Langkau ke kandungan utama

Catatan

Sebuah Bingkisan Buat Bakal Graduan (PSSCM)

Assalamualaikum... Aku nak kongsikan kepada korang semua terutamanya budak persatuan yang mungkin akan tertinggal akan post ini. Jom baca pesanan ini.. Kepada adik adik yang semester akhir dan akan meninggalkan psscmuum.. Putera puteri PSSCM yang dikasihi sekalian, "Kamu telah dilatih menjadi pemimpin, sekarang kamulah pemimpin,jadilah pemimpin..." Jatuh ke laut menjadi pelampung   andai putus jadi penyambung tika hujan menjadi payung tatkala panas menjadi pelindung bila susah menjadi penolong

Tersepit Antara Dua

Assalamualaikum... Tersepit.. satu kawan yang aku aktif dalam persatuan satu kawan dekat tempat belajar Masalahnya kawan dekat tempat belajar bila dah bertemu dengan kawan persatuan dia akan jadi sangat pendiam tak tegur dengan orang diam membatu Kalau macam tu, tak de siapa la nak berkawan Aku tegur semua orang walaupun aku ni pemalu kalau malu, tak de kawan la, kan?

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 27)]:Akulah biduk... di tengah-tengah kiambang

ANAK gadis nan seorang itu dipeluk erat Puan Sri Zalia. Tangisannya masih berlagu. Sejak dia pulang tadi, terus diterpanya ibu dan di dada ibu itulah ditumpahkan segala sendu yang mengasak. Puan Sri Zalia berasa dadanya sudah basah. Lara Rania yang tumpah di situ. Tak pernah Rania sedemikian. Dalam hati penuh tanda tanya tetapi dibiarkan sahaja persoalan itu membengkam. Rania perlu ditenangkan lebih dulu. Esakan Rania tidak kenal surut. Dahi Mak cik Rohaya berkerut. Mendapat isyarat daripada Puan Sri Zalia, Mak cik Rohaya beredar seketika tapi kemudian datang semula. Hatinya pilu. Dia tidak betah bersendirian di dapur. Suara tangisan Rania bagai menggigit tangkai jantungnya. Selama dia bekerja di rumah agam itu, tidak pernah Rania sesedih itu. Waktu putus ikatan dengan Farhan dulu pun, Rania tenang sahaja. Apa yang telah berlaku pada Rania? Dia mahu tahu apa punca yang menyebabkan Rania menangis sampai begitu rupa? Mak cik Rohaya beredar sekali lagi setelah diisyaratka

Open Tracker