Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Wanita

Gangguan Seksual di Tempat Kerj, Bergurau Tidak Kena Tempat

Gangguan Seksual Gangguan seksual di tempat kerja, bergurau tidak kena tempat. Bukan hanya lelaki yang membuat kesalahan ini kepada wanita. Tetapi ianya juga tertakluk kepada wanita juga yang boleh menjadi seorang pesalahlaku. Gangguan seksual dikira apabila cubaan merapati orang lain secara seksual yang mana menyebabkan seseorang rasa terancam, terugut yang melibatkan maruahnya secara seorang yang waras. Perlakuan ini termasuklah secara lisan atau body language, sama ada di tempat kerja mahupun di luar dan juga semasa waktu kerja atau tidak yang mana boleh mencemarkan nama pegawai. Oh ya, bukan Sha yang terkena gangguan seksual ini. Sha cuma menyampaikan ilmu sahaja. Kadang-kadang ada yang tidak tahu, dan mencari melalui google. Kan? Silalah mengaku. Terima kasih singgah sini

Safety pin dijual mahal oleh Duck Scavers

safety pin dari Duck Scaves Viral: Safety pin dijual mahal oleh Duck Scavers. Biasanya kita beli RM2 tapi dijual RM10. Lain2 barang pun mahal. Tapi Sha memang minat itik. Sebab tu la pakai handbag dan purse jenama CR2. Itik tau.. Comel. Nak beli Duck Scavers belum mampu. Tapi sape mampu beli je la. Kepuasan memakai, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Terima kasih singgah sini

Pengalaman Bersalin Sha di Hospital Angkatan Tentera

Baby Sha, hari kedua lahir Sha nak cerita pasal pengalaman bersalin. Sebenarnya memang dah lama nak cerita, sejak Sha lalui pengalaman tersebut. Namun, rasa nantilah, nanti lah, nak ambil feels dulu. Nak penceritaan yang menarik dan best. Sebab cerita ini ada sesuatu. Dan ada juga rasa patah hati pada orang yang merendah-rendahkan kita. Ye la, kita bersalin kat hospital kerajaan. Dia bersalin kat hospital swasta, berbayar RM10 ribu, k. Ko hado? Nan hado.. Hihi. Sha tunggu suasana redha dulu baru nak cerita. Selain itu, faktor yang Sha nak cerita juga sebab bebaru ni, Sha dah terlupa nama Brig Jen Dato' Lecmi.. Aduh. Sha risau terlupa semua nanti. It's very precious moment that u cant forget. But, if i am forget, how terrible my memory. That's why i want to jot down  here and elaborate then. Okay. Sebelum itu, korang boleh baca dulu sebab kenapa Sha nak bersalin di Hospital Angkatan Tentera. dan pengalaman buat check up di hospital tersebut . Sha masukkan apa

Resipi Kek Pisang Yang Mudah, Sedap dan Lazat Tanpa Telur

Aku memang sukakan kek pisang semenjak kecil lagi. Kantin sekolah yang menjadi mangsaku untuk mendapatkan kek pisang. Kek pisang dengan aromanya yang memikat tidak pernah tidak untuk menggoda aku menjamahnya. Namun, kebelakangan ini, aku mendapat alergik yang mana tidak boleh makan telur padahal kek pisang adalah kegemaranku. Akhirnya, aku temui jua kek pisang tanpa telur yang paling mudah, sedap dan lazat.  Hujung minggu baru ini, aku ada terbaca resipi kek pisang. Aku cuba buat walaupun baru semalam dan malam tadi makan kek pisang. Ya, keknya masih ada ada beg plastik. Namun, dek kerana bahan-bahan semua ada aku usahakan juga. Pisang berangan tiga biji yang sudah layu itu ada juga manfaatnya. Ingatkan nak buat cekodok pisang sahaja. Cukuplah pisang tiga biji untuk aku seorang. Suamiku katanya kurang minat dengan kek pisang apabila aku agah dia dengan makanan tersebut malam tadi. Bila dah lecek pisang, eh, pisang ni cuma cukup untuk satu cawan sahaja. Tapi, aku iku

Fungsi Innershine Pati Prun Mencantikkan Diri, Berseri-seri

Fungsi Innershine Pati Prun dengan campuran Camu-camu membuatkan seluruh badan anda berseri-seri dan kekal menawan. Innershine, siapa yang belum kenal? Rasanya kalau tengok tv, memang sentiasa ada iklan innershine. Pengalaman sendiri pernah dan memang tahu akan kewujudan Innershine. Teringin nak guna tapi masa tu masih bergelar pelajar. Faham-faham sajalah bila bergelar pelajar ni, nak makan pun kena jimat, apatah lagi nak beli benda yang 'merapu' macam ni. Memang tak lah. Sadis tak? Hahaha. Lepas tu, tengok kawan sendiri makan Innershine untuk muka dan Innershine Beri untuk mata. Kawan yang lain perli, lepas ni mata berseri-seri lah. Hahaha. Mulai hari itu, bertekad dalam hati, nanti bila dah kerja, nak guna Innershine. Bila dah bekerja, duit kurang cukup untuk membeli innershine. Banyak lagi keperluan dan kehendak yang perlu didahulukan dan juga menabung. Bila dah tukar kerja ke Kuala Lumpur, duit banyak sikit, baru teringat balik impian nak pakai Innershine.

Tips Beli Baju Pengantin

Tips Beli Baju Pengantin anda mestilah mementingkan perkara yang disebutkan di bawah ini: 1.      B ajet 2.        Kos tambahan – kasut, veil, tudung, kerongsang, barang kemas 3.        Bawa seorang untuk memberi pendapat 4.        Pakaian ke butik pengantin –kasual, coli yang sesuai dan tanpa mekap 5.        Beli terlalu awal atau lewat – Awal: ada benda nak ubah lagi Lewat- tak sempat nak beli, dah ada orang lain ambil dulu 6.        Penyelidikan – tempat majlis, tengok gambar, apa yang sesuai untuk anda: suka yang banyak perincian atau senang tanggal dari yang serabut 7.        Cuba banyak pilihan warna 8.        Saiz yang tepat : pilih pakaian yang sesuai sekarang 9.        Cuba pakai, duduk dalam baju –korset yang menyekat, punggung ketat dan tidak selesa 10.    Beli pakaian yang anda suka lebih daripada yang lain – baju impian anda kerana majlis perkahwinan hanyalah sekali sahaja

Awek Blogger Cantik dan Hensem Kacak Bergaya.

Ramai yang mencari akan blogger perempuan yakni awek cantik dan lelaki hensem kacak bergaya. Biasalah bila kita ada rupa, ramai yang akan tertarik, menarik dan kau memang da bomb. Itu memang lumrah. Gambar Fatin Liyana ini menjadi ikutan gaya bergambar. Pada pendapat aku, blogger awek cantik jatuh kepada Fatin Liyana . Walaupun dengar-dengar dia sudah mahu menamatkan musim bunga, eh maksud aku, zaman bujangnya, tetapi dia memang benar-benar cantik. Aku suka tengok. Taste aku. Cantik macam itu. Putih melepak. Dia pula pakej. Dah la pandai, datang dari famili kaya, cantik pula tu. Pakej beb, beruntung. Dia padamkan entri pun dah jadi isu dalam dunia blogger. Orang cantik dan berpengaruh lah katakan. Zarul Umbrella yang kacak Blogger lelaki hensem kacak bergaya pula jatuh kepada er, siapakah gerangannya ya? Jap, nak fikir. Oh ya, pada aku, taste aku, Zarul Umbrella la. Hensem. Ketua Pramugara Malaysia Airline. Kacak. Bergaya. Wak Doyok? Er, Wak Doyok bukan blogger. Dah tu,

Review Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best

Produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar yang Best Hari ini aku baru membeli salah satu produk Freeman: Polishing Mask: Charcoal and Black Sugar (jenama Freeman, Topeng Gilap yang ada Arang dan Gula Hitam) di Watson dengan harga RM16.07. Promosi ke apa, aku pun tak tahu. Tapi bila tengok internet harganya memang murah.  Mula-mula aku beli ingatkan mask yang boleh tarik-tarik tu, yang melekat kuat kat muka, jenama Sheshido.Okay, aku dah salah produk. Produk yang aku nak beli tu ada di Kedai Avon, harga RM19.00. Macam nak menyesal dah salah beli. Tapi, wow benda lain. Namun, aku sangat sukakan hasilnya! Jenama Freeman. Tengoklah kandungannya. Cara gunanya mudah sahaja. Picitkan sedikit gel tersebut ke tapak tangan, sapukan ke muka. Biarkan sehingga lima ke tujuh minit.Kemudian, gosokkan mask tersebut selama seminit hingga dua minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Ingat, air suam tau. Jangan guna air biasa atau air sejuk. Kang tersumbat pula pori-por

Dah Berpunya Tapi Masih Mahukan Orang Lain

Setiap insan mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat Kisah ini berlaku kepada temanku. Aku namakan dia sebagai Ain (bukan nama sebenar), berumur 23 tahun. Orangnya cantik dan berkulit cerah. Dia telah mempunyai tunang. Tetapi tunangnya mengabaikannya lantaran jarak yang memisahkan. Zaman kecanggihan teknologi sekarang, sudah memudahkan kita berhubung. Tetapi tunangnya seperti tidak mahu berhubung. Ain kesunyian. Dalam masa yang sama, seorang kenalannya bernama Wan (juga bukan nama sebenar) mengakui menyukai Ain setelah dimiliki orang. Hati perempuan bagai kerak nasi . Wan memujuk Ain untuk menerimanya. Tetapi dalam pada masa yang sama dia juga sudah bertunang. Sekarang ini, Ain dan Wan mempunyai skandal. Tiap-tiap hari keluar dating . Tunangnya Wan mengetahui hal ini. Tetapi Wan marah tunangnya. Katanya, jangan kata apa-apa (tentang skandalnya) kerana dia berhak untuk berkahwin empat. Atau dia tinggalkan saja tunangnya! Sekarang ini, si Ain pun Wan mahu, si tunangnya pu

Anak Tudung Biasa Vs Anak Tudung Syria: Mana Satu Pilihan Terbaik

Anak tudung Syria Anak tudung biasa Aku rasa dah buat entri berkenaan cara pemakaian tudung yang selesa. Jap, nak selak-selak entri terdahulu. Entri tersebut boleh diluncur di sini, Tips Hijab Selesa, Cantik Menawan . Tadi, semasa aku ambil air sembahyang, Nurul, seorang rakan setempat kerja (syarikat lain-lain, tandas berkongsi), bertanya kepadaku, lebih kurang begini perbualan kami : Nurul: Kak Sha selesa ke pakai anak tudung Syria? Sha: Selesa. Nurul: Oh.. Sha:  Dulu Kak Sha pakai anak tudung biasa jugak. Tapi, sejak Kak Sha bertukar kepada anak tudung syria ni, dah tak balik kepada anak tudung biasa. Selesa sangat-sangat. Ya, sebab selesa aku masih menggunakan anak tudung syria sebagai alas kepada tudung yang aku sarung. Kelebihan anak tudung Syria: 1. Tidak longgar Anak tudung biasa, biasanya akan longgar atau ketat. Tapi anak tudung Syria ni pula, tidak longgar atau ketat. Sedang-sedang saja. 2. Terletak elok di kepala Masalah biasa anak tudung biasa ialah 'lari

Lelaki Pantang Tengok Perempuan Cantik

Lelaki memang pantang kan tengok perempuan berhias cantik. Mula la nak lembut lutut. Mata mula mengusha. Otak duk fikir apa cara nak dapat perempuan tersebut. Kan, kan, kan? Wahai perempuan, jangan dilayan sangat godaan lelaki. Bukan semuanya baik. Ramai lelaki yang hidung belang. Nak disayangi? Cantikkan diri. Orang perempuan suka cantik-cantik manakala orang lelaki suka perempuan cantik. Jaga-jaga ada yang memerhati. Hahaha.

Cerita Pengalaman Pengasuh Taska Permata Harapan yang Kejam Pada Kanak-kanak

Ini adalah kisah benar seperti yang adik-adik aku ceritakan. Adik-adik aku (dua orang kerja serentak) pernah kerja taska atau nurseri jugak. Cerita pasal susu dan pampers tu sama. Diorang kata, pekerja sana ambik makanan yang parents budak-budak tu bekalkan utk anak mereka. Pagi-pagi, meluru mereka periksa beg bu dak-budak tu sebab nak ambik makanan dan makan depan budak-budak tu. Korang bayangkanlah, pekerja makan buah epal dan mee goreng hak budak-budak tu tayang depan mata. Zalim! Ya ALLAH,  mak bapak diorang bagi bekalan supaya anak-anaknya tak lapar tapi pekerja pulak yang ambil. Bila budak-budak tu lapar, nak makan apa? Kesian sangat tengok budak-budak lapar. Adik-adik aku tak ambil. Tapi tolong blikan makanan kat luar utk budak-budak tu. Budak-budak suka dan sayang pada diorang. Adik-adik aku pun kerja tak lama. Tak tahan tengok penderitaan yang kanak-kanak terpaksa tanggung. Kasihan. Tapi, adik-adik aku keluar, bagaimana pula nasib budak-budak tu? Pasti lagi teruk seb

Tips Hijab Selesa, Cantik Menawan

Bertudung biar selesa, baru hidup pun ceria! Tips dan petua berguna untuk anda yang berhijab. Mungkin selama ini korang bertudung tapi tetap tak selesa. Aha, di sini ada sedikit panduan untuk anda. Check in out! Assalamualaikum. Hari ini aku nak kongsikan cara mudah dan selesa menggunakan tudung. Maksud aku, ada tips mudah bagi mereka yang berhijab dengan selesa. Iya, ada yang masih baru nak berjinak-jinak pakai tudung atau selendang tu, bolehlah korang ikuti tips aku yang sangat berguna ini. Pemilihan jenis material tudung Terdapat tiga jenis umum tudung: a. Tudung siap (Ariani dan Syria)- sifon dan lycra b. Tudung bawal (empat segi) - kapas c. Selendang Ada beberapa jenis material tudung yang popular untuk tahun 2013 dan 2014. Antaranya ialah lycra (kainnya seperti jersi), sifon (nipis dan jarang. Mudah termeri-pecah-pecah), cotton campuran (kain kapas campuran getah. Agak melekat ikut tubuh) dan bawal (kain kapas. Bawal pun banyak jenis -bawal nombor satu, bawal

Makanan Orang Perempuan Ibu Bersalin

Ibu sihat, bayi ceria Ibu bersalin memerlukan penjagaan rapi terutamanya dari segi makanan untuk mempercepatkan luka kembali sembuh. Bayangkan jari terluka kena pisau pun kita pantang juga makan, inikan pula bersalin seperti mengeluarkan daging dari dalam perut. Mestilah penjagaannya perlu rapi. Wanita bersalin perlu menjaga makan terutamanya makanan sejuk dan berangin. Makanan yang elok diambil pula adalah yang mempercepatkan luka seperti ikan haruan. Air pula kena minum air masak suam. Makanan yang harus dielakkan ibu bersalin: 1. Kicap - boleh kancing gigi (sawan) 2. Labu -angin 3. Petola -angin dan sakit badan 4. Buah Langsat, Dokong -sakit urat Mee dan Laksa Utara mesti dielakkan sampai setahun. Mungkin cara kita berbeza mengikut kaum famili masing-masing. Ada yang cakap ini boleh makan, ada yang cakap ini tak boleh makan. Terpulanglah. Ikutkan cakap orang tua-tua kerana mereka lebih tahu dari kita. Lagipun kita sama keturunan, sama darah.

Petua Untuk Elak Bau Peluh

Assalamualaikum. Korang kuat peluh? Lepas tu, badan berbau? Aku ada sedikit tips nak kongsi. 1. Mandi kerap Macam orang agama kata, kalau dah setiap hari mandi lima kali, adakah akan masih ada kekotoran? Falsafah yang sama juga boleh diapplikasikan di sini. Ya, mandi. Tapi biarlah mandi elok-elok. Jangan mandi kerbau ye. Kalau rasa badan anda berbau, korang digalakkan mandi lama sedikit. Mandi, gosok, sabun (tak kira sabun ketul ke shower gel). Sental badan tu. Berapa lama? Tak kisahlah berapa lama korang nak ambil. Seelok-eloknya mandi setengah jam. Ini kes masa badan korang mula mengeluarkan bau badan. Insya-ALLAH, akan hilang bau tu. Tapi bukan dalam masa sehari ye. Amalkan je, nanti hilanglah. =) 2. Banyakkan menjaga kebersihan Buanglah segala bulu-bulu yang tidak berkenan dan tidak berkenaan ye. Apabila kita berpeluh di tempat yang kotor (ketiak yang berbulu) ia akan menyebabkan muncul bau ketiak. Cara nak hilangkan bau itu dengan korang pergi basuh ketiak dahulu.

Siapa Percaya Dia Dah Ada Anak

Assalamualaikum. Aku ada kisah benar yang aku nak ceritakan. Shyyuu, kat orang lain, dia tak ceritakan. Hanya kepadaku. Ops, bukannya aku nak bocorkan cerita dia. Aku sekadar nak kongsikan tanpa sebut siapa dia sebenarnya. Kalau tak sebutkan nama, latar belakang dia, tak termasuk dalam mengumpat. Nama dia aku letak Najah. Umur baru 21 tahun, tahun ini. Seorang gadis genik yang manja. Mempunyai wajah yang manis. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti merasakan dia sedang belajar paling kurang pun di Poli. Zaman sekarang kan banyak peluang untuk belajar dan ramai orang yang terpelajar. Tetapi Najah ini belajar sekadar SPM sahaja. Dan lebih mengejutkan Najah adalah janda anak satu! Dia bercerai awal tahun lepas. Anaknya sudah setahun lebih. Pada  mula dia cakap, "Kak, nanti jumpa anak Najah kat rumah. Kak jangan terkejut tau." Sumpah aku tak percaya. Dia cuba yakinkan aku, "Najah bagitau kak awal-awal supaya kak tak terkejut." Tapi pada masa itu, aku masih tak dapat perc

Tips Persiapan Pengantin yang Perlu Anda Buat

Tips Persiapan Pengantin yang perlu anda buat, dibawa khas kepada anda oleh blog hebat, Sha myheart.,Dulu-dulu tak pula terfikir pasal bab aspek kenduri kahwin ni. Ada fikir juga tapi tak de la fikir dalam-dalam sangat, bukan apa, tak nak terluka sendiri. Uii, sakitnya frustrated! Tak nak tambah lagi, cukuplah. Tapi sekarang ni dah siap search dan nak tahu dengan lebih jelas lagi. Kenapa? Ehem-ehem, rasanya dah makin dekat. Sweet. See , perasan sendiri. Tak ada orang pun kata sweet. Gedik! Ahaks. Ok, inilah antaranya yang perlu difikirkan oleh bakal pengantin: Senarai persediaan/persiapan pengantin 1. Kad kenduri dan panggilan kenduri walimatulurus-off line dan on line 2. Banner dan bunga manggar 3. Katering/pakat orang kg - menu 4. Potong kelapa -photographer la..Hehe~ 5. Souvenir/buah tangan/bingkisan - utk kawan-kawan -apa nak letak dalam goodies bag? 6. Ada bunga tak untuk kereta rombongan? 7. Baju untuk sedara mara ada tak? T-shirt ke, warna tema sama ke?

Nilai Hantaran Orang Utara

Assalamualaikum. Kali ini mahu berbicara mengenai hantaran yang diletakkan semasa majlis pertunangan. Aku orang utara. Hantaran kami tak sama macam sebelah negeri lain. Mula-mula, aku pelik juga sebab orang bising-bising bila ada keluar jadual hantaran yang mana ikut kelulusan si pengantin perempuan. Aku rasa hairan, kenapa mereka bising-bising pada hal kat tempat aku biasa sahaja kalau harga itu, malah kalau ada SPM pun dah sampai tahap RM 8,000. Kemudian, baru aku tersedar, kat tempat aku berbeza. Bagi sebelah utara ni, kami hanya ambik duit hantaran, mas kahwin dan barang kemas cincin sahaja. Tak ada barang serba satu serba duduk, serba diri, serba baring. Juga kami tak ada minta duit untuk kenduri. Duit kenduri guna duit sebelah pengantin perempuan itu sendiri. Tetapi, ada juga yang mahu minta barang kemas, terpulang kepada pengantin. Aku rasa wang hantaran orang Utara lagi rendah dan murah. Erm, apa nak kata pasal duit hantaran kawan-kawanku. Kes 1 Hantaran 6 ribu,

Mitos Jenayah: Wanita dan Langkah Keselamatan

Jenayah boleh berlaku di mana sahaja. Kita kena berusaha selamatkan diri Menjaga keselamatan diri adalah tanggung jawab penting. Anda juga bertanggung jawab untuk memberikan perlindungan kepada orang-orang sekitar anda. Oleh itu, anda perlu meningkatkan ilmu pengetahuan diri dalam mengambil langkah keselamatan. Menurut ASP Lee Siew Kee dari Unit Serangan Seksual, Ibu Pejabat Selangor, menyatakan setiap wanita perlu tahu tentang langkah keselamatan diri. Wanita kini menjalani kehidupan yang aktif. Di samping itu, wanita perlu bijak menggelakkan diri daripada kejadian yang tidak diingini. Mitos tentang jenayah Mitos 1: Tiada sesiapa pun yang terselamat Sebenarnya ia tidak benar. Masih ramai yang orang yang selamat dan menikmati kehidupan seharian mereka tanpa gangguan. Anda perlu berasa selamat. Ia merupakan faktor penting untuk membina keyakinan diri untuk melakukan aktiviti tanpa dihimpit perasaan takut dan bimbang. Mitos 2: Hanya orang lain yang ter

Open Tracker