Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tak Sangka Ada yang Ternanti-nanti

Assalamualaikum.  Serius, aku tak sangka pula ada orang suka baca blog aku terutamanya untuk belajar sesuatu dan ternanti-nantikan sambungannya. Korang boleh tengok kat tips blog , Korea , Bahasa Thai , Tutorial dan lain-lain. Kat situ, aku dah sediakan kelas terapi terbaik eh bukan kelas tapi apa yang korang nak tahu tentang tips blog, Korea, Bahasa Thai dan bermacamlah lagi yang aku sumbat pada menu tab atas blog ni. Silalah check sendiri. Terima kasih, semoga blog aku bermanfaat kepada semua. Bajet je blog ni ada berita dan tips pelbagai. Haha~ Meh lihat sini blog yang paling menarik perhatian , ada blogger yang memang menanti-nantikan sambungan bahasa asing yang aku usahakan. Ingatkan tak de sape baca dan nak belajar, tu yang malas nak buat. Hehe~ Kesimpulannya, korang taburlah ilmu sebab ianya akan menjadi sesuatu yang amat berguna kepada orang lain. Tinggalkan ilmu yang kita ada dalam bentuk penulisan supaya ada orang boleh belajar. *Terbayang sawah padi emas ni. Hu

Kisah Bengong Kawan Tapi Mesraku

Assalamualaikum. Entri kali ni aku nak bercerita sikit. Aku ada kenal seseorang. Perangai dia ni pelik sikit, kira memang tahap gila-gila habis la. Cuma orang yang faham dengan karenah gila-gila dia je yang mampu bertahan untuk kawan dengan dia. Dia ni jenis hyper active. Kalau korang tak tahu hyper active tu macam mana, meh aku nak habaq. Haha~ keluar dialek Utagha. Dia seorang yang sangat aktif, semua orang kenal dia. Nampak macam dia tak pernah sunyi daripada bergaul dan buat macam-macam perkara dalam satu hari. Kira aku pun mampu la kawan dengan dia sebab kepala aku memang mereng jugak, (ops aku tak gila atau mempunyai sebarang penyakit kejiwaan, aku normal). Kami merupakan kawan kamceng. Macam-macam kami buat bersama. Eh, kami bukan buat maksiat tapi kami buat aktiviti seperti camping ramai-ramai dengan Kelab Kembara, kayaking, abseiling, fire fox, berlawatan sambil belajar, berbakti siswa dan macam-macam la kalau nak senaraikan penuh satu blog. Haha~ Suatu hari, kami

Semai Bakti Untuk Masa Di Sana

Assalamualaikum. Ku renung diri, kadang-kala terasa betapa diri ini terlalu kerdil dan kecil. Lebih terasa kerdil dan kecil apabila memikirkan berada di hadapan Tuhan. Kerdilnya diri ini. Orang lain banyak amal ibadatnya. Kecilnya sumbanganku kepada masyarakat, agama dan bangsa. Semoga ada bakti dan sumbang (wakaf) yang berterusan dariku kepada penduduk dunia. *tetiba rasa nak pergi tolong jadi sukarelawan tolong mangsa bencana alam, peperangan, kebuluran kat luar negara. Ustaz kata, kalau kita tanam pokok pun ok juga, itu adalah sedekah. Burung, kumbang, ulat, beruk, orang makan buah dari pokok yang kita tanam, itu adalah sedekah. Binatang buat sarang, berteduh pada pokok yang kita tanam, orang berteduh dari panas mentari dengan pokok yang kita tanam, itu adalah sedekah. Kesimpulan Jom semai bakti supaya kalau pun kita ni bukannya ahli ibadat, kita dapat ganjaran yang berterusan dari usaha yang lain. Yang penting hati kena ikhlas =) Anything can happen, that why

Open Tracker