. Ni perempuan. Tak suka, tak suka.. Thought that girl is very annoying. Perempuan tak elok nak ada perangai dendam mendam ni. Tak sesuai dengan jiwa keibuan dan kelembutan seorang wanita. Cheewahh.. Pengajarannya Tak payahlah kot nak main paku-paku. Tak payah la der duk dendam-dendam. Bukan best pun. Jadi pemaaf lagi best. Sumpah =)

Open Tracker