Langkau ke kandungan utama

Catatan

Psst, Awak

Assalamualaikum. Ini adalah entri peribadi. Ke hadapan awak yang sedang membaca entri blog saya ini, saya yang suruh awak baca ya? Kejam kan saya tu? Hehe, jangan marah. [Jelir lidah] Awak, saya tak tahu kenapa saya mempunyai perasaan begini. Sumpah, saya tak pernah berperasaan begini dengan sesiapa lagi. Kenapa ya? (Ops, janganlah cakap ianya dari syaitan. Kalau dari syaitan, bla bla bla.. susah nak cakap kat sini, [kalau nak tau, mesej saya]. Saya memang terasa hatilah kalau awak cakap ianya dari syaitan. Kenapa nak masuk campur dengan syaitan sedangkan tak semua awak cakap pasal syaitan?) Adakah awak juga berperasaan sama seperti saya? Maaf, saya tak mahu untuk mendedahkan di sini apakah perasaan saya kerana internet terlalu terbuka. Saya juga tak mahu kalau-kalau ‘orang seterusnya’ akan terasa hati. Jadi, kalau awak nak tahu apakah rasa itu, SMSlah saya. (No saya masih awak simpan, kan? [Smile]) P/s: Kalau tiada apa pun, saya tak kisah. Mungkin jalan kita berbeza.

Cerjang Percaya Padaku: Part 1

Assalamualaikum. Cerjang (cerita panjang) yang aku tulis, saja nak kongsi dengan korang. Aku tahu, aku taklah berbakat macam orang lain. tapi, apa pun bacalah dulu. Hihi~                            _______________________________________ Tit, tit.. Bunyi telefon bimbitnya tanda ada mesej masuk. Diambil capai alat komunikasi masa kini itu. Dibuka kotak mesejnya, Abang, kakak masak . Masak? Alhamdulillah, sudah banyak berubah minah lincah seorang ni. Masak apa? Pantas jarinya membalas SMS yang baru diterima itu. SMSnya dijawab, masak kuih buah Melaka . Teringat kepada juadah popular masa bulan puasa. Kenyal di jari, cair di tekak, sedapnya. Ditelek muka jam, pukul 5.30 petang. Mungkin perempuan itu masak kuih tradisional untuk dibuat makan petang. Alangkah indahnya. Alangkah nikmatnya dilayan isteri untuk minum petang. Dan isterinya itu adalah Aisha Humairah! Pandai ke kakak masak? Halim membahasakan kakak untuk Kamil Azwari, adik kepada Aisha Humairah. Saat perkenalanny

Jenis Blogger yang Aku Tak Suka

 Assalamualaikum. Straight to the point ye la.. Blogger yang aku tak suka sebab: 1. Bajet Datin/Datuk Tengok blog dia entah pape pun tapi belagak divanya ya Rabbi, kalah blogger otai. Menyampah tau. Ingat orang lain suka kot. Ergkh, ko sape nak suruh aku layan ko macam VIP?! U are no body, okay. Dah cukup dah aku bersabar dengan ko. Tapi perangai ko tetap tak berubah. Jadi, pergilah ko dengan hidupmu sendiri, aku dah malas nak layan perangai ko. Kalau blog ko entah pape, jangan nak perasan la nak diva. Blog pun tak de trafik, nak belagak sombong dengan aku? Aku pun bukannya ada trafik tinggi tapi aku tak de nak belagak macam ko. Memang aku menyampah betul la dengan spesis manusia begini. Kesimpulannya, nak berlagak diva pun kena la seiring dengan blog korang. Jangan nak buat aku gelak dengan perangai korang la, wei. 2. Comment Aku pasti ramai yang katakan pasal komen yang ada notify ni. Tapi ramai lagi yang masih guna. Aku pun rasa dah bosan kot nak ziarah balik ke blog

Open Tracker