Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Resipi

Resipi Kerabu Jantung Pisang Kedah, Mangga Pelam, Ikan Bilis, Kelapa Parut, Kerisik, dan Kunyit Muda

Resipi kerabu jantung pisang Kedah, mangga pelam, ikan bilis, kelapa parut, kerisik dan kunyit muda ini diolah oleh Sha sendiri yang mana sesuai untuk tekak Sha dan suami. Anak-anak tidak makan kerana tidak tahan pedasnya. Kisahnya, Ahad semalam Sha pergi beli barang-barang dapur basah yang rasa nak tambah. Ikutkan tak tahu juga nak masak apa. Tapi memang nak beli cili padi dan limau nipis, juga serai. Harraz ikut. Hana ada dengan ayahnya. Sekali, depa pun mengekor ke sana juga. Aigooo. Sha nampak petai. Ambil petai 6 papan. Ternampak jantung pisang. Aha, lama tak makannya. Duk nampak kerabu jantung pisang dengan ikan bilis je ni.  Beli kelapa parut, kunyit muda, ikan bilis, cili padi, limau nipis dan serai. Mangga dah kutip di bawah blok. Kerisik dah bayar baru teringat. Masuk p cari kerisik pula sementara Harraz tunggu kat depan kedai sebentar. Resipi Kerabu  setengah jantung pisang saiz sederhana 1 genggam ikan bilis -rendam dan basuh 8 biji cili padi - dihiris nipis 4 ulas bawang m

Petua Tips Petua Untuk Memasak Sedap

Makanan Malaysia memang sedap-sedap. Dah lama Sha nak kongsikan tips petua untuk memasak sedap. Sha pun tak ada lah pandai masak sangat. Masak biasa-biasa sahaja. Tapi bolehlah ada rasa sedap tu. Dapat pujian "sedap" dan 5 bintang dari suami pun dah cukup baik. Lepas tu, suami akan cakap, "Esok awak masak lagi macam ni" Kira ok la kan.. 1. Nasi sedap Wangi Satu Rumah  Kadang beras kita tu tak elok atau rasa tawar sahaja. Aha, nak tambah bagi sedap sikit dan berselera nak makan nasi? Sha ada petuanya. 2-3 ulas bawang putih - dipotong panjang-panjang 1 inci halia - dimayang 1 helai daun pandan - disimpul Basuh, toskan beras dan letak air macam biasa. Kemudian masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk. Tak perlu kacau. Masak nasi seperti biasa. Nanti, nasi akan harum semerbak. Pasti ada yang akan bertanya masak apa wangi sangat ni. 2. Telur Dadar Sedap Nak Mati Telur dadar, ada je yang sedap. ada yang tak berapa nak sedap. Tapi kalau nak

Resipi Kek Pisang Yang Mudah, Sedap dan Lazat Tanpa Telur

Aku memang sukakan kek pisang semenjak kecil lagi. Kantin sekolah yang menjadi mangsaku untuk mendapatkan kek pisang. Kek pisang dengan aromanya yang memikat tidak pernah tidak untuk menggoda aku menjamahnya. Namun, kebelakangan ini, aku mendapat alergik yang mana tidak boleh makan telur padahal kek pisang adalah kegemaranku. Akhirnya, aku temui jua kek pisang tanpa telur yang paling mudah, sedap dan lazat.  Hujung minggu baru ini, aku ada terbaca resipi kek pisang. Aku cuba buat walaupun baru semalam dan malam tadi makan kek pisang. Ya, keknya masih ada ada beg plastik. Namun, dek kerana bahan-bahan semua ada aku usahakan juga. Pisang berangan tiga biji yang sudah layu itu ada juga manfaatnya. Ingatkan nak buat cekodok pisang sahaja. Cukuplah pisang tiga biji untuk aku seorang. Suamiku katanya kurang minat dengan kek pisang apabila aku agah dia dengan makanan tersebut malam tadi. Bila dah lecek pisang, eh, pisang ni cuma cukup untuk satu cawan sahaja. Tapi, aku iku

Me'nate Steak Hub Berbaloi dengan Harganya, Sila Bawa Duit Secukupnya

Setiap ketulan daging yang dipotong mempunyai saiz dan bentuk hampir sama. Kisah Mustafa si Pemotong Daging DI dalam bilik yang bersuhu di bawah aras beku, tangan kanannya cekap memegang sebilah pisau sambil memotong ketulan daging. Setiap kepingan daging yang dipotong mempunyai saiz dan bentuk yang hampir sama. Hampir setiap hari, pisau dan pengasah menjadi teman setia Mustaffa Othman, 61, sepanjang menjadi pemotong daging sejak tiga dekad lalu. Dek minatnya yang mendalam terhadap daging telah membawa lelaki ini merantau ke kota London, England. Di London, dia mendalami ilmu berkaitan pengurusan daging, sekali gus bergelar sebagai Master Butcher (pakar daging). Menurut pemilik Restoran Me’nate Steak Hub, kesusahan keluarganya pada masa lalu terutamanya tidak mampu membeli daging kecuali mengharap ihsan orang dan sumbangan pada hari raya korban menyebabkan dia begitu meminati daging. “Saya suka daging dan sanggup merantau ke Eropah bagi menambah penge

Resipi Juadah Berbuka Puasa

Resipi di kala berpuasa di dalam Bulan Ramadhan adalah sangat dicari kerana siang kita berpuasa, tiba malam kita mahu menjamu selera. Beli juadah di Bazaar Ramadhan? Boleh juga tetapi lebih seronok bila dapat dimasak sendiri dan lebih terjamin kebersihannya. Di sini, Sha paparkan resipi yang sesuai dibuat untuk berbuka puasa. Resipi 1: Ayam Krim Mentega (Butter Cream Chicken) Bahan-bahan: 500 gram isi ayam -dipotong senipis satu inci 2 biji bawang putih - dicincang 1 biji telur ayam - untuk disalutkan ke atas ayam, kacaukan sedikit dengan garfu 2-3 pelepah daun kari 2 sudu besar butter 2 sudu besar susu pekat manis (boleh juga digantikan dengan susu cair) 10 biji cili padi - dipotong nipis-nipis 2 sudu besar tepung gandum - untuk salut ayam Minyak untuk menggoreng ayam Sedikit air - untuk membuat salutan Garam secukup rasa. Cara-cara: 1. Celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum yang telah ditambahkan sedikit garam. Gaulkan. 2. Seterusnya, gaulkan ayam sedikit

5 Menu Makanan Istimewa Wajib Ada Rumah Terbuka

  Raya yang meriah apabila kita dijamu dengan rumah terbuka yang menghidangkan aneka makanan istimewa yang hanya boleh didapati semasa Raya sahaja. Panduan untuk mengadakan rumah terbuka yang orang kata menyesal kalau tak singgah dan jamah. Hehe. Satey dan Kuah Kacang Laksa Penang Rojak Nasi Impit Ketupat dan rendang serta kuah kacang Menu-menu ini memang wajib ada di Rumah Terbuka. Kalau tak ada, rasa tidak lengkap pula. Menui tambahan pula ialah pencuci mulut seperti agar-agar biasa, agar-agar lumut, koktel, kek cawan (cup cake), kuih raya, kerepek, dan apa-apa yang difikirkan sesuai dan mampu. Kalau tak mampu pun, susah juga kan? Hehe~ Mana tau, kang aku cadangkan air kopi Starbuck ke, roti Subway ke, air krim Tutti Frutti ke. Tidaklah teman mampu, yo dok? Hahaha~ Minuman pula seeloknya buatlah air yang seakan asli, air berwarna dan air panas. Ok, mari aku terangkan. Air seakan asli tu air yang tak banyak rasa macam minum air gula jer. Tapi tak kan bagi air gula je

Open Tracker