Langkau ke kandungan utama

Catatan

[Bakal Jodohku]: 1st Time Cakap, Berdebar-debar

Assalamualaikum...Apa khabar semua? Entri peribadi lagi. Tak habis-habis entri peribadi jer kan? Eh, kite ada muatkan jugak entri yang lain seperti berita tapi entri la yang menjadi perhatian. Kenapa jadi perhatian? Adakah kite ni merupakan orang popular? Wah, perasannya kalau kata kite ni popular. Mana ada popular. Blog pun entah apa-apa. Kalau kite ni seorang yang popular atau ada wajah cun, lain la. Macam sape? Ah, itu korang pun boleh tau sendiri. Takkan korang tak kenal otai blog kot? Pengikut diorang ni beribu-ribu. Kite ni nak sampai tahap ribu pun masih tercunggap. Orang komen entri pun tak ada, ada hati kata kite ni popular? Ok fine, kite tak popular. Kite ni orang biasa saja. Mungkin ada yang skodeng nak tau cerita kite kot? Wahaha, perasan lagi. Mana ada. Diorang just tersinggah kat sini, komen-komen sebab nak tinggalkan jejak lama. Itu jer. Yang ko ni perasan, pe hal  Sha? Hihi, malu-malu.. Perasannya  aku.    

[Novel Bersiri-Cikgu Rania 40: Di Taman Rania

PENGALAMAN mendewasakan seseorang. Barangkali kerana kerap sangat dilanda badai, peristiwa putus ikatan dengan Halim tidak menjadi kudis buat Rania. Saat bertentang mata dengan Puan Sri Zalia, dia nampak tenang dan tabah. Puas diminta Puan Sri Zalia agar dia berterus-terang tentang perasaannya, tetap juga Rania menjelaskan bahawa dia dapat menerima keputusan Halim dengan lapang dada. Dia turut menjelaskan bahawa adalah hak Halim untuk memutuskan ikatan tersebut atas alasan apa sekalipun. “Kalau begitu kata Ren, mama bersyukur.” “Itu yang terbaik mana.” “Ingat tak ayah dah buat pengumuman tentang perkahwinan Ren masa majlis doa selamat malam itu?” “Rania ingat.” <a href="[innity]http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D2696223%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D7640" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2696223&

[Novel Bersiri Cikgu Rania 10 : Jiwa Kacau

“SILAKAN ..,” suara garau Ummar Qayyum mempersilakannya bergerak terlebih dulu, disambut Rania dengan senyum. Langkahnya diatur dengan begitu berhati-hati. Jiwanya kacau mendadak. Bila sudah kacau, jalannya pun jadi tidak menentu. Rania sedar itu antara kelemahannya. Tapi dia tidak pernah tahu bahawa berhadapan dengan lelaki pun dia boleh jadi gementar sedemikian. Dengan Farhan dulu, tidak pernah pula atmanya segusar ini. Jauh sekali berdebar, malah sikit pun raganya tidak berkutik. Perasaannya mendatar dan hambar sahaja. Sesekali keluar berdua, Rania tak sabar mahu pulang dan setiap kali itulah muka Farhan berubah. Sebab itu dia sedikit pun tidak berkecil hati bila Farhan menikah. Itu yang terbaik.    

Open Tracker