Langkau ke kandungan utama

Catatan

Percakapan Meningkatkan Iman

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi sesuatu kepada korang. Aku dapat dalam group kawan aku. Rasanya elok untuk dikongsi-kongsikan.. Allah yang bagi rezeki, bukan majikan yang bagi rezeki. Allah yang memberikan kesihatan, bukan ubat-ubatan yang memberi kesihatan. Allah yang berikan kebahagian, bukan harta yang memberi kebahagiaan. Hanya Allah yang Berkuasa, makhluk tak ada kuasa.. Ucaplah Lailahaillallah insya-Allah Iman kita akan meningkat. Percakapan ini ialah percakapan iman supaya kita tidak yakin selain pada Allah. Sebab itu syirik Khafi yg lebih bahaya dari Dajjal Laknatullah. Syirik yang kita tidak sedar. Nauzubillah minzalik P/s: Jadikan amalan harian di pagi hari. Pesanan buat aku yang sering lupa...amalkanlah. Insya-Allah, i man akan meningkat.

Bagaimana Bila Pendapat Tak Sama

Pendapat Semua orang ada pendapat sendiri Ada juga yang tiru sahaja pendapat orang lain. Macam-macam pula ternampak apabila seseorang itu memberi pendapat. Kadang-kala tergelak sendiri sebab pendapat yang entah apa-apa. Tapi tetap hormat sebab itu pendapat dia, bukan pendapat kita. Tapi kadang-kala pendapat itu membuka mata. Membuka mata untuk membuatkan kita tersedar. Tersedar bagaimana cara pemikirannya dan tersedar akan keluasan ilmu. Apa yang kita tahu belum tentu orang lain tidak tahu, dan belum tentu orang lain tahu. Apa yang orang lain tahu belum tentu kita tidak tahu, dan belum tentu kita tahu. Jadi, berilah pendapat. Tiada salahnya. Brainstroming in English. Tapi janganlah dicemuh si pemberi pendapat. Itu pendapat dia. Jangan diketawakan si pemberi idea. Itu idea dia. Kesimpulan Terimalah perbezaan pendapat dengan baik. Tak perlu nak maki hamun segala. Adalah baiknya bila kita sama-sama nasihat menasihati semasa bertengkar, kan lebih baik.

Dah Bertemu Kembali

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Minta maaf sebab dah lama tak up date entri. Perasaan rindu untuk mengupdate cerita terbaru itu memang ada. meluap-luap. Tapi apakan daya diri ini lantaran kerana lappy dan broadband tidak bekerjasama. Lagipun sudah tiada siapa lagi yang mahu top upkan handphoneku seperti dahulu. Nak balas mesej pun haram, apatah lagi nak buat baik dengan aku kan? Wah, sangat terasa. Orang dah tak sayang, buat tak tau je. Tapi masa sayang dulu merasa la juga duit orang. Hahaha~ ops, aku tak pernah minta okay. Dia yang nak kasi, ambil je la.. Oh ya, aku dah kerja. Itu yang membuatkan aku lambat nak boleh buka lappy dan on line. Alhamdu lillah, syukur dapat juga kerja. Kerja biasa-biasa saja. Tapi aku bersyukur sebab aku tahu di situ rezeki aku. Kalau aku ada hp yang canggih, dah lama aku up date entri. Terima kasih kepada mereka yang sudi singgah komen, membaca dan memfollow blog ini. Blog yang hebat. Hehehe~ Apa pun nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mu

Open Tracker