Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rutin harianku

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja.  Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal. Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku: Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe. Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Ti

Manga (Komik Jepun) Mesej Cinta Di Tangan Kiri, Menghayun Sanubari

Semalam, aku bosan kat tempat kerja. Tiada kerja nak buat. Kerja sudah siap. aku sudah bosan untuk melayari internet. Aku sudah pun membaca majalah-majalah hiburan. Sudah habis baca. Bosan. Cari lagi bahan bacaan yang terdapat di tempat kerjaku. Yang bestnya, bos tak marah aku membaca dan mengonlinekan diri. Bos memang sempoi. Yang penting kita buat kerja dengan elok. Siap buat kerja, ikut suka la nak buat apa pun. Hehe~ Cari punya cari, ternampak manga (komik Jepun). Puisi Terpendek Di Dunia. Si anak bos kata dia punya. Dia beli beberapa buah tapi belum sempat baca.  Aku buka plastik yang membalut manga tersebut. Buka. Wah, sajak. Aku suka. Lukisan pula cantik. Wah. Sangat suka. Tapi, tetiba ada kerja, membantutkan niatku untuk membaca. Nak baca boleh tapi tak seronok sebab tak dapat nak tumpukan perhatian. Concentrate. Aku letak balik kat raknya. Masukkan kembali ke dalam plastiknya. Simpan. Hari ini, aku bosan-bosan. Tengok-tengok bahan yang boleh dibaca, aku terjuma lagi satu m

Today was An Amazing Day!

Kredit to Google. Tak sempat nak ambil gambar. 27 Februari 2014 Today was an amazing day! Alhamdu lillah walaupun tidak seberapa sihat, tetapi tetap ceria dan tenang. Hari ini aku menghayunkan langkah kaki ke agensi. Malam tadi, tidur lambat dan terjaga pukul 6 sampai la waktu yang patut aku bangun. Rumet pula malam tadi asyik terlanggar aku saja. Aku ni senang terjaga tetapi susah mahu tidur. Aku sampai sana awal. Lama juga tunggu. Awal pagi ni kenderaan suka memecut laju. Dah tau tak banyak kenderaan atas jalan. Tapi banyak juga sebab mereka ke tempat kerja. Mira sampai. Seperti biasa. Mesra. Suka dengan dia. Walaupun tak kenal tapi dia jenis happy go lucky. Sampai kenderaan. Naik. Ada sorang mamat cina kat belakang dan minah Melayu kat bahagian tengah. Borak dengan minah tu. Sekadar berbasa-basi. Kami pergi sampai ke Kuala Kedah. Kemudian, terus ke tempat yang dituju. Sepanjang perjalanan, cantik pemandangan sawah padi. Rakan-rakan sebelah pun rasa teruja tengok. Sebab cantik.

Anak Tudung Biasa Vs Anak Tudung Syria: Mana Satu Pilihan Terbaik

Anak tudung Syria Anak tudung biasa Aku rasa dah buat entri berkenaan cara pemakaian tudung yang selesa. Jap, nak selak-selak entri terdahulu. Entri tersebut boleh diluncur di sini, Tips Hijab Selesa, Cantik Menawan . Tadi, semasa aku ambil air sembahyang, Nurul, seorang rakan setempat kerja (syarikat lain-lain, tandas berkongsi), bertanya kepadaku, lebih kurang begini perbualan kami : Nurul: Kak Sha selesa ke pakai anak tudung Syria? Sha: Selesa. Nurul: Oh.. Sha:  Dulu Kak Sha pakai anak tudung biasa jugak. Tapi, sejak Kak Sha bertukar kepada anak tudung syria ni, dah tak balik kepada anak tudung biasa. Selesa sangat-sangat. Ya, sebab selesa aku masih menggunakan anak tudung syria sebagai alas kepada tudung yang aku sarung. Kelebihan anak tudung Syria: 1. Tidak longgar Anak tudung biasa, biasanya akan longgar atau ketat. Tapi anak tudung Syria ni pula, tidak longgar atau ketat. Sedang-sedang saja. 2. Terletak elok di kepala Masalah biasa anak tudung biasa ialah 'lari

Tips Cerah Kulit yang Murah dan Mudah

Buah pisang mempunyai banyak nutrien Nak tahu satu rahsia tak? Korang nak putih melepak secara murah dan mudah tak? Of course you want, i am right? (senyum). Kalau tak, tak kanlah laku dan laris produk-produk pencerah kulit. Nak jadi macam kulit orang Korea la, orang Jepun la.. Bagi aku, tak suka jenis pakai-pakai ni sebab cerah tak semua bahagiaan. Muka je cerah, tapi tangan hitam, wat pe? Tak nak. Tak best. Tak asli gitu. Jadi, aku lebih suka ambil yang boleh makan, cerah satu badan. Korang boleh baca kat sini Cerah Pakai Apa ni adalah entri aku yang terdahulu. Pisang, agen pencerah. Tak percaya? Ok, meh aku kongsi cerita. Bebaru ni, aku balik kampung setelah sebulan lebih tak menjejakkan kaki ke rumah ayah bonda. Aku pun beli buah tangan untuk dibawa pulang. Aku beli kerepek pisang. Aku tahu famili aku memang suka kerepek pisang pun. Aku beli yang kerepek pisang yang kosong. Kalau beli yang ada perisa, ada saja yang nak komen rasanya masin sangatlah, manis sangat l

Muka Berseri-Seri, Pakai Apa

Assalamualaikum. Aku teruja nak kongsi dengan korang review tentang produk yang aku pakai sekarang ni. Masa bulan Puasa bebaru ni, muka aku burn (sun burn ). Gila r, dah la boyfriend nak datang rumah tapi muka aku hitam legam, dengan jerawat lagi penuh muka. Ahaks, gediks je cakap Bf padahal sepupu jer pun! Hahaha~ Aku tak perasan yang kulit aku dah terbakar dek matahari sehinggalah seorang teman serumahku menegurku. Aku tanya dia, apa yang harus aku buat. Dia jawab, beli la sun block atau BB cream. BB cream Tak lama lepas tu, memang aku pergi kedai dan grab sun block dan BB cream. Sun block tu aku tak nak cerita sebab aku tak berapa suka, berminyak. Tapi aku suka dengan BB Cream. Aku beli BB Cream Safi. Best. Bau pun wangi. Tak melekit mahupun berminyak.Tapi harga mahal sikit la. RM23 kalau tak silap aku. Kecil saja, 20 gram dengan SPF30. soy collagen Nurbeutyline Ops, oleh sebab aku tak de mood nak menulis, aku copy paste saja twit aku kat sini. Korang bacalah

Menjaga Makanan Orang Demam Campak dalam Rutin Harianku

Assalamualaikum... Entri tips, peribadi dan rutin harian. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. Jom baca. Pepagi kemas rumah. Kalau pagi atau siang susah la untuk aku buka laptop ni sebab anak-anak sangat nakal dan main macam-macam. Malam-malam baru boleh buka laptop sebab diorang dah kurang aktif. Sarapan memang aku tak sediakan. Kakak yang akan sediakan. Aku pun suka juga skip breakfast ni.. Haha~ Jangan contohi, tak baik tu. Aku akan masak seperti mana yang diarahkan. Hehe~ Bukan kena arah-arah tapi kan aku ni menjaga orang sakit, maka makanan untuk orang sakit kena la buat. Satu lagi, demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Tapi ada la satu hari tu aku goreng cendawan, buat sayur. Orang yang kena campak tu risau giler. Haha~ kejap jer masak goreng sayur cendawan tu. Lepas kejadian tu, aku dah tak goreng dah.

Demam Campak: Hari-Hari Makan Sup, Bosannya!

Assalamualaikum... Entri peribadi dan rutin harianku. Untuk pengetahuan korang yang belum tahu, aku berada di Melaka sejak 3hb Julai. Ini semua kerana kakakku, Ramziah memerlukan bantuan aku. Anak lelakinya demam campak. Kakak pun tak dapat cuti banyak hari. Pengetua sekolah dia pula gila sikit. Sekolah menengah biasa tapi dia nak buat macam sekolah berasrama penuh yang mana kelas tambahan untuk tingkatan 1-5. Kalau sekolah biasa, hanya tingkatan yang akan mengambil peperiksaan besar sahaja diadakan kelas tambahan seperti tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 5 (SPM).

Mood Blogging Aku Dah Makin Turun

Assalamualaikum... Aku dah rasa hilang keseronokan dalam berblog ni.. Kenapa? Sebab aku agak sibuk dan line internet pun buat hal. Line banyak tapi lembab giler bila nak connect tu. Hish, memang bikin baran jer. Wakaka~ Aku sibuk? Tak ada la nak sibuk apa sangat. Cuma bila tiga hari berturut-turut ada je tetamu datang rumah, mengganggu rutin harian aku yang menghadap lappy di ruang tamu. Hehe~

Terharu Empat Kali Hari Ni, TQ Korang =)

Assalamualaikum... Aku demam hari ni. Wahaha~ itu la balasan tak jaga kesihatan diri. Tapi aku kena buat jugak entri ni dan entri-entri selepas ni. Kenapa? Kerana nanti not the correct time dan rasanya aku tidak lagi boleh ber on- line 24/7 like this again. Rutin harianku yang selama ni, selepas berhenti kerja adalah on line jer. Buka facebook dan blog ni. Kemudian, BW dan baca je. Itu jer kerja aku.

Kisah Hari Ini

 Assalamualaikum... Entri ini tiada apa sangat. Sebuah entri peribadi. Aku kurang sihat bermula dari awal pagi ini membawa ke saat ini. Lemah sahaja rasa seluruh anggota. Namun, aku kuatkan jugak untuk bangun, bersihkan diri dan pergi beli makan. Ikutkan badan, mahu sahaja berselubung di katil. Namun kehidupan di  kolej kediaman yang bising dan ada saja orang keluar masuk bilik, membuatkan aku membatalkan saja niat itu. Kalau tidur aku terganggu pun tiada guna juga. Lagi rasa sakit jer, tambah sakit hati. Maka hari ini, aku berhubung dengan adik-beradikku. Mesej dengan Kak Jag dan Abang Syarif. Kak Ziah call aku. Lama jugak berborak. Happy. Ada sorang kawan ku mesej aku. Saja ja tanya khabar.

Kesibukan Mengejarku..

Assalamualaikum... Aku baru balik dari majlis Marhaban  di rumah tuan Haji Ghazali di Changlun, Kedah. Sampai je kolej, ada perhimpunan sebab ada fire drill malam ni. Tapi, aku call rumet kesayanganku, Anis. Dia kata tak payah pergi un tak per, sebab aku dah lambat dan boleh balik bilik. Kemudian, aku basuh baju. Seorang ahli jawatan kuasa datang tanya ada tak nampak orang balik bilik. Aku kata tak nampak sebab aku memang basuh baju. Tak dengar suara sesiapa pun.. Kemudian dia nak ugut aku. Ewah, macam la besar sangat jawatan tu. Lagipun, aku dah bagitau kat Anis yang merangkap (eh, jawatan apa eh, aku pun dah terlupa..) program ni.

Kenapa Tak Up Date Blog?

Assalamualaikum... Perasan tak aku dah kurang up date blog sehari dua ni? Tak perasan? Aiseh, malu den.. Tak pe la, perasan ke tak, nak cakap jugak yang aku dah kurang up date blog? Sebab apa? Merajuk? Ui, tak la sampai macam tu. Aku apply kerja part time.. Siang kerja, malam dah letih.. Cek blog jer.. Up date satu dua. Lepas tu, lepak tengok cerita movie and drama bersiri.. Minta maaf la kepada yang dah follow aku tapi aku tak sempat nak follow balik. Aku rasa dah nak slow sikit promote blog sebab aku nak blog dan entri aku dibaca, dikomen, bukannya setakat ramai follower tapi tak de komen pun.. Tak guna jugak. Apa kata korang komen entri aku.. Baru la aku rajin nak follow korang. Kalau tak, malas dah.. Itu jer untuk kali ni. Aku ada kelas malam ni, pukul 8.30 malam. Aku baru balik kerja, tak mandi lagi, tak solat lagi. Tengah makan. Then kena rush ke kelas. Jumpa nanti malam, aku singgah ke blog korang, k insya-ALLAH. Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anyth

Mana Entri Luahan Sanubari?

Assalamualaikum... Mesti ada yang tertanya-tanya ke mana la entri yang aku sendiri dan penangannya? Minta maaf yer kawan-kawan yang menatap blog ini, belum muncul kembali entri yang bagus dan luahan diriku. Kenapa?  Aku demam bebaru ni- wah, tak larat nak bangun kot. Tapi ku gagahi diri jua. Chewah, macam la teruk sangat, kan?  

Evolusi Sarapan Malaysia??

Assalamualaikum... Mengikut evolusi sarapan, McDonald Malaysia turut juga menyediakan sarapan Family Breakkfast Box. Foto: Wan Shahara Ghazali Oleh Wan Shahara Ahmad Ghazali KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Sedar atau tidak, di Malaysia, jenis makanan dan cara pemakanan mengalami perubahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk juga perkara lain dalam kehidupan. Apabila bercakap mengenai sarapan, selalunya jenis pekerjaan akan menentukan apa yang kita makan. Sebelum merdeka, kebanyakan rakyat Malaysia mencari rezeki dengan melakukan kerja-kerja berat di bawah sinaran matahari seperti petani, pesawah, pelombong dan nelayan. Sesuai dengan keperluan tenaga yang diperlukan untuk kerja-kerja berat ketika itu, bentuk sarapan biasanya berasaskan beras seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi gulai kawah dan lontong. Kaum wanita ketika itu hanya berpeluang menjadi surirumah yang menguruskan segala urusan berkaitan rumah tangga termasuk memastikan kediaman selesa, mem

Open Tracker