Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel persahabatan...blogging

Selamat Berbahagia dan Masih Ingat Lagi Rupanya

Pada 5 April 2014, aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan teman serumah, Ila. Rumahnya terletak di Yan, Kedah. Lebih tepat lagi, Kampung Rendang Pasir, Yan. Aku tak pernah sampai ke rumahnya. Terujanya aku bila tahu rumahnya berdekatan dengan Gunung Jerai. Belakang tu, Gunung Jerai. Dekat saja. Sebenarnya, aku sudah hampir lupa kerana sibuk bekerja. Mujur ada yang ingatkan. Dan mujur juga bos aku memahami. Kalau dia tak bagi cuti pun, aku akan ambil cuti juga. Ye la, kawan sendiri kahwin tapi tak pergi. Takkan tak pergi? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang nak datang, haa, baru padan muka. Hehe~ Kami pergi bertiga. Aku, Syaza dan Din. Sebenarnya, Ida dan Kak CT pun nak pi tapi terpaksa batalkan hasrat kerana ada hal lain yang penting. Kami tak tahu jalan ke sana. Tapi Din tu pura-pura tak tahu! Huh, kuat menyakat dan mengusik! Ila sedang sibuk bergambar.  Tengok kameranya tu. Cayalah, bro.. Alhamdu lillah, berpandukan kad jemputan, akhirnya sampai ke rumah kend

Review Blog Oleh Pakar Blogger, Terima Kasih Sudi Bagi Respons

Aku ada terjumpa blog yang aku rasa baru dibina tetapi isinya mantap. Aku rasa blog ini dimiliki oleh blogger yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang blog. Kalau tidak, masakan beliau mempunyai pengetahuan dan ilmu blog yang luas. Terima kasih sudi jawab soalan Sha dan beri penerangan yang jelas. Bolehlah terjah ke blog beliau ikut link di bawah ini: cara mudah dapat duit Ada sesiapa sudi review blog aku lagi tak?

Tips Petua Meningkatkan Trafik Blog Untuk CPUV Iklan Nuffnang

Pertanyaan ini dari entri Rahsia Makna CPUV Nuffnang Dapat Tiga Iklan Sudah lama rasanya aku tidak menulis bab ilmu blogging ini. Apa yang ada, simpan dalam dada dan kepala. Sebab sudah hadam dan faham sangat dengan dunia blog Malaysia. Tapi, bebaru ini, aku ada mendapat satu soalan yang mana aku kira, aku perlu menjawabnya. Ilmu yang bermanfaat adalah elok untuk dikongsi. Sebenarnya, telah banyak entri yang aku buat berkenaan cara meningkatkan trafik blog dan ramai juga blogger lain yang turut sama membuat entri yang memberi tips tersebut. Untuk ke link tips blog yang aku kongsikan, korang boleh klik sini, Tips Blog . Tips Cara Nak Dapat Tambah Duit dalam Akaun Nuffnang 19 tips Mudah Jana trafik Blog Korang boleh godek-godek lagi entri kat dalam tu. Macam-macam ada. Terbaik punya. Tapi sekarang ini, aku cuma nak kongsikan petua tips nak dapatkan iklan CPUV yang aku rasa pihak Nuffnang tengok. Trafik UV (unique views) korang mestilah cecah 100 setiap hari. Kekalkan trafik unik seba

Ariff Shah Kahwin Hari Ini, Tahniah

Blogger terkenal, Ariff Shah telah selamat diakadnikah dengan wanita pilihannya, Nur Zalikha Terrungkailah kini siapa yang bertahta di hati Ariff. Kalau korang nak tahu, ramai jugak trafik yang masuk ke blog aku atas carian, 'Tunang Ariff Shah' dan 'Ariff Shah bertunang.' Mari kita tengok video akad nikah mereka. Kalau korang ada instagram, boleh tengok kat sini, ada linknya. http://instagram.com/p/iNZjtWKGKO/ Semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal hingga ke syurga. Gambar diambil dari Bro Framestone tapi dalam facebook Ariff.

Kad Kreatif Raya + Merdeka yang Cantik

Assalamualaikum. Pada raya kali ini, eh, selamat hari raya dan salam merdeka (tak terlambat lagi rasanya nak ucapkan). Entri kali ini, entri bercerita ye, ada kronologi lagi. Ok, sambung balik, pada raya kali ini, beberapa orang blogger telah meng'IM' dan meminta alamatku untuk dihantar kad raya. Sungguhlah rasa terharu ada juga blogger yang ingat pada aku, blogger yang suam-suam kuku ni dan tahun ni dah kurang aktif  berblog dah. Ada juga bebudak group yang aku pernah jaga admin, minta alamat. Tapi malas nak kasi sebab takut tak terbalas. Bagi alamat kat bloggers ni sebab rasa kesian pula, orang dah minta, tak kasi pula. Kalau budak group okay lagi la, tak la rapat mana. Macam chipsmore. Tapi kalau bloggers, lain. Kalau dah menghilang, dah susah nak pujuk balik. Hehe~ Aku pun memang cadang nak balas balik pun pada diorang tapi hari-hari masih duk cari-cari masa nak lari jap cari kad raya tapi masih tak dapat keluar. Ada keluar pun kadang kala tak sempat

Aku Offline Sebenarnya.

Assalamualaikum. Aku tak on line lama ni. Aku lebih banyak guna handphone sahaja. jadi blog korang kena la mesra handphone k. Sila lihat setting ye. Blog aku memang mesra hp, ipad pun. Sila cek, k. Terima kasih sokong aku.

Persahabatan Blogger, Murni ke Sampah?

Assalamualaikum. Kalau berbicara pasal perangai blogger, memang banyak isunya.. Selama aku dalam bidang ni walaupun tak lama, baru tiga tahun tapi setahun yang lalu baru aku aktif dan kenal apa itu erti blogging yang sebenar, banyak yang aku jumpa. Persahabatan Kalau berbicara pasal persahabatan, ya ada yang bagus tu memang akan menjalinkan persahabatan yang murni. Aku pun pernah rasa, oh indahnya persahabatan blogging . Aku sebut pernah rasa kerana sekarang ini mereka sibuk berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan, maknanya ramai kawan-kawan yang aku kenal dari blog dah tak aktif berblog malah ada yang delete blog tapi hubungan baik dan akrab aku dengan mereka tetap terjalin (diteruskan dengan fb pula). Malah mereka adalah antara teman rapat aku sampai boleh kongsi rasa dan rahsia. Bila ada masalah jer, cari. Antaranya bebudak Sintokkian yang ramai - malas nak sebut satu-satu, Wawan Sabah, Pilot Huzairul, Bubu, Wan Mejuez, Henry Zackery, Acik Izahar dan ramai lagi. Ter

Comelnya Anak Sulung Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum. Rasanya ramai tahu yang blogger otai super hot, Ben Ashaari dah dapat anak. Aku tahu isterinya mengandung tapi tak tau pula anak ke berapa. Rerupanya anak sulungnya. Patutlah caring lebih. Pernah pula si baby tu berhenti jap bergerak dalam kandungan membuatkan Abg Ben dan isteri agak panik dan takut. Bila pergi ke klinik, bergerak pula. Saja je nak takutkan abi dan uminya. Hehe, nakal. Lebih 4 jam tunggu, semua bilik operation penuh kat Hospital Putrajaya. Nak masuk labor room penuh pulak. Isteri blogger tersebut ada kes sikit, tu yang kena masuk operation room. Alhamdu lillah, 2hb April 2012 -tarikh lahirnya. Anaknya 4kg. Lelaki. Hah, 4kg? Jenuh tu nak beranak. Semangat kata orang tua-tua. Comel babynya. Bapaknya pun hensem, ibunya pasti cantik punyalah, orang Kelantan kan? Aku tak ikut sangat pasal Ben ni. Aku cuma tahu sikit-sikit je. Okay la tu, tahu juga sampai boleh cerita balik kat korang kan? Kakak kepada si dia pun baru dapat baby perempuan hari

Apa Yang Orang Suka, Itu Kita Buat

Assalamualaikum.   Pabila ku buka mata, ku nampak kamu. pabila ku pandang ke langit, aku nampak kamu pabila aku mendengar radio, aku dengar suaramu pabila aku menonton tv, aku tonton dirimu. Kamu, kamu, kamu.. di mana sahaja, ada kamu boleh tak kamu berhenti mengekori aku? aku tak inginkan dirimu aku ingin jauh dari kamu. Lagu yang orang baru a.k.a pendatang baru buat mestilah dekat di hati pendengar. Maksudnya, sama keadaannya dengan kebanyakan orang lain. Contohnya lagu yang meletups ialah Cari Jodoh-Wali Band dan Cinta Muka Buku by Najwa latif. Lagu-lagu ada kena mengena dengan orang lain. Ingat nak kena buat macam ni juga la kerana formula sudah jumpa. Kaji khalayak. Suka lagu yang ada kena mengena dengan diri mereka dan seni kata yang tersusun dan sama rimanya seperti lagu, Aku Maafkan Kamu . Ingat nak buat vlog macam AnwarHadi dan Matlufthi90. Tapi banyak benda kena belajar. Tempat kena sesuai. Suara kena kuat. Idea kena mantap. Buka tempat nak tulis, idea

Menyampah dengan Blogger yang Perasan Bagus

Assalamualaikum. Korang tahu tak yang blog aku sedang menjalankan segment Kenangan Persahabatan Masa Sekolah Rendah. Boleh join lagi sebelum 29 Februari 2012. Cerita je pasal kehidupan korang masa sekolah rendah dan kawan korang. Contohnya: Pada suatu hari, aku tak ada duit nak makan. Kawan aku, Ali kasi duit belanjanya untuk aku makan. Terharu. Kami sama-sama panjat pokok rambutan masa balik sekolah. Senang je kan?  Promosi segment Nak buat segment mahupun kontest kena rajin blogwalking (BW). Ya, aku dah buat tu. Malam awal, tidur pukul 2. Malam semalam 4 pagi, semata-mata nak promosikan segment tu.  Bukan aku duk promosi sangat pun (kantoi. Lalala~). Ada hal lain juga yang dibuat. Layan filem kat tv dulu. Makan. Lipat baju. Berfacebooking dengan bincang isu-isu hangat. Bergayut telefon sejam dua sampai tak tau nak cakap apa dah (tapi tak jemu). Hahaha~ Tujuan aku buat segment sebab rasa bosan je asyik muka sama je duk lawat melawat blog. Kalau buat segment, aku akan lebi

Rahsia Top Blogger Otai

Assalamualaikum. Korang kenal tak Fatin Liyana , Lyssa Faizureen , Yuyu Zulaikha, Hanis Zulaikha, Ben Ashaari , Ariff Shah , Eqbal Zack, Just Khai ( yang memiliki rangkaian Oh,…! Oh, tidak! Oh, Media! dan lain-lain ), Siti Badliah, Dunia Sebelah Zara, Nisa Menaip ? Sekadar memetik beberapa nama blogger hebat yang menulis perihal peribadi. (Kalau blogger SEO, terlalu ramai. Blogger hiburan pun ramai juga, sama seperti blogger agama. Semua itu susah nak ukur kejayaan mereka kerana trafik banyak mungkin disebabkan carian dalam SEO). Dunia Sesawangku, Ijam Nizam, Jer Azhar , Anif Abdullah (AA), Aynie, Mizmarmalade , korang kenal tak? Tak ramai yang kenal sebab mereka hanyalah kawan-kawan sekampusku dan merupakan blogger meningkat naik. Apa rahsianya mereka yang top top ini terus mendapat tempat di hati ‘pengusaha blog’? ( boleh pula cakap blogger sebagai pengusaha blog? Hentam sahaja Labu.. Haha~ ) 1. Aura Setiap daripada kita mempunyai aura sama ada aura positif mahupun nega

Nak Tau Tak, Inilah Sebenarnya..

Assalamualaikum. Sebenarnya, aku lama doe tak on line. Aku on line pun pada 24 Jan 2012 selepas aku tinggalkan dunia mayaku yang penuh carca merba pada 29 Disember 2011. Aku on line pun jap-jap saja. Hari ini pun, aku on line sebentar cuma. Walaupun aku tak on line selama tarikh tu, terima kasih kerana masih sudi singgah di blogku. Aku ada buat entri autopublish, jadi mungkin ada yang tak perasaan aku off line sebenarnya. Alhamdulillah, hampir semua aku sudah jejak balik komen yang ditinggalkan. Ada juga yang aku jumpa tak sediakan profil blognya, jadi aku tak boleh nak jejak dia balik. Aku jenis tak kisah bab nak komen, aku suka komen balik. tapi masalahnya tapak blog aku ini tak berapa kuat lor. Aku dah komen, tetiba hilang macam tu jer. Kadang-kadang masuk ruangan spam. Sumpah, aku bukannya spammer. Aku dah tak tau nak buat apa lagi nak betulkan keadaan tu. Kesian, kan kat aku.. Terima kasih juga kepada mereka yang menjadi follower blog ini walaupun tak nampak aku on line. T

Tips Elak Dari Kena Hack

Gambar ni bukti aku kena hack. Assalamualaikum. Dah lama aku ingin kongsikan apa yang aku tahu pasal elakkan diri dari hack. Ku pendamkah hasrat itu kerana rasakan semua orang dah tahu. Tapi perkara ini menjadi sebaliknya apabila aku kena hack , ada yang bertanya apakah tips untuk elakkannya. Mungkin akan kata apa yang aku tahu pasal hack, sebab aku pun terkena? Aku terkena perangkap si hacker bukan kerana kelemahan yang ada tapi kalau dah terkena phising , tak ada siapa boleh elak dari dihack. Anda faham tak? Phising tu boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Contohnya kita seekor ikan, kita masuk ke laluan air sehala yang hujungnya ada jala. Kita tak dapat nak lari ke mana. Cara yang lain, malware mengintip apa yang kita buat. Ada juga jenis virus apa ya, aku tak ingat namanya. Ia akan ikut apa yang kita buat. Contohnya, kita buat password baru, dia dapat tau. Diorang ada copy automatic satu. Perkara ni pernah menimpa seorang blogger popular. TIPS ELAK KENA HACK 1

Tak Sangka Ada yang Ternanti-nanti

Assalamualaikum.  Serius, aku tak sangka pula ada orang suka baca blog aku terutamanya untuk belajar sesuatu dan ternanti-nantikan sambungannya. Korang boleh tengok kat tips blog , Korea , Bahasa Thai , Tutorial dan lain-lain. Kat situ, aku dah sediakan kelas terapi terbaik eh bukan kelas tapi apa yang korang nak tahu tentang tips blog, Korea, Bahasa Thai dan bermacamlah lagi yang aku sumbat pada menu tab atas blog ni. Silalah check sendiri. Terima kasih, semoga blog aku bermanfaat kepada semua. Bajet je blog ni ada berita dan tips pelbagai. Haha~ Meh lihat sini blog yang paling menarik perhatian , ada blogger yang memang menanti-nantikan sambungan bahasa asing yang aku usahakan. Ingatkan tak de sape baca dan nak belajar, tu yang malas nak buat. Hehe~ Kesimpulannya, korang taburlah ilmu sebab ianya akan menjadi sesuatu yang amat berguna kepada orang lain. Tinggalkan ilmu yang kita ada dalam bentuk penulisan supaya ada orang boleh belajar. *Terbayang sawah padi emas ni. Hu

Open Tracker